assalamualaikum semua...
memandangkan dah bertukar daripada lampu hella kepada spotlight yang lebih kecil dan "integrated" dengan bumper neo R3 aku, aku pun cadang nak buat suis yang nampak original atau OEM kata banyak orang.
maka berbekalkan pengalaman belajar elektrik serba sedikit, ditambah ada kelengkapan yang sesuai maka aku pun ambil keputusan untuk buat sambungan pada lampu kabus yang sedia ada dengan bumper baru kereta aku.
lawatan ke proton shoppe, aku beli suis konsol tengah sama seperti model m/h line, untuk makluman model b line tak ada suis untuk lampu kabus.
cara nak pasangkan mudah saja, buka cover kepada suis konsol tengah, tuil bucu penutup dengan pemutar skru philips, hati-hati jangan calarkan dashboard. kemudian, bila dibuka, ada dua skru di suis, tanggalkan, kemudian unplug dua kabel di belakang kotak suis, pastu masukkan suis konsol yang baharu. pastu bolehlah uji butang lampu kabus, kalau menyala hijau, kira dah ok la tu hehe
di bawah kereta berdekatan bucu bumper hadapan, cari kepala wayar macam foto di atas, untuk makluman, pendawaian lampu kabus memang dah ada pada semua model persona, cuma yang base line tidak dibekalkan bersama dengan suis dan lampu kabus tapi ada pendawaian lengkap dengan fius dah. jadi kerja-kerja pun memang dah straight forward dah.
dalam post lama, berkenaan CAI, aku ada post satu foto pasal kepala wayar ini. lihat foto kedua yer
sebelum ke foto seterusnya, aku minta maaf sebab tak sertakan foto-foto wiring sebab terlalu teruja tengok lampu menyala, lupa nak snap foto wiring, tapi secara kasar, wayar daripada kepala soket tu, yang merah itu positif, yang hitam itu negatif, jadi sambung terus saja ke lampu kabus, pastikan korang tahu mana wayar positif dan negatif lampu kabus yer.
kos untuk suis konsol tengah tu harganya Rm140.00 di proton shoppe, aku rasa boleh dapat lebih murah kalau beli di kedai aksesori kereta. rasanya bumper tu lebih sempurna bila lampu kabus tu dah menyala dan paling penting nampak OEM...hehe
Comments
Tapi jack kereta guna satu jack jeke? bahya noo..
haziq.hud@gmail.com
doradoteam76@gmail.com
norerwannoranizan@gmail.com
tq bro..
sbb aku nk angkat sv nyer...humm bnyk modal gak la nk kne setup..sius, lampu fog, wiring, fius...yg relay tu musykil nk kne gune ke x..
sama jugak, boleh guna wiring yang sama. nak masuk led strip ke bulb?
centre console tu straight forward saja, buka penutup / cover butang tu, dah nampak 4 skru dia, pastu cabut cable, gantikan saja.
cuma wiring foglight depan tu la, pastikan ada socket tu dulu sebelum beli / buat apa2 kerja wiring. karang dah beli semua barang, sekali socket tu tak ada, rugi duit lak.
Minta tolong emel gambar nak buka center switch tu.
Tq
kartunisceri@gmail.com
Siap emel