Info : Servis 100,000 km dan "recall" untuk Persona Elegance.

assalamualaikum semua,

alhamdulillah, dah ada rezeki lebih sikit, aku dapatlah belanjakan untuk service 100,000km. sebenarnya masa servis ni, mileage pun dah terlajak lebih 5,000km. aku pun tempah slot servis pada hari sabtu lepas dan bawa kereta ke 3S Juru Autocity.

kebetulan terserempak dengan rakan sekelab

ok, secara kasar anggaran kos servis untuk persona manual lebih kurang rm540 seperti mana quotation daripada SC, upah sahaja mencecah 150.00 sebab servis ni dikira servis major. antara yang disenaraikan adalah :


  1. minyak enjin
  2. minyak gear
  3. oil filter
  4. oil drain gasket
  5. air filter
  6. antibac
  7. x1r engine treatment
  8. blower and aircond filter service
  9. compressor oil service
  10. brake fluid
  11. coolant fluid
  12. labor


sopan tak kereta saya? hihi
jadi, lepas kira-kira lebih kurang, aku pun skip kebanyakkan benda atas sebab-sebab munasabah.hehe. berikut adalah senarai yang aku skip:


  1. antibac; rasa tak perlu
  2. x1r engine treatment; memang tak pernah guna
  3. blower and aircond filter service; aku boleh DIY
  4. compressor oil service; compressor masih berfungsi dengan baik dan senyap
  5. brake fluid; aku akan buat masa ganti brake pad nanti
  6. coolant fluid; masih hijau jernih plus baru je flush masa ganti water pump @ 85k km

 jadi kos dikurangkan daripada rm540.00 ke rm280.00 termasuk upah dan cukai...

barang yang aku ganti
ok, ini info penting, proton ada lakukan recall pada model persona elegance yang berkaitan dengan kemasan pada radiator, iaitu pemasangan padding pada radiator untuk elakkan sentuhan dengan bahagian plastik yang memegang kipas radiator. kalau ada yang masih ingat ada post berkenaan isu ni pada ogos 2011, post : radiator padding. Post ni membincangkan isu padding ni, selepas lebih setahun akhirnya ada recall untuk masalah ini, dan peringatan untuk semua, kos pemasangan padding ini adalah ditanggung oleh pihak proton dan ia percuma untuk anda. cuma dalam kes aku masa ogos 2011 ni, aku diminta untuk bayar

radiator padding untuk recall

foto di atas menunjukkan bentuk radiator padding yang dipasang di antara radiator dan fan housing, untuk foto selepas dipasang korang boleh refer link radiator padding yang dalam perenggan di atas. kos untuk padding ni lebih kurang rm13 dan ditanggung oleh proton.

spark plug OEM selepas 50,000 km

memandangkan aku ni bukan orang yang menekankan prestasi untuk pemanduan seharian, aku setia dengan palam pencucuh asal dari proton, jenama NGK. inilah keadaan palam pencucuh aku selepas lebih kurang 50,000 km perjalanan di dalam enjin, nampak karbon tu ada, tp tak teruk sebab tak ada minyak di sekitar palam pencucuh.

dah penuh dah buku servis
selesai servis, aku perhati pada pelekat servis pada cermin kereta, ada satu keganjilan pada jarak perbatuan untuk service berikutnya, untuk makluman sekiranya anda menggunakan minyak enjin semi sintetik biasanya proton akan letak service berikutnya pada 5000km seterusnya, tapi kali ini diorang letak 10,000km pula. aku rujuk pada pegawai di kaunter, diorang sahkan minyak semi sintetik kitaran service adalah pada 10,000km bukan lagi pada 5000km. kesimpulannya, selepas ini tak payah lah bawak kereta untuk service 15k, 25k, 35k, 55k dan seterusnya dah.


Comments

Al khattab said…
assalamualaikum bro..

dah lama dah follow blog bro ni..

mmg sempoi.. sy jgk pengguna PE..

dah setahun dah..

saja nk share, sy baru je service PE di svc jalan makloom penang ni..

utk 20k km.. dah lebih sebenarnye ritu.. so far sepatut nya rm800+..tp sy mintak kurang.. bajet xbyk.. dlm rm500 je.. so dpt lah.. lupa plak ape yg depa tukar.. nnt sy share dgn bro.. sy ni kira nubis jgk lah dlm hal2 PE ni..

jadi nak tanya kat bro, kita boleh mintak quotation dulu ka dari service cntre sbelum kita p servise dgn depa? minyak x1R tu untuk apa bro?tgk bro, xguna pun.. sy ni sejak service minyak tu la depa bubuh.. ape kebaikkannye bro?hope bro bleh kupas dlm entry akan dtg..

thanks bro..
Rifaie said…
untuk quotation, mmg boleh mintak dulu. kalau hang ada baca post aku berkenaan servis 80k, aku ada letak screenshot quotation daripada 2 buah SC. seeloknya minta siap2, pastu bru boleh bajet dan tanyakan pendapat kawan2

X1R ni engine treatment oil, aku tak guna sebab aku yakin minyak hitam yang original pun dah cukup bagus dah :)
Al khattab said…
oh..begitu ka..hehehe

thanks bro.. hg mmg sempoi!
mohdnoorhelmi said…
klau kete belum sampai milege 100,000km..guna minyak semi sintetik mmg kene servis tiap 5000km atau mmg boleh sampai 10,000km baru servis..
Rifaie said…
semi, recommended 7500km. tp aku pun lajak ke 10,000 km hehe
Kak Bunga said…
rajinnye servis kat sc...huhuhu penuh buku nampakk..terbaikkk
Rifaie said…
hehe nk maintain xtended warranty je kak bunga. smpi 175k km je.