satu lagi DIY yang kita semua boleh cuba, DIY blower aircond. Blower ni fungsi dia adalah untuk mengalirkan angin aircond ke aircond vent. Untuk satu jangka masa, blower ni akan berhabuk, dan angin yang disalurkan ke aircond vent akan jadi agak perlahan. Ini disebabkan blower jadi lebih berat kerana habuk dan putaran blower menjadi sedikit perlahan.
sebenarnya servis cuci blower ni disediakan di proton edar service pada kos rm70-75. Biasanya servis ni ditawarkan pada mileage 40k km atau 50k km. Biasanya masuk dalam list bila kita wat major service.
Jadi, untuk jimatkan belanja, terutama pada y kurang mampu atau kedekut ~ ini aku la :P, so aku buatlah sendiri, sebab kerjanya tak lah susah mana dan ambil masa sedikit sahaja. So hari ni, aku wat la DIY aircond blower aku..
inilah blower aircond, tmpt dia kt belakang glove box.. korang leh try tgk dari bawah tmpt kaki penumpang depan
ada dua sambungan ke blower, satu ada power cable..tanggalkan dulu
ni yang kedua, paip angin blower, tanggalkan jugak
ada tiga skru pada blower, tanggalkan satu-satu dengan cermat dan berhati-hati
inilah rupa lubang blower
ini lak blower fin yang kita akan cuci
kena buka nat ni untuk pisahkan dari blower
tanggalkan guna spanar saiz 8
makesure blower ni tak kena air, sbb dalam ni ada komponen elektrik
alang-alang dah cuci fin blower tu, cuci sekali aircond filter la.. DIY : http://faieelegance.blogspot.com/2011/06/diy-service-aircond.html
dah siap cuci!
masa pasang balik blower, undur semula langkah-langkah semasa membuka, pastikan sambungan elektrik ke blower dipasang semula...
termasuk sambungan getah angin...
hasilnya? sekarang aircond rasa lebih power mcm masa mula-mula beli kereta. buka pada speed rendah pun dah cukup untuk sejukkan kereta..selamat mencuba!
Comments
erk..serbis free, mai anta kt saya bang
ps:/ ulasan jgnla simple sgat yek..ramah2 la menaip..he.
p/s - usah dilayan si budak aiman tu.. hihi
filter kalau yang ada arang tu dalam rm30-40 seunit
Aircond bertambah sejuk..huhu
bunyi angin?
bunyi blower?
bunyi rattling?
hehe
tapi kalau tengok umur kereta, dah elok benarlah service coil tu hehe
tq utk info bro...sy akn cuba utk proton gen2 sy...sbb angin x kuat...ac sy maintain 25c drpd dlu.. xpnh kurang drpd tu...gas ac sejuk,tp angin kurang memuaskn...lps buat nt,sy akn update di comment..nk ikutkn parts persona kbnyakan sama mcm gen2...
@zulfauzi, tahniah! harap dapat membantu :)
@fiena faiz, boleh rujuk blog http://www.diytacra.com/2015/12/dust-and-pollen-filter-blower.html
Ada betulnya kata formen tu, tapi apa pun boleh mula dengan check drain pipe aircond dengan enjin, takut2 tersumbat. Tapi kalau betul coil dah kotor sangat, memang perlu buka dashboard, kosnya 380 tu pada saya harga standard kalau dekat tempat saya.
@Alif Zulfahmi,
Kalau nak cuci coil, perlu rasanya buka dashboard sekali. Kerja agak rumit tu.
kalu dulu semua kerja mencuci nie kena buka skru semua,
Tatapi sekarang tak perlu lagi.
Dengan adanya 8line semua kerja jadi mudah,cuma spray ajer.
dia akan cucikan blower fan dan yang paling penting adalah cooling coil dan segala kotoran akan keluar melalui aircond drain paip(alah yg dok menitik ayaq bawah kereta tue kalu perasan la)
lepastu aircond anda akan berbau segar
harga pun berpatutan,cuma RM80 jer,Yg jauh dr kulim kita poskan cuma add on RM10 n yg dalam kulim sy COD and bg free service,Tuan peluk tubuh and tgk dan sy akan servicekan.
apa2 leh whatapp sy @
www.wassap.my/+60164894011
Faez dari kulim
@Unknown, hehe pelan-pelan tuan.
Dah check motor blower? Belakang glove box tu, mungkin kabel loose atau motor blower dah rosak / jammed.
rasa2 carbon bush motor dah habis ni.. kalau boleh DIY tukar carbon bush maybe boleh pakai lagi..
Macam Mie kata tu, blower motor mungkin dah ada masalah. Kalau ada api, tinggal nak check motor blower saja lah.