Assalamualaikum,
Kali ini saya nak berkongsi pengalaman menggunakan RFID Touch N Go. RFID adalah produk terbaharu daripada TnG sebagai satu alternatif kepada sistem Smart Tag sedia ada.
APA ITU RFID?
Secara mudah, RFID atau nama penuhnya Radio Frequency IDentification. RFID menggunakan gelombang radio untuk membaca dan merekod informasi yang disimpan pada TAG yang ditampal / disertakan pada sesuatu objek.
TAG ini boleh dibaca pada jarak beberapa kaki dan tidak perlu dilihat secara terus (direct line of-sight) daripada pembaca (reader) untuk dikesan.
RFID terdiri daripada dua komponen utama, TAG / label dan pembaca (reader). TAG mengandungi pemancar (transmitter) manakala pembaca mengandungi penerima (receiver).
Untuk lebih informasi jelas saya kongsikan link ini untuk anda > How RFID works.
PROGRAM RFID TNG
Bermula dengan Pilot Program yang mensasarkan khusus kepada 10,000 pengguna awal. Program ini telah bermula pada September di laluan bertol terpilih di sekitar Lembah Kelang dan Pulau Pinang.
Buat masa ini hanya terbuka kepada kenderaan kelas 1 sahaja.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman Touch N Go
PENGALAMAN PEMASANGAN RFID
Sebaik sahaja TNG mengesahkan saya layak untuk Program Pilot, saya dikehendaki menempah slot untuk memasang peranti RFID di lokasi disediakan oleh TNG.
Saya buat tempahan pada 19 Oktober lalu di Petron Bandar Utama.
Sabar menanti giiran |
Dokumen yang perlu disediakan sewaktu pendaftaran adalah ;
- Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu
- Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Geran) atau Cover Note insurans kenderaan
- Sekiranya kenderaan tidak didaftarkan atas nama pemohon, perlu ada surat pengesahan daripada pemilik kenderaan. Contoh surat boleh dimuat turun di pautan TNG.
Daripada proses pendaftaran sehingga selesai pemasangan mengambil masa kira-kira 20 minit. Pemasangan tak perlu proses lama, cuma kurang tiga minit sahaja.
Proses pemasangan dan ujian RFID |
Proses pemasangan dan ujian RFID |
Proses pemasangan dan ujian RFID |
Insya Allah, saya akan kongsikan pengalaman menggunakan RFID pada entry seterusnya.
Siap! |
Percuma pelekat dari TnG |
Comments
Sibuk sikit, plus tak der menda baru buat kat keta haha