Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Masuk mileage lebih kurang 220,000 km ada bunyi ngek ngok dari bahagian belakang. Bunyi kuat tambah-tambah bila langgar speed bump atau masa naik dan turun kereta, paling ketara bila naik sorang-sorang tanpa penumpang.
Jadi saya bawa ke satu bengkel yang dicadangkan seorang rakan untuk diperiksa.
Formen pun mula kan operasi hehe
Selepas dibelek-belek, nampaknya absorber link dah rosak, getah bushing dah terkoyak menyebabkan bahagian besi pada link bergesel pada bracket. Sebab itulah terhasilnya bunyi ngek ngok tu.
Jadi isu sebelah pemandu dah dikenalpasti, sekarang formen check sebelah penumpang pula.
Formen kata sebelah penumpang nampak ok lagi, tapi memandangkan aku nak jimat upah pasang, aku minta ganti dua-dua belah sekali.
Foto atas sebelah penumpang, foto bawah sebelah pemandu.
Ini foto absorber link yang paling rosak teruk, bahagian sebelah pemandu haha. Maklumlah lebih berat :P
Alhamdulillah, selamat diganti. Lepas ganti kereta rasa kejap sedikit dan senyap macam sedia kala hehe.
Comments
Kawasan sungai petani selatan, taman sinar intan. lebih kurang macam tu lah
@zyklon089,
Boleh jadi bearing tayar yang berdengung tu