Assalamualaikum
Selamat membaca entri ke 100 blog ini hehe.
Tapi kisah yang saya nak kongsikan ni kisah yang agak menyayat hati. Nak tahu kenapa? Kena dengar dari rakaman youtube bawah ini dahulu.
Selamat membaca entri ke 100 blog ini hehe.
Tapi kisah yang saya nak kongsikan ni kisah yang agak menyayat hati. Nak tahu kenapa? Kena dengar dari rakaman youtube bawah ini dahulu.
Bunyi tak tak yang anda dengar tadi tu saya rakam kurang lebih seminggu lepas ia berlaku. Bunyi yang mulanya agak perlahan kemudian semakin kuat. Saya kongsikan di FB, macam-macam respon saya dapat. Antaranya:
1. IAFM rosak
2. Kena adjust tepet
3. Extractor retak / bocor
4. Connecting rod bearing bunyi
5. Minyak enjin hampir kering
Berdasarkan kepada respon yang diterima, saya buat pemeriksaan ringkas. Hasilnya, tekaan kelima tu betul. Minyak enjin dah kering pun sebenarnya, saya boleh kata hampir tiada langsung. Padahal minyak enjin baru saja diganti tak sampai dua minggu.
Saya jenguk ke bawah kereta, sah! Memang ada kebocoran. Kalau dilihat pada foto, memang ada tompokan minyak pada tanah. Kalau tengok pada oil sump pun ada juga. Cuma kurang jelas sebab minyak masih baharu dan jernih.
Esok paginya, saya bawa ke bengkel. Yang terdekat dengan rumah saya adalah P44 Autoworks, kereta saya memang tak pernah masuk bengkel ini. Inilah kali pertama, tapi layanan yang saya terima sangat memuaskan.
Taukenya, bro Gar siap assigned seorang formen, bro M untuk selenggara kereta saya. Sebaik timing belt cover dibuka. Inilah yang dapat ditemui, kesan minyak enjin di serata kawasan timing belt assembly.
Mengikut kata Bro M, punca dikenal pasti daripada pemasangan oil seal yang dah bocor. Jadi minyak dari enjin dan masuk ke ruangan timing belt. Itu yang menyebabkan minyak dalam enjin habis. Leaking pula bermula dari oil seal, masuk ke ruangan timing belt, kemudian mengalir keluar terus dari celah-celah kawasan bahagian atas enjin ke kawasan oil sump.
Memandangkan timing belt pun dah basah dengan minyak enjin, maka terpaksalah diganti. Walaupun agak sedih sebab baru sahaja pakai tak sampai 30k km, apakan daya. Hati kena merelakan huhuhu.
Jumpa lagi satu masalah baharu, pressure hose untuk power steering pun dah bocor. Buktinya kesan minyak di sepanjang kawasan luar hose. Punca kebocoran sebab bergesel dengan tabung aircond. Walaupun proton ada pasang getah di bawah tabung aircond, tapi mungkin kerana pernah kawasan ini pernah dibuka untuk selenggara, jadi bila dipasang semula, ia tidak dipasang dengan kemas. Lama kelamaan bila hose tu kerap bergesel dengan bahagian besi pada tabung aircond jadi ia menyebabkan kebocoran pada hose.
Kesan minyak sepanjang pressure hose power steering.
Makanya ada dua tugasan utama di sini, membersihkan kesan minyak pada kawasan enjin dan power steering.
Item yang diganti:
1. Timing belt kit
2. Pressure hose power steering
3. Minyak enjin dan oil filter
4. Minyak power steering
5. Minyak gear <--- alang-alang="" dah="" kan="" p="">
--->
--->
Alhamdulillah, malam tadi dah ambik di bengkel. Steering rasa ringan, enjin pun dah senyap. Terima kasih P44 Autoworks sebab selesaikan dengan segera!
Comments
timing belt : 300
minyak enjin dan oil filter : 120
power steering hose pressure dan minyak : 220
So mmg kne tukar timing belt 1set ke walaupn baru tukr timing belt?