Oil Sump leaking dan enjin overheating

Assalam dan bertemu kembali.

Ini kisah sedih, sangat tidak disangka-sangka dalam mana kereta aku menginjak ke usia 5 tahun pada bulan ini dan mileage hampir mencecah 200,000 km.

Sepatutnya servis kali ni jadi rutin biasa untuk persona aku. Cuma seminggu sebelum aku datang servis suhu enjin ada masa jadi agak tinggi dan hampir mencecah zon merah. Simptom agak pelik sebab berlaku masa aku idle atau sangkut dalam kesesakan, suhu akan naik, kemudian turun balik dalam masa seminit dua, berlaku berulang-ulang.

Jadi kali ini kena servis macam biasa, ganti minyak enjin dan check kenapa suhu enjin jadi naik turun.


Aku pun tetapkan janji temu macam biasa di worskyop kegemaran aku, Nusantara Auto Garage sabtu lepas. Masuk saja service bay, kereta dinaikkan, terkejut aku bila tengok lelehan minyak enjin disekeliling oil sump dan bertebaran sampai ke suspensi kereta. Nampak memang kritikal.





Sebelum apa-apa pun ini minyak enjin pilihan kali ini, terus dari Jepun hehe. Brand Suzuka. Untuk semi sintetik harganya RM158.00.



Okey, fokus semula pada kerosakan. Pemeriksaan awal mendapati kebocoran berpunca dari oilsump sendiri. Mungkin gasket dah bocor kata formen. Kesan minyak dibersihkan. Cadangan asal formen nak ganti gasket, kemudian bila dia nak longgarkan skru gasket, didapati ada beberapa skru dah longgar sedikit. 

Jadinya teori bertukar, barangkali bocor berpunca dari skru yang dah longgar, ada ruang pada sambungan antara enjin dan oil sump jadi sebab tu berlaku kebocoran. Macam mana boleh longgar? Mungkin faktor penggunaan kereta, dipandu hari-hari di laluan tak rata jadi gegaran tu menyebabkan skru tu lama-lama longgar. Oil sump ni memang tak pernah diusik sepanjang pengetahuan aku, 5 tahun dan hampir 200,000 km.

Kesimpulan, formen ketatkan skru semula, kemudian enjin dihidupkan untuk beberapa ketika dan dipantau di sekitar oil sump untuk melihat sekiranya ada punca kebocoran. Setelah berpuas hati tiada kebocoran baharu dikesan, formen cadangkan aku guna dahulu sambil pantau takat minyak enjin dan datang semula ke bengkel dalam seminggu dua ni untuk pemeriksaan susulan.








Tamat cerita leaking untuk sementara, Sekarang fokus kepada isu suhu enjin yang naik turun tak menentu. Setelah semua sambungan hos diperiksa, tiada kebocoran dikesan. Namun, ada satu simptom yang dapat dikesan, kipas radiator tak berpusing sewaktu enjin hidup. Cuma kipas aircond sahaja yang berfungsi.

Jadi kesimpulannya kenapa suhu boleh naik turun tiba-tiba sahaja adalah kerana bila enjin overheat, kebetulan kipas aircond berpusing untuk menyejukkan kabin kereta jadi radiator disejukkan sedikit kerana bantuan kipas aircond. Bila kipas aircond berhenti, suhu akan naik semula. Begitulah kitarannya sekiranya aircond digunakan. Seandainya aircond dimatikan, enjin akan overheat. 

Persona Elegance kiranya agak beruntung sebab kipas radiator dan aircond adalah berasingan, jadinya sewaktu kipas radiator rosak, suhu enjin disokong oleh kipas aircond. Walaupun tidak seratus peratus membantu, setidaknya dapat mengawal suhu enjin dari terus overheat.

Tapi kalau anda pengguna Persona edisi awal, kipas pada radiator cuma ada satu sahaja.




Memandangkan bajet yang agak ketat, aku dikira bernasib baik sebab kebetulan ada radiator terpakai di bengkel. Kerja-kerja "swapping" kipas dengan segera dimulakan.



Walau bagaimanapun, ada cabaran menanti, rupanya buatan radiator tak sama. Radiator terpakai itu keluaran APM manakala kereta aku Denso. Jadi rangka dan motor kipas juga berbeza, tapak skru juga ada sedikit perbezaan. 

Setelah sesi "brainstorm" selama beberapa minit, keputusan dibuat untuk mengambil keseluruhan "assembly" kipas dari radiator APM dan dipasang pada radiator Denso dengan sedikit ubahsuai pada tapak skru.
Kipas dari radiator APM sedang ditanggalkan
Radiator APM
Kipas radiator Denso
Radiator Denso
Motor denso yang lebih kecil
Motor APM
Atas, kipas Denso dan bawah kipas APM
Cubaan memasukkan motor APM ke braket kipas Denso

Apa-apa pun aku mohon maaf sebab tak dapat sertakan foto kerja "swapping" dan "finishing" kerana terpaksa meninggalkan bengkel atas urusan kerja. Secara keseluruhan masa overheat selesai, dan masalah leaking masih dalam pemantauan.

Sekian.

Comments

Unknown said…
Salam bro..milage dah 200k kene service oil sump..wajib utk campro..sekadar nasihat..nnt kena full overhaul..huhu
Unknown said…
Npe xtukar motor fan je?Aku prnah terjadi Temp naik g SC check mtor fan rsak on aircond Temp naim off baru ok blik n juz tukar mtor fan ori proton jnama bosch RM350 xyah tukar fan set smua tpi member ckp klau bli sparepart bwah RM200 huhu dah tdesak tukar je.
Rifaie said…
@hazli, terima kasih utk info. aku tak tahu lak mcm tu, mileage dah 250k ni. nak servis apa oil sump tu? mohon share skit

@hafiza, kalau tengok pada cerita tu, sebab tak dapat motor fan jenama yang sama, aku model denso, yang aku dapat model APM, tu terpaksa swap sekali housing motor hehe.
Unknown said…
Engine oil leak tu msa drive ada bau hangit x bro?
Rifaie said…
@izwan, tak bau la bang hehe.
Unknown said…
Kereta sy ada minyak leaking.. ada bau hangit bila berhenti kereta.. nk buat mcm mana ya? Klu nk cuci enjin persona mcm mana ya? Rasanya keta persona ni sensitif skit kan klu nk cuci enjin..
Rifaie said…
kena cari punca leaking tu bang, selesaikan masalah tu dulu, pastu baru cuci enjin, barulah senang nak maintain sikit, nanti kalau tak repair, lepas cuci kotor balik dengan minyak
Wahab said…
Bro, oil sump persona afa dua jenis kalau tak silap.. Dlm oil sump tu yg berbeza.. Pemasangan semula oil sump selalunya yg menyebabkan masaalah diluar jangkaan.. Enjin tak smooth.. Siapa pernah terkena akan tahu masaalah itu.. Kalau tidak percuma tukar brg2 yg tak rosak..
Wahab said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Wahab said…
#ada dua jenis oil sump persona.. Masalah persona jerking bila tekan minyak kuat/tekan padle flat atau bila rpm melebihi 3k.. 3 tahun alami dia pk dan yak ok..
Wahab said…
Maaf #, Ok dan tak Ok..
Wahab said…
Bila check komputer kata crankshaft sensor rosak.. Tukar pun masaalah tak selesai.. Tetap jerking..
Unknown said…
kat mner kedai pomen ni bro
Rifaie said…
@wahab, terima kasih atas perkongsian tuan

@unknown, kedai ni dah tutup dah, tuan dia berpindah ke daerah lain.
Unknown said…
Kenapa kerita persona saya pandai overheating waktu naik bukit?
Chell said…
skru oil sump loose dh.. ada kesan crack sikit... baru beli oil sump, tp belum tukar lagi..
Bellamar said…
Assalammualaimum bos2 sklian.. Sy pengguna persona elegan.. Mslh kereta sy sma mcm entri tuan tp lain skit.. Kipas radiator bila on enjin suhu dh smpai stgh kipas radiator x pusing.. Tp bila on aircond,dua2 kipas pusing.. Off aircond enjin overheat.. So skrg nk jln je kna on aircond klu x kete overheat.. Ape mslh kete sy ye?
Jebat said…
Keta persona sy oil sump tu bocor.lbh 3 mggu order dr EON.,xdpt tkr lg.pomen ckp,xblh jln jauh n kena jarakkan keta dgn keta di dpn klu drive..tp skrg,enjin xblh start n keluar minyak hitam.mcmna tu?

Quadul said…
Klu air di tangki spair radiotor asyik kering.. Maknayer ada bocor ker
Quadul said…
Kete tetiba air cond x sejuk... Kat luar ada bau coolant keluar maknyer ada bocor ker...
chedetku said…
Sy msuk thn ke4 dh servis oilsump..so far enjin smooth ja..klu nk cntik tkr je strainer skali
Unknown said…
SLM bro,nak tanya...aircond blower tak hidup,compressor jalan,apa masalah bro...tlg info
Unknown said…
200k mileage kene service oil sump dh tu bosskur....tukor mic filter besi tu..cuci2 taik dlm tu...ambe 140k pun dh buka service oil sump....tak service nnti tsumbat..minyak xdpt naik atas...akat injin lerrrr
Rifaie said…
@Unknown,
Overheating masa naik bukit? Saya personally pernah kena, tapi dengan Naza Ria saya, punca dia radiator dah kotor, air tak sempat disejukkan secara efisien. Solusi dia, saya hantar radiator untuk dicuci.

@Chell,
Dah ganti ke belum? Oil sump crack ni common issue kalau formen terlebih ketat drain plug. Harap dapat pesan kat formen supaya hati2, jangan overtighten skru.

@Bellamar,
Saya personally pernah kena kat persona saya sendiri, tapi kes saya memang kipas radiator rosak. kalau kipas tuan still pusing masa aircond terpasang, cuma mati kalau tak buka aircond, saya suggest check semua wiring, takut ada terputus atau terkapit.

@Jebat,
Mati terus ke kereta? Tak ada crank atau macam mana? Paras minyak hitam ok?

@Quadul,
Kalau asyik kering, maknanya ada bocor. Aircond tak sejuk tu pun petanda enjin hampir overheating.

@chedetku,
Oilsump kalau selalu dibuka, dibersihkan kerak / serpihan besi dalam dasar tu memang lebih baik prestasinya.

@Unknown,
Aircond blower tak hidup
1. Check fius / relay aircond blower
2. Check aircond blower tu sendiri

@Unknown,
Setuju bosskur, saya pun cadangkan buat macam tu, 100k sekali bukak cuci
Unknown said…
Minyak penuh di lantai Adakah gasket sump oil