DIY : Puspakom, Tukar nama dan pemeriksaan sewa beli

Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni. 

Apa itu B5?
Mengikut laman puspakom
Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan.
Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:

Carta Aliran Proses B5

Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom
Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya.
Mana-mana individu atau organisasi yang memohon pinjaman untuk membeli kenderaan terpakai perlu mengesahkan bahawa kenderaan itu telah menjalani Pemeriksaan Sewa Beli dengan mengemukakan laporan B7 yang dikeluarkan olehPUSPAKOM. Pemeriksaan ini termasuk 18 pemeriksaan khusus, iaitu gabungan pemeriksaan identiti dan pemeriksaan fizikal.
Laporan B7 ni perlu sekiranya pembeli membeli secara sewa beli (hire purchase), kalau beli secara tunai, cukuplah sekadar laporan B5.

Carta alir proses B7


Apa dokumen yang perlu ada?
Anda mesti ada Geran / Kad pendaftaran kenderaan yang asal. Kereta boleh dibawa untuk pemeriksaan sama ada oleh pemilik sendiri atau pihak ketiga. Kalau kereta dibawa pihak ketiga, borang wakil / serah kuasa mesti dilengkapkan bersama. Borang akan diberi sewaktu kereta didaftar masuk.

Macam mana nak dapatkan slot untuk pemeriksaan?
Okey, jawapan berdasarkan pengalaman aku sahaja, tak semestinya ini S.O.P di Puspakom. Sediakan salinan geran atau lebih baik geran asal, pergi ke Puspakom dan terus ke pejabat, buat tempahan slot. Jadual biasa bergantung kepada tahap "kesesakan" di Puspakom hehe. Nanti Puspakom akan bagi masa untuk pemeriksaan.

Ada juga maklum balas dari rakan-rakan lagi bagitahu tak perlu ke Puspakom, telefon saja ke pejabat Puspakom. Jadi cubalah mana-mana kaedah yang mudah pada anda. Tapi apa pun, sila tempah slot terlebih dahulu sebelum bawa kereta untuk pemeriksaan.

Kaedah pemeriksaan
Pertama, bawa bersama geran asal semasa hari pemeriksaan. Lapor diri pada pengawal keselamatan dan maklumkan tujuan anda. Selesai pendaftaran, anda akan diserahkan nombor giliran dan beberapa borang iaitu, Borang pelepasan tanggungan dan wakil kuasa, pelepasan tanggungan sewa beli dan senarai semak pemeriksaan tukar milik. Isi dengan lengkap.

Satu tips, pastikan kalau tinted anda memang gelap, sila tanggalkan sebelum pemeriksaan.







Kedua, beratur di lorong yang disediakan, pastikan jangan salah lorong. Ada untuk kenderaan import, ada untuk tukar nama dan sewa beli, ada untuk kenderaan perdagangan. Jadi jangan silap dan tanya kepada pegawai Puspakom sekiranya tidak pasti.

Ketiga, bila sampai saja giliran anda, pandu ke lorong pemeriksaan, patuhi arahan pegawai Puspakom, serahkan borang senarai semak pemeriksaan anda. Tinggalkan kunci kereta di kereta. Bawa nombor giliran anda ke kaunter bayaran. Selesaikan bayaran sebelum kereta selesai pemeriksaan.

Kadar bayaran :
B5 - RM30
B7 - RM60
*Harga tidak termasuk GST hehe.





Keempat, dapatkan slip bayaran dari kaunter, kemudian selitkan slip tu dengan rapi di wiper kereta. Itu tips yang aku dapat dari runner kat Puspakom hehe. Kemudian dengan sabar tunggu sehingga kereta selesai diperiksa. Kalau buat setakat B5 sekejap je, tapi kalau sekali dengan B7 lama sikitlah.



Selesai pemeriksaan, pandu kereta anda keluar, dan letakkan di kawasan yang disediakan. Terus ke pejabat Puspakom untuk ambil keputusan pemeriksaan. Tunggu sehingga nombor pendaftaran anda dipanggil dan dapatkan keputusan laporan pemeriksaan anda.

Anda akan terima dua salinan laporan B5 dan B7. Kalau buat tukar nama sahaja anda akan dapat laporan B5 sahaja. Di cermin kereta akan dilekatkan pelekat mengesahkan pemeriksaan telah dibuat.




Dengan laporan sudah ada di tangan, maka selesailah urusan anda di Puspakom. Apa nak buat seterusnya? Bergantung kepada anda, B5 untuk JPJ dan B7 untuk bank di mana pembeli kereta anda buat pinjaman. 

Comments

DannyHaris said…
Kalau inspection b5 tp lampu HID, lepas tak?
DannyHaris said…
Kalau inspection b5 tp lampu HID, lepas tak?
Rifaie said…
kalau bukan lampu standard dari kilang kemudian lebih 4300k rasanya tak lepas... sbb lampu dpn cuma blh warna kuning sahaja.
Unknown said…
2 tahun lepas puspakom ada keluarkan repot tp no enjin xbtol, jadi jpj pon endos kat geran base on repot mereka. Sekarang baru perasan. Perlu ke saya pergi ke puspakom balik buat pemeriksaan ATAU terus betulkan kat JPJ saja. Minta pencerahan saudara yang budiman. Tkasih.
Rifaie said…
kesilapan bermula di puspakom? saya cadangkan tuan ke JPJ, bahagian otomotif, rujuk pandangan depa. kalau perlu ke puspakom semula, mungkin tuan ke pi semula. tapi saya pastilah kalau perlu sampai tahap masuk test sekali lagi hehe.

ataupun, tuan call hotline puspakom dulu. mungkin depa boleh pinda number enjin dalam report, tapi nanti utk pembetulan di geran, tuan kena ke JPJ semula.

sekadar pandangan sahaja, kalau saya kena situasi ni, saya rujuk puspakom dahulu utk pembetulan. kemudian lepas dibetulkan, saya rujuk dengan JPJ untuk pinda geran.
Unknown said…
Nak tnya Klo kereta ada skirting lepas ke inspection?sbb kereta bli dah ada skirting..
Rifaie said…
insya Allah tak ada mslh, selagi mana tak merubah rupa asal kenderaan jadi model lain. kalau masuk bumper neo r3 pun masih blh lepas hehe
aja said…
Kalau kereta total loss boleh lulus ke puspakum?
Rifaie said…
nak lulus untuk apa bang? tukaq nama ke? kalau tukaq nama, asalkan enjin dan chasis sama dengan geran, tak ada mslh rasanya
Unknown said…
pertanyaan: kalau saya nak buat pemeriksaan untuk kereta syarikat (yang saya guna selama ini) sebelum tukar milik ke nama saya, adakah saya perlukan surat hantar wakil yang ditulis dan ditandatangani oleh salah seorang pemilik syarikat ? ataupun hanya dengan mengisi borang sudah memadai dan membawa cop syarikat?
ada contoh surat yang perlu ditulis ?
Unknown said…
Assalamualaikum.. Nk tanya klau inspection b2.. Ape keseluruhannye dorang cek? Ade tips x utk lulus?
Rifaie said…
@unknown

borang ada disediakan di kaunter pendaftaran, saya fikir mgkn perlu bawa cop syarikat bersama.
surat kuasa dah ada bersama form. tapi untuk lebih jelas saya fikir elok encik call puspakom dahulu.

@norman
Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan B2?
Pemeriksaan B2 dilakukan apabila:
a) Kenderaan anda telah diubah suai (mengubah spesifikasi enjin, casis, badan atau had berat muatan).
b) Kenderaan import.
c) Cukai jalan anda telah tamat tempoh lebih dari satu tahun (ini terpakai untuk kenderaan persendirian sahaja).
Dalam keadaan ini, kenderaan anda perlu menjalani Pemeriksaan Khas.

http://www.puspakom.com.my/ms/soalan-lazim.html
Carl Iskandar said…
kalau geran ori takde, boleh ke geran copy? sbb nak buat esok cuma officer takde nak amik geran.
Rifaie said…
kalau masa booking boleh guna geran fotocopy. tp masa pemeriksaan tu saya tak pasti. elok telefon dulu sebelum pergi
Carl Iskandar said…
terima kasih. jpj cakap nak geran ori huhu
Rifaie said…
terima kasih juga atas info :)
Unknown said…
Salam.saudara jika kereta telah wrap dgn sticker secara keseluruhan di luar..tetapi di dalam masih kekal warna asal blh lepas tak tuan utk inspection..warna body ttp sama tdk di tukar cuma lekat sticker seluruh body je blh lps tk tuan
Rifaie said…
saya tak pasti tuan, saya fikir lebih baik tuan hubungi puspakom untuk jawapan lanjut.
Unknown said…
Salam tuan. Sy nk tanya sikit. Sy ada viva 850. Katakan sy tukar bodykit asal iaitu bubuh bodykit viva elite. Lepas ke puspakom sbb kereta sy asalnya viva 850 tp pakai bodykit viva elite. Terima kasih tuan.
Rifaie said…
saya rasa lepas juga. sebab persona yang saya bawak tu dah tukar bumper neo r3, skirting depan blkg r3. asal tak ada bodykit.

apa2pun, eloklah confirmkan dulu dengan puspakom. saya bercakap atas pengetahuan saya, bukan mewakili puspakom hehe
Unknown said…
Boleh asalkan ikut spec di benarkan puspakom & jpj smua ok mlainkan pkai sportrim melebihi ruangan tyar n mcecah bibir body tu mmg xboleh. Rim kepak ke bbir kebar ke mmg xlpas r tinted gelap sgt pun xlpas nti ke buka smua dulu baru boleh hntr smula utk checking. Xzos pkai yg stndart dlu. Bagi mereka yg dah tukar xzos asal kpda xzos straight flow tu seeloknya smasa pmasangan minta mreka buat breaket@cam tmpat masuk 3 skru pda hjug paip xzos standart yg bntuk 3segi cam dekat xtractor tu n jgn ptong paip asal n trus welding je sebab senang nti bila mood nk pkai stndart balik juz plug n play je xyah hntar kdai nk ptog blik nk welding blik n dpt jimatkn kos n masa. Sperti cnth xzos mtor dari bnyi kuat nk pkai stndart balik juz plug n play xyah potong2 n welding snang boleh plug n play sndri n jimat dari segala jimat janji peralatan sperti spnar hdup ada dh hihi.
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Rifaie said…
terbaik! terima kasih atas tips :)
Unknown said…
Salam klu tinted x gelap sangat dan ade sticker windshield lepas ke
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Kereta telah tukar engine dan dah endos..sekarang nk tukar hak milik kereta..owner baru mintak surat pengesahan tukar engine atau rayuan yg menyatakan telah menukar engine betul ka?
Rifaie said…
@fazdli, tinted kalau tak lulus boleh tanggalkan di puspakom, tak da masalah. sticker windsheild kalau kurang 1/3 cermin tak dak masalah jugak

@cik zahar, kalau dah endorsed sepatutnya dah dapat satu lampiran pengesahan dari puspakom, number engine baharu akan update pada geran
Unknown said…
aku pernah dlu msa tukar enjin satria. Aku mnta halfcut 2 surat enjin skali msa aku beli pas 2 surat 2 aku buat 1 lgi salinan tpi yg ori aku bgi owner baru r yg slinan aku pgag mana r tau kot2 hilang plak mne nk cekau surat 2 dlam msa tdekat klau dh urgent. Surat 2 aku bgi msa dh terima byaran penuh jual satria. aku isi borang pindah milik kreta pas 2 pas dkt owner baru. Tpulang klau dia nk upah runner t kreta 2 msa check puspakom utk tukar milik bgi skali surat tukar enjin t puspakom siap2kn n result dri puspakom hntar plak ke JPJ utk urusan tukar nma.
Unknown said…
aku pernah dlu msa tukar enjin satria. Aku mnta halfcut 2 surat enjin skali msa aku beli pas 2 surat 2 aku buat 1 lgi salinan tpi yg ori aku bgi owner baru r yg slinan aku pgag mana r tau kot2 hilang plak mne nk cekau surat 2 dlam msa tdekat klau dh urgent. Surat 2 aku bgi msa dh terima byaran penuh jual satria. aku isi borang pindah milik kreta pas 2 pas dkt owner baru. Tpulang klau dia nk upah runner t kreta 2 msa check puspakom utk tukar milik bgi skali surat tukar enjin t puspakom siap2kn n result dri puspakom hntar plak ke JPJ utk urusan tukar nma.
Unknown said…
sdikit tmbahan. klau mna2 yg nk tukar/tmbh kuasa enjin 2 JPJ hnya benarkan pnambahan sbnyak 20-25% dri enjin asal. so maknanya klau cc 1.6 juz boleh naik kpda 1920cc atau 2.0cc je
zaini said…
kalau dkt bhagian bwh bonet ada lubang lepas tak?
zaini said…
kalau dkt bhagian bwh bonet ada lubang lepas tak?
Rifaie said…
@hafiza, terima kasih atas perkongsian :)

@zaini, lubang apa tu? air scoop?
salman said…
Salam bang. Utk interchange no, puspakom akan check apa kat kereta lama says & report apa yg diorg kuar kan? Tinted glass check sekali tak? Tinted sy mmg tak lepas ni tapi nak tau lah if utk interchange no tak kisah. Huhu
Rifaie said…
interchange tak salah saya dia akan buat b5 dan b7 sekali. tinted tu wajib dah bang, mana2 test untuk kereta private pun tinted mesti check punya hehe.
Abbe said…
Kalau road tax dah mati lebih setahun jenis pemeriksaan yg mana ye? Apa saja yg di check nya?
Rifaie said…
kalau lebih setahun kena buat pemeriksaan lain bang, bukan b5, tp lebih kurang sama juga.
Unknown said…
Lesen diperlukan x untuk proses tukar nama?
suhaimi said…
Tuk B5, Wakilkan org tuk buat pemeriksaaan di Puspakom perlu bawa IC original owner ke?
Rifaie said…
@vjunn, lesen tak diperlukan.

@suhaimi, ic original owner tak perlu, cuma kena isi salinan surat kuasa masa mendaftar, surat tu diberikan di puspakom
Unknown said…
Hi, nak tanya, roadtax dah mati lebih setahun, nak bwa kreta pegi puspakom kena minta perlepasan dari jpj dulu ke atau camne?xreti...haha..takut pula kena saman masa otw bwa kreta ke puspakom...hehe..
Rifaie said…
@polo clare, kalau mcm tu kena pohon one day permit daripada JPJ dulu. baru blh bergerak atas jalan.
Unknown said…
Salam.. Nak tanya.. Saya sedang urus van arwah saya.. Jenis hiace tahun 1997... Roadtax dah mati hampir 3 tahun.. Kemudian kelengkapan van xde macm kerusi belakng.. Mcm mne ya step yg perlu saya buat?
Unknown said…
Sori... Arwah ayah saya
Unknown said…
sama atau tidak urusan tukar hak milik kenderaan perdagangan & persendirian? sbb sy nk tukar nama lori, atas nama company
Unknown said…
Salam..kalau ubah suai bateri letak di bonet belakang lepas tak?
Rifaie said…
@amirul, susah saya nak jawab soalan ni sebab saya tak ada pengalaman berkaitan. cuma untuk tukar nama bagi orang yang sudah meninggal ini rumit sikit sebab membabitkan urusan dengan wasiat. pengalaman rakan saya, kena pergi ke amanah raya dahulu untuk selesaikan urusan tuntutan hak, bila dapat keputusan di situ, baru boleh teruskan urusan tukar nama. apa-apa pun elok rujuk dengan JPJ dahulu untuk kepastian.

@juruboneka neraka, saya fikir ada beza sikit sebab untuk kenderaan komersil biasanya didaftarkan atas nama perniagaan, bukan orang perseorangan.

@tam tiny, saya tak rasa ada masalah untuk tu, sebab puspakom tak check layout enjin untuk tukar nama, tapi kalau pemeriksaan khas macam b7 tu saya tak pasti.
Pertanyaan , adakah pemunya lama perlu pergi ke JPJ semula untuk proses tukar nama, sedangkan diPuspakom telah lulus
Unknown said…
Safri Resources. kat puspakom biasanya boleh hantar wakil... tapi utk JPJ nk tukar nama, owner lama kena datang sekali, sbb nk IC & thumbprint..
Rifaie said…
@safri, kena pergi JPJ. cuma mula-mula selesaikan puspakom dahulu, lulus baru ke JPJ. jadi setiap tempat cuma pergi sekali kalau tak ada masalah. di jpj sememangnya digalakkan pergi berdua bersama pemilik baru.

kalau pemilik baru jauh / tak boleh datang, pemilik lama boleh pergi dahulu utk thumbprint, kemudian maklumkan pada pemilik baru untuk pergi ke mana2 cawangan jpj terdekat kemudian.
Unknown said…
Salam nak Tanya sy beli keta tp enjin tuan asl dah tukar guna enjin lain..jd mana yg sy kenaKena buat dulu tukar enjin dulu atau tukar nama atau boleh buat skali Jalan jer..
Rifaie said…
setakat yang saya faham kena buat b7 dulu, lulus b7 baru dpt tukaq numb enjin atas geran, then baru boleh buat b5. apa2 pun saya cadangkan untuk rujuk puspakom.
Nazmi said…
Salam. Nak tanya, kalau roadtax dan insurans dah mati sejak Oct 2017, mcm mana ye utk sy bawa pergi check puspakom? Perlu sy hidupkan semula roadtax dan insurans ke sebelum jual kereta? Terima kasih.
Rifaie said…
Pandangan saya, kalau belum ada pembeli, renew lah, nanti boleh tuntut semula dengan insurans dan JPJ kalau dijual sebelum roadtax dan insuran tamat.

Kalau dah ada buyer, kena dapatkan trade plate / one day permit dari JPJ. kalau trade plate tu kena pinjam dari kedai used car lah, kalau depa bagi pinjam hehe. boleh la ambik untuk bawak ke PUSPAKOM untuk dapatkan b5/b7
Unknown said…
Kalau wakil yang datang di puspakom dan dokumen amik disana.. Tandatangan tu mcm mana pula?
Unknown said…
Nak tnya.. Saya perasan dlm gmbr b7 yang encik share dalam post tu, ada bahagian yang G.. G tu gagal kan? Maknanya apa perlu buat kalau gagal bahagian ujian berkomputer tu?
Unknown said…
Salam Tuan,


kalau saya membeli kereta bidaan daripada syarikat, adakah sama procedure nya? insurance kereta tu tamat pada july 2019 & roadtax pada february 2019, adakah saya kena ambil insurance kereta yang baru dibawah nama saya?


Terimakasih.
Rifaie said…
This comment has been removed by the author.
Rifaie said…
@unknown, ada surat kuasa yang kena diisi masa daftar kereta kalau wakil yang datang.

@fuad jaafar, kereta ni lulus semua ujian, saya tak jumpa yang G encik maksudkan tu. kalau gagal, kena ulang semula ujian sampai lulus baru dapat B7 tu.

@unknown, kalau tuan owner kereta memang insurans baharu kena daftar dengan nama tuan, maknanya kena beli insurans baharu.
Unknown said…
Salam.. saya pakai proton waja campro tp ad buat penambahan bodykit evo 10. Lepas x puspakom klu mcm tu?
Unknown said…
salam saya nak tanya.saya ade beli sebuah mercedes lama,beli kat kedai tapi owner lama penah tukar rnjin dan c pernah endorse.kete tu pon dah 3 tahun sadai saya beli untuk repair balik..jadi macam mana ya?adakah saya kene tukar enjin lain?jugak
Rifaie said…
@muhammad jazuli, sampai berubah banyak ke bentuk kereta tu? hehe. setakat tukar nama sepatutnya tak ada masalah, janji semua number enjin / chasis dalam keadaan asal dan tak diusik.

@unknown, kalau pernah endorse, pastikan sama number dengan salinan geran.
Unknown said…
assalamualaikum , nak tanya kalau nak buat inspection arahan jpj , dokumen apa yang perlu di bawa ?
ahmad said…
salam nk tanya,kalau utk tukar nama,keadaan absorber dan mounting enjin akan diperiksa puspakom ke tak ya?
Rifaie said…
@Unknown

Waalaikummussalam, untuk inspection jpj kalau arah periksa kenderaan tu, bawak surat arahan jpj sahaja

@Unknown

untuk tukar nama, puspakom tak check keadaan absorber dan mounting
Unknown said…
assalamualaikum. kalau body kit proton inspira dh tukar ke evo 10 agak2 lepas tak? sbb bcadang nak tukar no plat.
Unknown said…
Assalamualaikum.. Nak tanya kalau ekzos s flow extractor ngn tabung tengah dh tukar lepas x?
X70 said…
Assalamualaikum. Tanya sikit. No plate tak ikut std boleh lepas puspakom tak?
FATIN ALI said…
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
saya beli kereta baru. jadi nak tukar no plate kereta lama ke kereta baru (interchange plate kereta). saya dah buat inspection b5 tapi dealer kereta cakap saya perlu buat yg b2 tp masa pegi puspakom x jumpa pulak option b2😅. soalan saya, sebenarnya kene request untuk inspection b5 atau b2? apa beza b2 & b5?
FATIN ALI said…
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
saya beli kereta baru. jadi nak tukar no plate kereta lama ke kereta baru (interchange plate kereta). saya dah buat inspection b5 tapi dealer kereta cakap saya perlu buat yg b2 tp masa pegi puspakom x jumpa pulak option b2😅. soalan saya, sebenarnya kene request untuk inspection b5 atau b2? apa beza b2 & b5?
Rifaie said…
@Unknown
Bodykit? selagi tak menjejaskan identiti asal kenderaan, tak jadi masalah. tapi kalau tengok sekali pandang dah boleh keliru, kena standardkan balik lah hehe. kalau setakat bodykit macam lips atau skirting tak apa lagi.

@Unknown
Untuk B5, ekzos tak diperiksa. Tapi kalau B7 tak pasti, mungkin ada kawalan emission atau bunyi. untuk lebih pasti check dengan puspakom terus.

@X70
Number plate tak ikut spesifikasi setakat pengalaman saya belum pernah kena tegur lagi lah. Tapi mungkin tak fancy sangat, jadi Puspakom tak tengok sangat.

@Fatin,
b5 ni semata-mata untuk tukar hak milik sahaja. kalau tukar number plate, kena buat pemeriksaan khas, b7 tak salah saya. info di https://www.puspakom.com.my/special-inspection/
SA said…
Salam... tumpang tanya dengan peraturan baru jpj ni kalau kereta tinted boleh ke buat inspection tukar nama? Sekian terima kasih
Unknown said…
salam, nk tya, kalau krta dah tukar colour dari putih ke hitam blh lpas tk nk tukar nma?
Pasha said…
Assalam. Saya nak tukar nama pemilik. Enjin ada leaking, boleh lepas tak untuk B5 di puspakom?
Amrlhzwn said…
Assalam.. sy nak tnya.. sy ada beli kereta dari sorang kawan.. kreta tu pon rodtex dah stahun lebih tamat tempoh.jadi apa prosuder dr mula hingga habis yg sy perlu lakukan untuk pemeriksaan puspakom dan apa yang perlu sy bawa?? Contohnya,perlukah sy buat insurans dulu utk kereta tu,lpas tu baru ke puspakom atau mcm mna?
Just nak update, skarang ni booking online sahaja, call dah x boleh, atau walk in, kalau walk in nasib2 kalau dapat dapat lah kalau x bye2.
Dex said…
Tumpang tanya ADMIN:
Saya nak hantar keta tuk inspection B5, tuka hak milik kenderaan persendirian.
Keta saya standard jew tapi,
1. Lampu hadapan saya lekat tinted biru muda lepas tak tuk Puspakom
2. Lampu belakang saya lekat tinted hitam lepas tak tuk Puspakom

Sekian, minta pencerahan daripada ADMIN sekalian. Terima kasih.