Assalam, entri pertama untuk 2015 hehe. Entri ni bukanlah berkenaan kereta aku sendiri, tapi kereta rakan aku, aku diamanahkan untuk buat pemeriksaan B5 dan B7 untuk kereta dia di Puspakom. Dia nak jual kereta secara sewa beli (hire purchase) jadi kena buat dua pemeriksaan ni.
Apa itu B5?
Mengikut laman puspakom
Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, kami akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan.
Tanpa laporan B5 ni, pembeli tak boleh melakukan proses tukar nama di JPJ, sebab JPJ perlukan laporan B5 untuk proses tukar nama. Laporan B5 adalah berdasarkan carta alir berikut:
Carta Aliran Proses B5 |
Apa itu B7?
Mengikut laman Puspakom
Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan telah diwajibkan di bawah undang-undang dalam usaha melindungi pembeli kenderaan terpakai daripada membeli kenderaan yang tidak sah dari segi undang-undang atau tidak selamat digunakan di jalan raya.Mana-mana individu atau organisasi yang memohon pinjaman untuk membeli kenderaan terpakai perlu mengesahkan bahawa kenderaan itu telah menjalani Pemeriksaan Sewa Beli dengan mengemukakan laporan B7 yang dikeluarkan olehPUSPAKOM. Pemeriksaan ini termasuk 18 pemeriksaan khusus, iaitu gabungan pemeriksaan identiti dan pemeriksaan fizikal.
Laporan B7 ni perlu sekiranya pembeli membeli secara sewa beli (hire purchase), kalau beli secara tunai, cukuplah sekadar laporan B5.
Carta alir proses B7 |
Apa dokumen yang perlu ada?
Anda mesti ada Geran / Kad pendaftaran kenderaan yang asal. Kereta boleh dibawa untuk pemeriksaan sama ada oleh pemilik sendiri atau pihak ketiga. Kalau kereta dibawa pihak ketiga, borang wakil / serah kuasa mesti dilengkapkan bersama. Borang akan diberi sewaktu kereta didaftar masuk.
Macam mana nak dapatkan slot untuk pemeriksaan?
Okey, jawapan berdasarkan pengalaman aku sahaja, tak semestinya ini S.O.P di Puspakom. Sediakan salinan geran atau lebih baik geran asal, pergi ke Puspakom dan terus ke pejabat, buat tempahan slot. Jadual biasa bergantung kepada tahap "kesesakan" di Puspakom hehe. Nanti Puspakom akan bagi masa untuk pemeriksaan.
Ada juga maklum balas dari rakan-rakan lagi bagitahu tak perlu ke Puspakom, telefon saja ke pejabat Puspakom. Jadi cubalah mana-mana kaedah yang mudah pada anda. Tapi apa pun, sila tempah slot terlebih dahulu sebelum bawa kereta untuk pemeriksaan.
Kaedah pemeriksaan
Pertama, bawa bersama geran asal semasa hari pemeriksaan. Lapor diri pada pengawal keselamatan dan maklumkan tujuan anda. Selesai pendaftaran, anda akan diserahkan nombor giliran dan beberapa borang iaitu, Borang pelepasan tanggungan dan wakil kuasa, pelepasan tanggungan sewa beli dan senarai semak pemeriksaan tukar milik. Isi dengan lengkap.
Satu tips, pastikan kalau tinted anda memang gelap, sila tanggalkan sebelum pemeriksaan.
Kedua, beratur di lorong yang disediakan, pastikan jangan salah lorong. Ada untuk kenderaan import, ada untuk tukar nama dan sewa beli, ada untuk kenderaan perdagangan. Jadi jangan silap dan tanya kepada pegawai Puspakom sekiranya tidak pasti.
Ketiga, bila sampai saja giliran anda, pandu ke lorong pemeriksaan, patuhi arahan pegawai Puspakom, serahkan borang senarai semak pemeriksaan anda. Tinggalkan kunci kereta di kereta. Bawa nombor giliran anda ke kaunter bayaran. Selesaikan bayaran sebelum kereta selesai pemeriksaan.
Kadar bayaran :
B5 - RM30
B7 - RM60
*Harga tidak termasuk GST hehe.
Keempat, dapatkan slip bayaran dari kaunter, kemudian selitkan slip tu dengan rapi di wiper kereta. Itu tips yang aku dapat dari runner kat Puspakom hehe. Kemudian dengan sabar tunggu sehingga kereta selesai diperiksa. Kalau buat setakat B5 sekejap je, tapi kalau sekali dengan B7 lama sikitlah.
Selesai pemeriksaan, pandu kereta anda keluar, dan letakkan di kawasan yang disediakan. Terus ke pejabat Puspakom untuk ambil keputusan pemeriksaan. Tunggu sehingga nombor pendaftaran anda dipanggil dan dapatkan keputusan laporan pemeriksaan anda.
Anda akan terima dua salinan laporan B5 dan B7. Kalau buat tukar nama sahaja anda akan dapat laporan B5 sahaja. Di cermin kereta akan dilekatkan pelekat mengesahkan pemeriksaan telah dibuat.
Dengan laporan sudah ada di tangan, maka selesailah urusan anda di Puspakom. Apa nak buat seterusnya? Bergantung kepada anda, B5 untuk JPJ dan B7 untuk bank di mana pembeli kereta anda buat pinjaman.
Comments
ataupun, tuan call hotline puspakom dulu. mungkin depa boleh pinda number enjin dalam report, tapi nanti utk pembetulan di geran, tuan kena ke JPJ semula.
sekadar pandangan sahaja, kalau saya kena situasi ni, saya rujuk puspakom dahulu utk pembetulan. kemudian lepas dibetulkan, saya rujuk dengan JPJ untuk pinda geran.
ada contoh surat yang perlu ditulis ?
borang ada disediakan di kaunter pendaftaran, saya fikir mgkn perlu bawa cop syarikat bersama.
surat kuasa dah ada bersama form. tapi untuk lebih jelas saya fikir elok encik call puspakom dahulu.
@norman
Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan B2?
Pemeriksaan B2 dilakukan apabila:
a) Kenderaan anda telah diubah suai (mengubah spesifikasi enjin, casis, badan atau had berat muatan).
b) Kenderaan import.
c) Cukai jalan anda telah tamat tempoh lebih dari satu tahun (ini terpakai untuk kenderaan persendirian sahaja).
Dalam keadaan ini, kenderaan anda perlu menjalani Pemeriksaan Khas.
http://www.puspakom.com.my/ms/soalan-lazim.html
apa2pun, eloklah confirmkan dulu dengan puspakom. saya bercakap atas pengetahuan saya, bukan mewakili puspakom hehe
@cik zahar, kalau dah endorsed sepatutnya dah dapat satu lampiran pengesahan dari puspakom, number engine baharu akan update pada geran
@zaini, lubang apa tu? air scoop?
@suhaimi, ic original owner tak perlu, cuma kena isi salinan surat kuasa masa mendaftar, surat tu diberikan di puspakom
@juruboneka neraka, saya fikir ada beza sikit sebab untuk kenderaan komersil biasanya didaftarkan atas nama perniagaan, bukan orang perseorangan.
@tam tiny, saya tak rasa ada masalah untuk tu, sebab puspakom tak check layout enjin untuk tukar nama, tapi kalau pemeriksaan khas macam b7 tu saya tak pasti.
kalau pemilik baru jauh / tak boleh datang, pemilik lama boleh pergi dahulu utk thumbprint, kemudian maklumkan pada pemilik baru untuk pergi ke mana2 cawangan jpj terdekat kemudian.
Kalau dah ada buyer, kena dapatkan trade plate / one day permit dari JPJ. kalau trade plate tu kena pinjam dari kedai used car lah, kalau depa bagi pinjam hehe. boleh la ambik untuk bawak ke PUSPAKOM untuk dapatkan b5/b7
kalau saya membeli kereta bidaan daripada syarikat, adakah sama procedure nya? insurance kereta tu tamat pada july 2019 & roadtax pada february 2019, adakah saya kena ambil insurance kereta yang baru dibawah nama saya?
Terimakasih.
@fuad jaafar, kereta ni lulus semua ujian, saya tak jumpa yang G encik maksudkan tu. kalau gagal, kena ulang semula ujian sampai lulus baru dapat B7 tu.
@unknown, kalau tuan owner kereta memang insurans baharu kena daftar dengan nama tuan, maknanya kena beli insurans baharu.
@unknown, kalau pernah endorse, pastikan sama number dengan salinan geran.
Waalaikummussalam, untuk inspection jpj kalau arah periksa kenderaan tu, bawak surat arahan jpj sahaja
@Unknown
untuk tukar nama, puspakom tak check keadaan absorber dan mounting
saya beli kereta baru. jadi nak tukar no plate kereta lama ke kereta baru (interchange plate kereta). saya dah buat inspection b5 tapi dealer kereta cakap saya perlu buat yg b2 tp masa pegi puspakom x jumpa pulak option b2😅. soalan saya, sebenarnya kene request untuk inspection b5 atau b2? apa beza b2 & b5?
saya beli kereta baru. jadi nak tukar no plate kereta lama ke kereta baru (interchange plate kereta). saya dah buat inspection b5 tapi dealer kereta cakap saya perlu buat yg b2 tp masa pegi puspakom x jumpa pulak option b2😅. soalan saya, sebenarnya kene request untuk inspection b5 atau b2? apa beza b2 & b5?
Bodykit? selagi tak menjejaskan identiti asal kenderaan, tak jadi masalah. tapi kalau tengok sekali pandang dah boleh keliru, kena standardkan balik lah hehe. kalau setakat bodykit macam lips atau skirting tak apa lagi.
@Unknown
Untuk B5, ekzos tak diperiksa. Tapi kalau B7 tak pasti, mungkin ada kawalan emission atau bunyi. untuk lebih pasti check dengan puspakom terus.
@X70
Number plate tak ikut spesifikasi setakat pengalaman saya belum pernah kena tegur lagi lah. Tapi mungkin tak fancy sangat, jadi Puspakom tak tengok sangat.
@Fatin,
b5 ni semata-mata untuk tukar hak milik sahaja. kalau tukar number plate, kena buat pemeriksaan khas, b7 tak salah saya. info di https://www.puspakom.com.my/special-inspection/
Saya nak hantar keta tuk inspection B5, tuka hak milik kenderaan persendirian.
Keta saya standard jew tapi,
1. Lampu hadapan saya lekat tinted biru muda lepas tak tuk Puspakom
2. Lampu belakang saya lekat tinted hitam lepas tak tuk Puspakom
Sekian, minta pencerahan daripada ADMIN sekalian. Terima kasih.