Preve Manual Transmission Gear Knob

Assalam semua, entri kali ni berkaitan dengan satu perkakas dalam kereta yang wajib kita pegang setiap kali memandu, gear knob hehe. Memandangkan umur kereta yang semakin meningkat, biasalah alatan "tear and wear" akan menjadi lusuh dan tak menarik dipandang. Sampai masa kali ni, gear knob perlu diganti.

Sebenarnya ada banyak pilihann gear knob, sama ada ganti dengan yang asal, atau beli dari kedai aksesori yang bermacam bentuk dan warna atau dapatkan dari model lain. Memandangkan gear knob yang aku guna sekarang asalnya dari Gen2 CPS, kali ni aku ganti dengan model Proton yang lain, iaitu dari model Preve. 

Untuk rekod, model Preve ni berkongsi part number nya dengan model Iriz juga, untuk spec Executive dan Premium, kalau spec standard bentuknya pun sama cuma berbeza dari finishing untuk indicator gear, dia bukan piano black finishing macam model Preve.


Macam mana boleh terbeli? Hehe kisahnya aku ke Proton Parts Centre nak cari lampu kereta adik aku, sudahnya aku pula terbeli barang. Harga knob adalah lebih kurang RM60, agak mahal bunyi tu. Tapi memandangkan knob aftermarket pun harga dalam lingkungan RM40 - 50, aku rasa agak berpatutan kerana ini knob original dari Proton. Boleh dapat lagi murah dari kedai alat ganti bukan Proton, tapi susah nak jumpa, biasanya diorang akan cadangkan kita beli di kedai aksesori.


Jadi sebelum dipasang, inilah rupanya dari sisi, atas dan hadapan, bentuk ringkas dan menarik. Tapi subjektif la kalau bercakap hal rupa ini, lain mata, lain perhati kan.




Selepas pemasangan inilah rupanya di batang gear, nampak agak elegance pada aku. Hehe grip oklah dengan material, tak panas bila kereta dijemur bawah mentari, dan tak licin, rasa kesat.




Gear knob lama? Kondisi agak lusuh. Dah lama dah guna, adalah lebih kurang 90k km macam tu. Manual pulak tu, memang keraplah disentuh tangan. Tapi stiching merah pada knob masih dalam keadaan baik, rasanya ini lebih tahan lasak daripada gear knob asal Persona.



Patut ke korang ganti? Apa pun bergantung pada citarasa dan bajet. Aku sebab berkenan knob ni masa pandu uji Proton Iriz hari tu. Rasa selesa dipegang, grip pun kemas. Sebab tu aku pilih model ini. Apa pun terpulang pada citarasa dan bajet masing-masing hehe.

Comments

Unknown said…
bro faie, steering da tukar blik ke asal ke =)
Rifaie said…
yup... pakai asal balik hehe
TF said…
Tuan...mane nk dptkan steering suprima yg mcm tuan pakai dlu??
Rifaie said…
saya beli dari rakan.

https://www.facebook.com/arezham.lpizam?fref=ts

ni link fb dia.
shah said…
naper tuan guna steering asal balik, ada problem ke steering suprima tu
Rifaie said…
tak ada masalah pun. cuma tukaq sebab stereng preve tu pinjam saja untuk cuba
holiday inn said…
bro faie, tumpang tanya pesona ada problem sensor x? n sensor pesona bleh di servis x? n kedai mekanik mana yg tahu tentang proton pesona selain proton servis?
Rifaie said…
sensor apa tu tuan?
holiday inn said…
sensor yg ada di enjin pesona. jika ada yg perludi servis munkin?
Rifaie said…
saya kurang jelas, sensor apa abang? kalau nak tengok jadual servis untuk enjin, ada dalam buku manual. Setiap jangka hayat komponen ada dalam jadual, dan brapa jarak untuk digantikan
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Bro leh bantu x?kwn nk pasang led rear bumper rflector tpi x thu nk wayar mna yg nk d smbng ny.. t.kasih
Rifaie said…
saya tak pernah pasang benda tu. manual tak ada ke? saya rasa mesti ada 3 wayar utk benda tu, satu utk position light, satu utk brake, satu ground.
holiday inn said…
nak tanya ecu utk proton persona full spec harga ber satu? boleh terang kan tentang kos n harga nya pasang dimana bagus? sy duduk area kulim.harap dapat membantu.
Rifaie said…
ECU persona full spec? saya tak pasti berapa harga dan kos untuk pasang benda tu. tak pernah terpikir pula nk ganti menda tu. kenapa dicari? hehe
holiday inn said…
saya mencari ECU sebab kreta persona sy selalu jadi aircon on off n radio off sendiri panel abs n hand breake menyala. bila tengah bawa terjadi mcm tu kadang kadang bila nak knci kreta dgn remote x boleh kreta akan berbunyi pelan (x mcm bunyi biasa waktu kunci krta) n pintu x knci n nak start x boleh kena cabut bateri biar seminit n krta jd normal balik. sy dah cek aircond altenater semua ok. bila servis di proton dia kata history x ada apa apa.
Rifaie said…
jadinya Proton cadangkan suruh tukar ECU?
Unknown said…
proton part centre tu kat mna bro?
Rifaie said…
kawasan perindustrian perai, sebelah tayarmart
Unknown said…
Salam bro...nak tny kepala gear persona sv tukar kepala gear preve ngam x lubang die....sebab tel proton care line die ckp x ngam....
Bape je harga kepala gear preve skrng ye....
Nk tukar kepala gear nie....pakai persona punya kepala gear die....getah dah terbelah...selalu terbuka...mmmmm
Rifaie said…
@Shah Miera,
Kalau manual, insya Allah ngam. Kalau auto, saya fikir tak ngam sebab kedudukan shift lock yang berbeza.
Unknown said…
Assalamualikum..sahabat Rifaie boeh bg no telefon,kawan berminat nk tukar stereng persona ke suprima..
kalo tak pun wassap kawan 0197554247
Rifaie said…
@Unknown,

Boleh emel kepada saya di arfaie@putera.com, saya akan bagi number dari situ
My Sky said…
Hello, nak tanya thread size gear knob persona apa ya?
Unknown said…
assalamualikum boskuu...kalau knob gear auto preve boleh x pasang ke persona 2007