DIY : CCFL angel eye

Assalamualaikum

Diy kali ini tak berapa detail sangat sebab dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan bukan pada kereta aku, aku bantu rakan aku buat pada kereta dia. 

Mula-mula sekali kena blacken kan lampu dia dulu, sebab lampu yang digunakan diambil dari model persona 2007. Untuk kaedah blacken lampu, boleh rujuk link ni http://tacra.blogspot.com/2010/09/smoked-headlamp-gen-2.html

Okeh, apa yang kena ada? Dua pasang CCFL ring, cat flat black, acrylic double sided dan black tape.

Ini selepas cover jernih depan dibuka dan reflector ditanggalkan

Reflector sebelum dicat




Selesai dicat

Digalakkan guna high temperature paint, ambik flat black. Aku guna brand Samurai, memang famous brand ni, boleh cari di kedai motosikal hehe.



Pasang semula reflector dengan cermat, jaga-jaga jangan tertinggal cap jari hehe. Jangan lupa skru semula reflector tu.



Okeh langkah-langkah memasang ring, saiz yang digunakan adalah 9cm untuk lampu isyarat dan 12cm untuk lampu besar. Pasang dengan cermat sebab ring CCFl ni mudah pecah atau patah, Aku sendiri rosakkan satu ring masa pasang sebab over pressure masa lekatkan pada lampu.

Untuk lekatkan ring, cuma double sided tape yang acrylic, sebab nampak lebih kemas dan kuat. Untuk cover wire, balut dengan black tape dan sorokkan di belakang lampu besar.



CCFL sedang diuji hehe. Bercakap pasal warna. Digalakkan guna warna yang dibenarkan sahaja, lebih selamat kalau warna putih. Elakkan warna-warna lain kalau nak elakkan perhatian dari penguatkuasa.

 Kemaskan wiring sebelum cover dipasang semula. 

 Siap!




Hehe foto di bawah ni cubaan selfie saja. Sekali pandang nampak macam BMW tak?



Kos? Untuk dapatkan ballast terbaik dengan CCFL kena keluar modal lebih sikit. untuk CCFL bajet lebih kurang RM 95, cat samurai, acrylic dan black tape dalam RM 30.

Comments

Unknown said…
Ccfl ring beli kat mana?
Rifaie said…
kedai aksesori..
Unknown said…
leh repair x kalau lampu x leh adjust (skru patah dh kot)
Rifaie said…
skru mana yang patah?
Unknown said…
Yg boleh adjust lampu naik turun, kiri kanan
Rifaie said…
kalau dh patah y tu susah skit la.. sbb dia plastik. kalau nk cuba diy, mgkn blh keluarkan dan cuba gam balik.
mahdini said…
Kedai aksesoribmana bis

Rifaie said…
barang-barang beli kt 99 accessories, bukit mertajam. pasang sndiri hehe
Unknown said…
Rifaie.. boleh ke upah you pasang
Unknown said…
Rifaie.. boleh ke upah you pasang
Rifaie said…
haha duk mana bro?
berapa ccfl ring tu sepasang bos ?
Rifaie said…
kalau dah biasa buka lampu tu beberapa kali, dia jadi mudah sbb gam dah tak kuat. tapi kalau kali pertama buat, agak susah sikit.

CCFL tu kalau di kedai aksesori harganya kurang rm100 utk dua pasang
Unknown said…
bro, Kalo nak buka headlamp tu mcm mane yew? bkn dia digam kew yg cermin tu?
Rifaie said…
saya guna heatgun, panaskan balik gam kt casing tu. nnt dah lembut, kopak pelan2 mcm buka durian hehe
Unknown said…
Ballast@relay dia berapa duit bro .aku punya Kong setelah.tp biasa nya tukar relay la.yg kotak hitam 2
Rifaie said…
kalau cap ayam punya, 10 rggt je, tapi biasanya tak tahan lama jugak, aku pernah kena sekali menda tu cair. last2 aku tukaq pakai yang 32 rggt tu, alhamdulillah, bertahan sampai hari ni
angah said…
This comment has been removed by the author.
angah said…
This comment has been removed by the author.
angah said…
Cat samurai hi temp black tu flat black ka hitam berkilat? Kalau pakai yang samurai flat black bukan hi temp punya tahan tak?
Rifaie said…
saya pakai high temp bang, kalau bukan high temp takut tak tahan panas nnt.
romzi730 said…
Bos bg no fon,,,,nak upah pasang kan bleh tak!
Rifaie said…
hehe saya tak ambik upah pasang, buat syok2 kat keta sendiri je
caelz said…
bos ada x step nak joint wiring dr headlamp ke led ring ??
Rifaie said…
@shecarl mazlan, dari headlamp? tak biasa buat bang, selalu tap dari parking / guide light saja hehe.
Unknown said…
Ring tu x cair ke ?
Rifaie said…
@Unknown,

Setakat saya guna personally, tak pernah lah sampai cair, mentol 4300k ja lampu depan tu
relay ni nama apa bro?
Alongfiq91 said…
Inverter die connect kt mne bang?
KHAIRUL said…
Tuan
Kalau nak bukak keluar kan headlamp memang kena turun bumper ke? Atau boleh keluarkan gitu je bukak 3 skru?