Assalamualaikum
Diy kali ini tak berapa detail sangat sebab dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan bukan pada kereta aku, aku bantu rakan aku buat pada kereta dia.
Mula-mula sekali kena blacken kan lampu dia dulu, sebab lampu yang digunakan diambil dari model persona 2007. Untuk kaedah blacken lampu, boleh rujuk link ni http://tacra.blogspot.com/2010/09/smoked-headlamp-gen-2.html
Okeh, apa yang kena ada? Dua pasang CCFL ring, cat flat black, acrylic double sided dan black tape.
Ini selepas cover jernih depan dibuka dan reflector ditanggalkan
Reflector sebelum dicat
Selesai dicat
Digalakkan guna high temperature paint, ambik flat black. Aku guna brand Samurai, memang famous brand ni, boleh cari di kedai motosikal hehe.
Pasang semula reflector dengan cermat, jaga-jaga jangan tertinggal cap jari hehe. Jangan lupa skru semula reflector tu.
Okeh langkah-langkah memasang ring, saiz yang digunakan adalah 9cm untuk lampu isyarat dan 12cm untuk lampu besar. Pasang dengan cermat sebab ring CCFl ni mudah pecah atau patah, Aku sendiri rosakkan satu ring masa pasang sebab over pressure masa lekatkan pada lampu.
Untuk lekatkan ring, cuma double sided tape yang acrylic, sebab nampak lebih kemas dan kuat. Untuk cover wire, balut dengan black tape dan sorokkan di belakang lampu besar.
CCFL sedang diuji hehe. Bercakap pasal warna. Digalakkan guna warna yang dibenarkan sahaja, lebih selamat kalau warna putih. Elakkan warna-warna lain kalau nak elakkan perhatian dari penguatkuasa.
Kemaskan wiring sebelum cover dipasang semula.
Siap!
Hehe foto di bawah ni cubaan selfie saja. Sekali pandang nampak macam BMW tak?
Kos? Untuk dapatkan ballast terbaik dengan CCFL kena keluar modal lebih sikit. untuk CCFL bajet lebih kurang RM 95, cat samurai, acrylic dan black tape dalam RM 30.
Comments
CCFL tu kalau di kedai aksesori harganya kurang rm100 utk dua pasang
Setakat saya guna personally, tak pernah lah sampai cair, mentol 4300k ja lampu depan tu
Kalau nak bukak keluar kan headlamp memang kena turun bumper ke? Atau boleh keluarkan gitu je bukak 3 skru?