Enjin Persona Overheat

Assalam, selamat sejahtera.

Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.




Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.

http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html

http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html

Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lokasi kejadian. 


Awal pagi esok, kereta dibawa ke satu bengkel berhampiran. Teknik diagnosis yang pertama adalah dengan mengisi semula air ke dalam radiator sebelum tekanan udara dimasukkan melalui laluan "reserve tank". Pemerhatian mendapati ada kebocoran di bahagian tengah belakang radiator. Radiator segera dikeluarkan untuk pemeriksaan.


Selesai kerja mengeluarkan radiator, ternyata teori awal disahkan, tiada padding dipasang pada rangka kipas menyebabkan rangka melengkung dan menekan saluran air pada sirip radiator dan mengakibatkan kebocoran pada saluran air. Foto berikutnya dan ditandakan kotak merah adalah kawasan kebocoran tersebut. 



Jika dilihat dari sudut atas, barangkali tidak kelihatan, namun dari sisi, jelas menunjukkan rangka kipas menekan sirip penyejuk radiator.



Termostat juga diperiksa dan didapati dalam keadaan baik cuma sedikit berkeladak. 



Peringkat seterusnya adalah kerja-kerja mengimpal kebocoran pada radiator. Radiator dikeringkan terlebih dahulu sebelum dikimpal.




Rupa radiator setelah dikimpal. Sirip yang bocor ditutup dengan lapisan epoxy dan disejukkan seketika. Sambil itu, penutup atas radiator ditanggalkan untuk kerja-kerja membersihkan bahagian dalam radiator. Aku dinasihatkan untuk menyelenggara terus radiator untuk membersihkan kesan karat dan keladak pada bahagian dalaman.




Kerja-kerja membersihkan radiator, besi nipis ditusukkan ke dalam sirip penyejuk untuk menolak keluar keladak dan karat di dalam sirip.



Radiator kemudiaannya dibilas dengan air bersih sebelum penutup atas dipasang semula.



Seterusnya adalah kerja mengesan sekiranya ada kebocoran lain di radiator. Semua lubang udara disumbat, dan kemudiannya radiator direndamkan ke dalam takungan air. Pemeriksaan dilakukan secara fizikal untuk mengesan gelembung udara. Namun, untuk radiator ini, tiada sebarang kebocoran lain dikesan. Radiator sedia untuk dipasang semula.


Sebagai langkah berjaga-jaga, aku meminta pihak kedai memasang lapik getah untuk mengelakkan situasi sama berulang, dan aku puji pada pekedai kerana mengambil berat permintaan aku. Beberapa keping getah diletakkan sebagai alas antara radiator dan rangka kipas. Rupanya mungkin agak berbeza, tapi fungsinya sama dengan padding yang dipasang oleh proton.





Sebelum radiator dipasang, air bersih disalurkan ke dalam enjin. Air bertekanan tinggi ini untuk mengeluarkan keladak dan karat di sepanjang laluan. Thermostat juga dibersihkan dari kotoran.


Selesai kerja baik pulih dan servis, semuanya dipasang kembali. Coolant sebanyak dua botol digunakan untuk menggantikan coolant lama yang telah kering. Enjin dihidupkan dan suhu dipantau selama 20 minit. Setelah semuanya kelihatan normal, aku dibenarkan untuk membawa pulang kereta.


Ok, yang paling ditunggu, kos! Upah servis adalah sebanyak RM55.00, dua botol coolant RM24.00 dan kerja-kerja kimpalan RM20.00. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM99.00 sahaja. Berpatutan pada aku jika dibandingkan dengan tempoh masa kerja kurang dua jam dan kekemasan hasil kerja.

Jadi, nasihat aku untuk semua pemilik persona elegance, sila pastikan di rangka kipas radiator dan aircond anda dibekalkan bersama dengan padding untuk mengelak situasi seperti ini terjadi kepada anda. Padding boleh didapati di proton dengan nombor alat ganti PW990003 atau beli saja getah di kedai hardware dan DIY sahaja. 



Comments

Pyanto said…
Tq atas perkongsian
Akhirnya..kes overheat muncul jugak sebab takde padding ni..
Air takungan siap ada pepatung lg jgn masuk radiator sudah..huhuhu
Esok nak check radiator pulak, risau tengok kereta lain kena mcmni..
Rifaie said…
hehe semua radiator p rendam situ... mmg mcm2 la ada
holiday inn said…
assalammualaikum saya ada masaalah dengan pesona saya tahun 2010 masaalahnya ialah bila waktu waktu tertentu kereta saya bila tengah bawa tetiba air corn kreta tertutup sendiri dan dalam masa yang sama kat panel tertera gambar abs,beteri dan minyak enjin menyala dlam satu saat atau dua normal balik. tapi kerap terjadi dalam 10 20 min berlaku lagi klu waktu malam pula lampu seperti malam (tetapi tetap menyala). pernah terjadi dulu tapi bila saya tukar beteri ok dan tidak terjadi lagi dan sekarang jadi balik n saya dah tukar beteri kepada beteri basah tetapi selepas dua bulan terjadi lagi. apa yang masaalahnya?
Rifaie said…
ada kemungkinan berlaku kekurangan kuasa menyebabkan enjin hampir "stall". barangkali itu punca semua lampu amaran menyala tiba2. ada cuba swap bateri lain ke kereta?
PCrackedgames said…
Salam, Saya tumpang tanya :D
Smlm kereta saya overheating ( GEN2)
setelah saya check..rupanya..getah paip kat bawah kereta tu renggang agak jauh sikit laa. sbb bila saya tuang air..ke dlm radiator..dia kluar kat bawah tu balik..mcm air paip. soalan - boleh ke saya buat sendiri..sambungan paip kat bawah kereta tu..sbb sblum ni kereta saya staedy je.
Rifaie said…
tak ada masalah kalau nk buat sndiri. kalau paip masih elok, rapatkan balik dengan radiator, ikat dgn klip. kalau bocor, check dulu bocornya kat mana, buka paip tu, bawak ke kedai dan dapatkan paip dan ukuran yang sama
shafiqeffendy said…
Salam bro,

Nak tanya, saya pakai PE H-line tahun 2010. ada satu bunyi "tak tak tak tak" yang rasanya datang dari bahagian belakang enjin, mungkin dekat dengan throttle body kot. Tak pasti bunyi apa. Bila rujuk service centre, katanya bunyi tu tak bagi apa2 kesan pun, cuma bunyi sahaaja. Tak perlu tukar apa2. Bro tau tak ni bunyi apa n camane nak hilangkan bunyi ni? Bunyi tu kadang2 ada, kadang2 takde.....
Unknown said…
Salam..nak tnya kat mne repair radiator tu??
Rifaie said…
shafiqeffendy

banyak punca tu, tp barangkali kalau dari belakang mungkin IAFM la. kalau setakat bunyi tak2 tu, biasalah. Melainkan kalau tiba-tiba petrol pun rasa makan lebih je, mgkn perlu diganti. sekadar andaian je. keta saya pun bunyi, dh 4 tahun mcm tu hehe

Mohd Hafiz Salihuddin
Kat Baling,Kedah
Unknown said…
Salam.. Sya ada kereta PE(A) tahun 2011.. PE sya ni ada masalah check engine menyala dan gear aya lock kepada 1 gear sahaja.. Tentang masalah ini sya sudah bawa kereta sya ke servis centre dan pihak servis centre sudah check pakai computer dan mereka kata kena tukar pedal minyak dan sya pn terus tukar tp masalah sama jd balik. Kali ke2 saya perfi ke servis centre juga check pakai computer mereka kata kena servis throtle body dan throtle body juga telah diservia tp masalah sama jd juga balik. Kt sini sya nk tnya kalau pihak en tahu apa masalah sebenar PE sya ini ataupun en juga pernah mengalami masalah sama boleh tolong share x apa yg perlu sya tukar?

Terima kasih(jasamu akan dikenang£
Rifaie said…
saya guna PE manual, tak pernah lagilah kena simptom macam tu. gear lekat 1 je? maknanya apa tu?
Abi Rahman said…
salam bro,
nak tanya sket..saya pakai persona B-Line Manual thn 2007..sy ade bbrapa simptom yg menyebabkan saya risau wlpn kereta masih boleh bergerak mcm biasa..

1-Sekali skala jarum temperature dgn RPM off..pastu beberapa minit dia naik balik..mslh ape tu?

2-Biasa kalau kereta dh gerak,kita tekan brake,otomatik lock pintu ttutup..tp skrg dh xmcm tu..statik je..knapa ek?

3-saya punya pedal klac ade kesat sket,mcm mana nk bagi smooth balik?

tqvm
Rifaie said…
Abi Rahman, soalan pertama tu saya tak dapat nak jawab, mungkin boleh cuba swap meter dengan rakan2 yang lain.

yang kedua tu, mgkn blh check fuse auto lock, dan pastikan handbrake betul2 turun habis smpi bawah

clutch? mungkin boleh lubricate sikit di bahagian kabel clutch
ekwan said…
saudara,

kete PE saya baru2 ni breakdown. bila check, enjin overheat disebabkan kipas radiator rosak.

enjin dah kena skim. setel 1 part.
skg mslh lain pulak...

1) enjin gegar lain mcm.
2) brake mcm dah tak efisien mcm dulu. kadang2 tekan brake, jadi keras. dah tukar brake fluid pun sama.

ada solution nye tak bos?
Rifaie said…
bab gegar tu gegar masa braking atau masa idle? kalau braking, cuba check disc mgkn ada bengkok, brake pad mgkn dah nipis barang kali sbb tu brake pun tak syok. kalau gegar masa idle, mgkn boleh check mounting engine
Unknown said…
Encik..
Persona sy ada masalah tetibe jk bila berhenti pasang air cond temperature akan naik..
Kalau jalan temperature akan okey smula dan setelah beberapa minit air cond boleh dibuka semula
Unknown said…
Encik..
Persona sy ada masalah tetibe jk bila berhenti pasang air cond temperature akan naik..
Kalau jalan temperature akan okey smula dan setelah beberapa minit air cond boleh dibuka semula
Rifaie said…
rujuk link ni tuan

http://faieelegance.blogspot.my/2015/03/oil-sump-leaking-dan-enjin-overheating.html

saya pernah kena situasi yang sama dengan tuan. barangkali kipas radiator dah tak jalan, sebab tu temp cuma turun bila buka aircond, sebab ada kipas aircond yang bantu
Unknown said…
Salam encik
Saya nak tanya encik saya pakai persona tahun 2008 skrang ni kreta saya buat hal tiba2 enjin off sendiri lpas tu saya start balik hidup itu pun minyak kena tekan baru hidup lpas tu saya perasan yang temperature naik saya buka bonet dpan saya tengok air coolant kluar dari tangki coolant yang sebelah radiator ianya kluar dari penutup tangki tersebut.
Rifaie said…
kalau pada pengetahuan saya, biasanya terjadi macam tu sebab ada udara terperangkap dalam enjin. kena flush balik coolant dalam enjin
Unknown said…
Salam...penutup radiator tercicir semasa di highway plus. Engin mati tetiba. Check dgn pomen plus , dia kata kena buat top head ovrhall n skimming....boleh tanya , siapa tau jumlah kos yg perlu di kluar kn ...mekasih
Unknown said…
Salam...penutup radiator tercicir semasa Engin mati tetiba. Check dgn pomen , dia kata kena buat top head ovrhall n skimming....boleh tanya , siapa tau jumlah kos yg perlu di kluar kn ...mekasih
Rifaie said…
top overhaul? gasket terbakar sekali ke bang?
Unknown said…
Kenape bila sy matikan egine tp kipas radiator masih berpusing....lg satu kalau kite berhenti temperature naik kalau jalan dia ok balik adakah masalah thomostart
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Kereta akk pun Ade bunyi camtu...normal ekk? U Ade tukar pape x?
Salam...en bley share detail address yg Kat baling tu x? Radiotar nipis bley effect slalu high temperature ke? Bley en. Watsap ke no 0142358541~mira actually sye org baling...x jumpe kedai yg bley services radiator tu
Same situation ngan sye....off aircond bru turun...tp sye jalan jer...huuu...sejak tukar radiator Ade prob ni...
Sye pun mgalami masalah ni...kalu Ade solution bley share yer...musim panas ni memg kerap temperature naik...
Rifaie said…
halimi,

cuba rujuk link ni, pastikan betul-betul kipas mana yang berpusing
http://faieelegance.blogspot.my/2015/03/oil-sump-leaking-dan-enjin-overheating.html

misz mira,
kalau off aircond baru turun, means mungkin pernah kena masalah sama macam saya, rujuk link yang saya share pada halimi.

lokasi kedai tu, jalan ke sungai limau, lalu tepi billion tu, hala ke parit panjang, kedai tu sebelah kanan, dekat-dekat sebelum jambatan
Unknown said…
Assalam.
2 minggu lepas sy ke Batu Kurau, Perak. Semasa berhenti di masjid, suami tengok air banyak kat sit driver. Sit sebelah pun sama. Air cond sejuk, x de masalah. Kemudian, semasa perjalanan balik, sy y drive dalam hujan y agak lebat. Tiba2 kereta semua off, x boleh nak buat apa2. Dalam 5 minit, kereta ok balik.

Lepas tu, hari Isnin nak p kerja, kereta tiba2 x boleh start n off semua. Sy cuba check bateri, then boleh. Sampai hari ni masih berkeadaan begitu. Kadang2 ok, kadang2 off terus. Sentuh bateri baru lah ok. Air cond x de masalah dah lepas tu, sejuk je.

Soalan sy, ke bengkel mana y perlu sy bw kereta ni? Airxond atau enjin?
Rifaie said…
tengok sambungan bateri, ketatkan kalau perlu. kalau bocor masa buka aircond, kena tengok paip aircond,takut terlipat ataupun hujung paip tu tak mengalir keluar kereta
wafi94 said…
salam, kereta sy persona baru2 ni. buat hal, tgh2 jln dia mati enjin, even dah mati enjin pom enjin masih berbunyi., lepas ti bawa pergi pomen, dia ckp paip pecah n kos repair smpi, 600, skdr brtnya betul ke hrga kos tu mmg mcm tu ye?
Rifaie said…
susah nk kata tuan. kalau setakat paip pecah, tuan sempat sedar dan berhenti sebelum suhu naik lagi tinggi, mgkn kos dia tak tinggi. setakat ganti paip, isi semula coolant.

tapi, kalau dah smpi overheat baru tuan sedar, mgkn masa tu kerosakan dah jadi lebih teruk, gasket boleh terbakar, head boleh bengkok, mgkn smpi perlu overhaul bahagian atas enjin, sebab tu kos boleh jadi tinggi
Unknown said…
slmt ptg tuan...kreta sy ade problem..boleh ssepe yang arif bgitaw brpe kos repair untuk overheat?valve dah bengkok..
Rifaie said…
slmt ptg. kita tunggu kalau2 ada rakan-rakan yang pernah overhaul blh jwb soalan ni.
Unknown said…
selamat pg...saya guna kereta pesona..masalah krt saya ada overheat..sy dan adik check cap radiator rosak then km tukar yg br..bkn ori lah..masalah yg sama berulang..sy telah hntr ke bengkel tp foreman ckp radiator x bocor..dia mnt cek air selalu..setiap pg sy akan cek air..hr ini jd semula overheat..perlukah sy tukar cap radiator yg ori???
Rifaie said…
masa check air setiap pagi tu, air ada kurang ke?
Unknown said…
Assalamualaikum..kereta persona dh tukar water pam,servis redieter Dan tukar cap..masalah masih sama meter timepieces naik sehingga 100..Bila berhenti kipas masih pusing...air radioter mudah kering..cek mungkin ada kebocoran tapi takde..kenapa ek
Unknown said…
Assalamualaikum..kereta persona dh tukar water pam,servis redieter Dan tukar cap..masalah masih sama meter timepieces naik sehingga 100..Bila berhenti kipas masih pusing...air radioter mudah kering..cek mungkin ada kebocoran tapi takde..kenapa ek
Unknown said…
Wow..sy sepatutnya jmpa blog ni sblm sy buat overhaul keats pesona sy..huhu. jd sy kongsikan pengalaman PE overheat. Spt mne tuan tanah kata kalo smpai gasket dh tbakar mmg kne smpai 1800-3200. Tgk pd part y dganti.
Punca asal mcm y kwn2 kne la, bila x jln ttiba temp naik tutup ekon turun. (Ni adalah masalah kipas ekon, g ganti dlm 2++). Tp bila dh ganti, jd juge mcm sedare amiemaslie, servis radiator, ganti water pump tetap temp naik gak. Pas overhaul br tau ada hairline crack pd area dekat cap radiator. Mmg x nmpak, xle nk kesan. So ganti je sbb persona ni byk barang plastik. Termasuk la bunyi tak.tak.tak pd enjn tu (namanye intake manifold) ganti seketul dlm 2++, ada bengkel akn rekomen guna gen2 punya sbb besi.
Unknown said…
salam tuan sy nk tanya baru2 ni persona sy overheat. bila overheat tu tiba2 lampu mnyak hitam dan enjin menyala seterusnya power steering xde n brake x brfungsi. bila sy nk start smula enjin dh x blh. bila anta dkt pomen dia ckp klau persona overheat dh x blh buat apa melainkan tukar head sebab head dh bengkok. dia ckp jgk head persona x blh nk scan. jd kos yg dia bgtau utk solve problem tu dlm rm2800. head baru rm1800 dan selebihnya rm1000 utk kerosakan sampingan. jd sy nk mnta pandangan tuan adakah head persona x blh scan dan wajarkah head tu nk ditukar atau ada cara lain spt baiki shj head trsebut. dan satu lg apa yg mnjd punca persona jd overheat.
Rifaie said…
@amiemisliani, saya rasa ada bocor jugak, tp mgkn tak nampak. kalau tak bocor saya rasa air tak kering dengan mudah.

@zharif terima kasih atas perkongsian

@farhan, memang salah satu risiko overheat head boleh bengkok, head ni komponen utama enjin, buat daripada besi, mmg tak boleh scan, tp boleh dilihat dengan mata kasar. kalau untuk enjin campro, head mmg elok diganti baru, elakkan potong head sebab kebanyakkan kes ia takkan selesai macam tu saja. kalau nak ganti dengan head terpakai pun, check dulu kalau2 pernah dipotong /skim. kalau pernah, elakkan beli.

Unknown said…
Tuan..sy guna persona 2011
Baru ni kipas saya tetap hidup walaupun enjin dah dimatikan..tp ada sekali temp naik dan air dlm spare tank kering..hantar pomen dan radiator bocor..ganti radiator baru..lepas 3 hari ganti temp pulak sentiasa naik..apa masalahnya ye
Rifaie said…
@nazim nor,

cadangan saya;
1. check paras coolant
2. pastikan air coolant bebas karat
3. kalau air berkurang, kena kesan kalau ada kebocoran
4. tengok kelajuan kipas radiator

mungkin ada rakan-rakan lain boleh tambah lagi
Unknown said…
Assalam..bos.sy nak bertanya.kereta persona sy ada air masuk ikut lantai belah pedal dan sam jgk tempat penumpang sblh bila hujan.sy tak tahu dari mana dtg.yg pasti bkn air blower aircond atau dr getah pintu.bos ada solution x utk ni.hrp bro rifaea blh bantu sy..
Rifaie said…
@Lily, isu macam ni ke? https://faieelegance.blogspot.com/2012/01/bocor-lagi.html
Unknown said…
Bukan..getah pintu sy dah pernah cuba tkr.still jd lg.bila sy try jirus air dkt cermin belah dpn
Air akn masuk ikut span yg dkt wayar blkg blower tu.pening dah tak tahu cmne.bila tnye kedai.dia pon tak pasti.katanya kena buka dashboard nak cek.
Rifaie said…
@lily, kalau saya, mungkin saya akan letak silicon gam dekat kawasan cermin. mungkin getah cermin dah keras dan koyak sikit.
Unknown said…
Ok sy cuba lps ni.thanks bro rifaie
Lily tu mcm kereta sy smpi skrg x tahu air tu dr mana sbenarnya.
Unknown said…
Salam bang rifaie .nk tanya psl thermostat .perlu ka saya tukaq thermostat .usia kereta dh 7 tahun flush radiotor 3 tahun pertama sja..skrg dh 4 tahun xflush atau cuci radiotor tuh.skrg ni kereta masih ok psl suhu nih..perlu tukar thermostat atau cuci dgn flush coolent yg baru sahaja.
Rifaie said…
@mohd firdaus,
kalau kereta tak ada masalah overheating, rasanya tak perlu dah, mungkin cukup dengan full flush sambil tu cuci sekali termostat tu
Unknown said…
Assalamualaikum..kereta persona saya beli tahun 2009..masalah kereta saya tu adalah bila enjin kereta off..kipas masih lagi berpusing..so kena hantar kereta ni cepat2 ke bengkel ke?..terima kasih.
Rifaie said…
@shaiful,

Waalaikummussalam, bergantung kepada cara pemanduan jugak, kalau kaki rembat, masa mula2 parking memang ada kemungkinan kipas pusing. kalau bawak macam biasa pun jadi jugak, means ada tanda enjin overheating, check temperature kereta, nampak normal ke tak kedudukan jarum yang tunjuk suhu tu, bawah 90 atau lebih. kemudian check air dalam reservoir.
umar said…
salam bang...bley share alamat woksyop tak?
radiator myvi saya bocor..
Unknown said…
saya hantar kat bengkel ijan auto & tyre service..kat area kuang,rawang.
Rifaie said…
@Umar,

saya repair ni kat Baling, Kedah
Unknown said…
Assalamualaikung bang.
Saya pakai kereta gen2 manual. Sejak 2 3 bulan ni lampu enjin saya naik. Jadi saya pergi cek dekt proton. Puncanye wiring kipas lama problem. Jadi, agen workshop proton suruh tukar wiring kipas dan suruh tinggalkan kereta di bengkel proton. Selang dua hari agen dia call katanya xboleh tukar wiring kerana suspek ECU gila2.. jadi pomen proton kata anggaran tukar ECU skali dengan wiring total seribu lebih. Perhh.. mahal giler la proton cas.. benda xsampai pun seribu. Jadi sy ingat, nak tukar wiring kipas enjin dengan abang. Boleh abang share alamat bangkel kt saya?
Rifaie said…
@Unknown, sejujurnya selain daripada DIY, saya ada beberapa bengkel yang saya selalu pergi, nak recommend bukan sebab bagus, tapi setidak-tidaknya saya percaya pada bengkel2 ni.

Lokasi tuan di mana? dah cuba bengkel luar berdekatan rumah tuan?
Unknown said…
Assalam. Saya nak tanya kenapa kalau enjin dah tutup tapi kipas dia masih bunyi lagi? Ada problem ke kalau macam tu?
Rifaie said…
@unknown,

tandanya enjin panas tu. kena check level coolant, dan pastikan kipas radiator berfungsi. sebab takut yang berpusing lepas mati enjin tu kipas aircond.
Unknown said…
As salam..
Boleh recommend kedai yg bagus dan berpatutan utk kereta persona..sama masalah..kipas still running walaupun enjin mati..temp naik especially bila jammed..n berhenti..tq bro
Man said…
Salam nk tnya, baru baru ni kereta overheat kat highway.. tak perasan lngsung sebab nk cepat.. Last tgk temperature dh kat penanda merah dan malang sekali kereta terhenti sendiri.. Tunggu sejuk enjin isi air diradiator kereta dan tak boleh start dh.. huhu.. terpksa towing.. agak2 brp kerugian tu ye ?😪
Unknown said…
Askum..bang kreta persona sy tangki spare slalu nk kering air.. Nape ek.. Water pum.. Servis radiator.. Termostart semua dh tukar tp still air dlm tangki spare kering.. Tempreture standart x panas bawah 80..dh cek x der kesan bocor.. Kalau jln 30km air tangki spare mesti kering.. Ape masalah sebenar nye bang.. Klau ade yg tahu tlong info
Rifaie said…
@Mr Syed Danial,

Tinggal di mana? Nak rekomen bengkel ni, saya biasa bawa baiki di tempat saya, bengkel kampung saja di perak ni.

@Man Said,

Itu mungkin petanda head dah bengkok, tahap kerosakan serius dah tu, kalau kena overhaul dan skim balik head tu, kos boleh cecah antara 1,200 ke 1,500 bergantung tahap kerosakan

@Unknown,

Yang kering dalam tangki spare saja? pernah kena sampai radiator kering? area tutup radiator cap ok tak? mungkin air meruap / keluar kalau getah cap tu dah tak elok
Unknown said…
Salam.. nak tanya, apa msalah klau kita brek nak brenti kat lampu isyarat, tetiba enjin kreta mati. Paksa on balik.. persona 2010
Husni said…
Salam..temperature sy turun naik..dh buang thermostat pun still sama..bila buka cap air tendang keluar..ape msalah ye?head ke?boleh rekomen bengkel area pj/kl?
Elf_Peace said…
Salam.. nak tanya, engine kereta tetiba mati masa berhenti..bila start balik bole tapi kadang2 ambil masa 3 4 kali utk start balik sambil tutup semua aircond, radio.. dah pergi bengkel, check spark plug ok, fuel filter ok, alternator ok bacaan 14, fuis ok.. last2 tukar fuel pump. Tapi masalah yg sama tetap juga terjadi.. engine akan mati cuma time berhenti je. Time gerak ok. Proton Persona 2010...
Unknown said…
Salam..nak tanye..saye pakai persona se tahun 2011..masalah pertama..tgh drive ke or tgh berhenti ke..kdg2 air cond tetibe tak berfungsi..button air cond yg lmpu oren tu berkelip kelip..pastu trus x sejuk n kipas air cond yg kuorkn angin saje pon xde .selang beberapa minit baru okay..masalah kedua..kete bile tutup enjin..nk start balik mcm minyak tak sampai..foreman kata pam minyak nk kong atau sensot rosak..mohon pencerahan..terima kasih
Hakimy said…
Salam..
Sy nk tanya..temperature sy naik n tibe2 enjin mati....selepas enjin sejuk sy tambah air dan trai stat n air dri radiator merecit kluar...ape masalah tu dan apa patut sy buat
Rifaie said…
@Unknown,
Mati masa idle? Timing enjin jadi rendah ke?

@Husni,
Saya rasa ada angin dalam laluan air, mungkin kena drain habis semua, isi air semula.

@Elf_Peace,
Ada check fuel injection?

@Unknown,
Aircond,
Kalau aircond switch tu berkelip-kelip, means current contact ada issue. Dia jadi sekejap switch on, sekejap off. Masalah biasa kat persona lama.

Masalah kedua tu, mungkin kes minyak tak sampai, boleh cuba ganti fuel filter dulu, ataupun check sekali fuel pump. Biasalah, dah guna lama ni mungkin dah mula tersumbat atau pam dah tak kuat.

@Hakimy,
Memang normal kalau enjin overheat, enjin akan cut off dan mati. Kalau tambah air, pastu terpancut keluar, petanda ada angin dalam enjin, head gasket mungkin dah rosak.
rose said…
Salam Tuan,

Baru2 ni persona (2007) menghadapi masalah overheating & radiator telah diservis. Masalahnya still overheating. Apa masalahnya ye tuan. Next week dah nak kerja. Bengkal byk yg masih tutup.
Kasih NMS said…
Salam Tuan,
Nak tanya, kereta saya overheat bila bawa jauh atas hway. Kereta Persona saya aritu overheated aritu sebab upper hose radiator bocor.Tapi selepas repair, kereta saya overheat dan bila check, air dalam radiator kurang. Bila diperiksa tiada kebocoran(tiada air kat bawah kereta dan kawasan enjin-warna coolant tak nampak)
Adakah radiator saya tidak bersih dan ada keladak yang menyebabkan air kurang dan seterusnya temperature naik?
Unknown said…
Salam tuan..nk tny yer.kereta gen2 sya pon overheat baru2 ni.radiator da cuci.tkde kebocoran.tp masih overheating..apekah masalahnye ye
x reti said…
kereta saya baru jadi..tgh drivedan masa tekan brek nk berhenti terus enjin mati....lampu semua sepeerti biasa tp start x nk hidup...pomen dtg tgk ms dia start tetiba berasap depan blkg..ktnya overheat...nk kn towing ke bengkel...agak2 berapa anggarannya....
Fazli said…
Nak tnyer,hr 2 kereta persona sy tiba2 enjin mati,masa 2 x psg air cond..x perasan temperature dah kat merah,jdnyer enjin pun mati..pastu sy start blk kereta dan psg air cond,kereta blh jln blk mcm biasa..bila check,rupanyer radiator ada bocor..skrg dah ganti radiator baru..nak tnyer,ada effect apa2 x kat kereta disebabkan enjin mati tiba2 masa temperature merah masa mula2 dulu?kereta blh jln mcm biasa...apa mksd overheat sbnrnyer?temperature merah enjin jd mati dan blh jln blk @ temperature merah enjin trs x blh hdp?
Nazri mlk said…
Salam tuan saya nak bertanya baru baru ni saya bawa kereta persona alegance 2009
Kipas radiator tidak berfungsi/pusing bila sampai tahap panas enjin
Apakah masalah yang saya hadapi ya aircond sejuk macam biasa
Tapi kipas radiator tidak berfungsi dan menyebabkan hose coolant tercabut
Unknown said…
Meter persona saya time iaitu jamnya tak betu lepas beberapa hari saya tukar ke time yg betul selepas seminggu masanya jamnya lewat dan tak betul semula. Apa kah caranya utk betulkan time meter persona saya. Adakah dlm meter persona ada battery mcm bateri jam, ke meter saya memang electronic nya dah rosak ?