Assalam, selamat sejahtera.
Saja nak berkongsi pengalaman seorang rakan, yang kereta persona beliau mengalami situasi "overheating". Oleh kerana berlaku di waktu malam, aku cuma dapat buat anggaran yang barangkali radiator kereta ini bocor kerana banyak air yang keluar dari bahagian radiator.
Antara tindakan terawal yang boleh aku buat, aku periksa di rangka kipas radiator dan aircond untuk melihat sama ada dipasang padding atau tidak. Untuk yang tidak tahu apa itu padding pada radiator, boleh rujuk pada dua pautan di bawah.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/08/radiator-padding.html
http://faieelegance.blogspot.com/2012/10/info-servis-100000-km-dan-recall-untuk.html
Pemerhatian awal mendapati tiada padding dipasang pada radiator ini. Namun aku tak boleh mengesahkan ketiadaan padding sebagai punca berikutan ruang pemerhatian yang terhad. Waktu pun kian lewat, dari maghrib menganjak ke malam, kereta ditinggalkan di hadapan balai polis yang kebetulan berhampiran dengan lokasi kejadian.
Awal pagi esok, kereta dibawa ke satu bengkel berhampiran. Teknik diagnosis yang pertama adalah dengan mengisi semula air ke dalam radiator sebelum tekanan udara dimasukkan melalui laluan "reserve tank". Pemerhatian mendapati ada kebocoran di bahagian tengah belakang radiator. Radiator segera dikeluarkan untuk pemeriksaan.
Selesai kerja mengeluarkan radiator, ternyata teori awal disahkan, tiada padding dipasang pada rangka kipas menyebabkan rangka melengkung dan menekan saluran air pada sirip radiator dan mengakibatkan kebocoran pada saluran air. Foto berikutnya dan ditandakan kotak merah adalah kawasan kebocoran tersebut.
Jika dilihat dari sudut atas, barangkali tidak kelihatan, namun dari sisi, jelas menunjukkan rangka kipas menekan sirip penyejuk radiator.
Termostat juga diperiksa dan didapati dalam keadaan baik cuma sedikit berkeladak.
Peringkat seterusnya adalah kerja-kerja mengimpal kebocoran pada radiator. Radiator dikeringkan terlebih dahulu sebelum dikimpal.
Rupa radiator setelah dikimpal. Sirip yang bocor ditutup dengan lapisan epoxy dan disejukkan seketika. Sambil itu, penutup atas radiator ditanggalkan untuk kerja-kerja membersihkan bahagian dalam radiator. Aku dinasihatkan untuk menyelenggara terus radiator untuk membersihkan kesan karat dan keladak pada bahagian dalaman.
Kerja-kerja membersihkan radiator, besi nipis ditusukkan ke dalam sirip penyejuk untuk menolak keluar keladak dan karat di dalam sirip.
Radiator kemudiaannya dibilas dengan air bersih sebelum penutup atas dipasang semula.
Seterusnya adalah kerja mengesan sekiranya ada kebocoran lain di radiator. Semua lubang udara disumbat, dan kemudiannya radiator direndamkan ke dalam takungan air. Pemeriksaan dilakukan secara fizikal untuk mengesan gelembung udara. Namun, untuk radiator ini, tiada sebarang kebocoran lain dikesan. Radiator sedia untuk dipasang semula.
Sebagai langkah berjaga-jaga, aku meminta pihak kedai memasang lapik getah untuk mengelakkan situasi sama berulang, dan aku puji pada pekedai kerana mengambil berat permintaan aku. Beberapa keping getah diletakkan sebagai alas antara radiator dan rangka kipas. Rupanya mungkin agak berbeza, tapi fungsinya sama dengan padding yang dipasang oleh proton.
Sebelum radiator dipasang, air bersih disalurkan ke dalam enjin. Air bertekanan tinggi ini untuk mengeluarkan keladak dan karat di sepanjang laluan. Thermostat juga dibersihkan dari kotoran.
Selesai kerja baik pulih dan servis, semuanya dipasang kembali. Coolant sebanyak dua botol digunakan untuk menggantikan coolant lama yang telah kering. Enjin dihidupkan dan suhu dipantau selama 20 minit. Setelah semuanya kelihatan normal, aku dibenarkan untuk membawa pulang kereta.
Ok, yang paling ditunggu, kos! Upah servis adalah sebanyak RM55.00, dua botol coolant RM24.00 dan kerja-kerja kimpalan RM20.00. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM99.00 sahaja. Berpatutan pada aku jika dibandingkan dengan tempoh masa kerja kurang dua jam dan kekemasan hasil kerja.
Jadi, nasihat aku untuk semua pemilik persona elegance, sila pastikan di rangka kipas radiator dan aircond anda dibekalkan bersama dengan padding untuk mengelak situasi seperti ini terjadi kepada anda. Padding boleh didapati di proton dengan nombor alat ganti PW990003 atau beli saja getah di kedai hardware dan DIY sahaja.
Comments
Akhirnya..kes overheat muncul jugak sebab takde padding ni..
Air takungan siap ada pepatung lg jgn masuk radiator sudah..huhuhu
Esok nak check radiator pulak, risau tengok kereta lain kena mcmni..
Smlm kereta saya overheating ( GEN2)
setelah saya check..rupanya..getah paip kat bawah kereta tu renggang agak jauh sikit laa. sbb bila saya tuang air..ke dlm radiator..dia kluar kat bawah tu balik..mcm air paip. soalan - boleh ke saya buat sendiri..sambungan paip kat bawah kereta tu..sbb sblum ni kereta saya staedy je.
Nak tanya, saya pakai PE H-line tahun 2010. ada satu bunyi "tak tak tak tak" yang rasanya datang dari bahagian belakang enjin, mungkin dekat dengan throttle body kot. Tak pasti bunyi apa. Bila rujuk service centre, katanya bunyi tu tak bagi apa2 kesan pun, cuma bunyi sahaaja. Tak perlu tukar apa2. Bro tau tak ni bunyi apa n camane nak hilangkan bunyi ni? Bunyi tu kadang2 ada, kadang2 takde.....
banyak punca tu, tp barangkali kalau dari belakang mungkin IAFM la. kalau setakat bunyi tak2 tu, biasalah. Melainkan kalau tiba-tiba petrol pun rasa makan lebih je, mgkn perlu diganti. sekadar andaian je. keta saya pun bunyi, dh 4 tahun mcm tu hehe
Mohd Hafiz Salihuddin
Kat Baling,Kedah
Terima kasih(jasamu akan dikenang£
nak tanya sket..saya pakai persona B-Line Manual thn 2007..sy ade bbrapa simptom yg menyebabkan saya risau wlpn kereta masih boleh bergerak mcm biasa..
1-Sekali skala jarum temperature dgn RPM off..pastu beberapa minit dia naik balik..mslh ape tu?
2-Biasa kalau kereta dh gerak,kita tekan brake,otomatik lock pintu ttutup..tp skrg dh xmcm tu..statik je..knapa ek?
3-saya punya pedal klac ade kesat sket,mcm mana nk bagi smooth balik?
tqvm
yang kedua tu, mgkn blh check fuse auto lock, dan pastikan handbrake betul2 turun habis smpi bawah
clutch? mungkin boleh lubricate sikit di bahagian kabel clutch
kete PE saya baru2 ni breakdown. bila check, enjin overheat disebabkan kipas radiator rosak.
enjin dah kena skim. setel 1 part.
skg mslh lain pulak...
1) enjin gegar lain mcm.
2) brake mcm dah tak efisien mcm dulu. kadang2 tekan brake, jadi keras. dah tukar brake fluid pun sama.
ada solution nye tak bos?
Persona sy ada masalah tetibe jk bila berhenti pasang air cond temperature akan naik..
Kalau jalan temperature akan okey smula dan setelah beberapa minit air cond boleh dibuka semula
Persona sy ada masalah tetibe jk bila berhenti pasang air cond temperature akan naik..
Kalau jalan temperature akan okey smula dan setelah beberapa minit air cond boleh dibuka semula
http://faieelegance.blogspot.my/2015/03/oil-sump-leaking-dan-enjin-overheating.html
saya pernah kena situasi yang sama dengan tuan. barangkali kipas radiator dah tak jalan, sebab tu temp cuma turun bila buka aircond, sebab ada kipas aircond yang bantu
Saya nak tanya encik saya pakai persona tahun 2008 skrang ni kreta saya buat hal tiba2 enjin off sendiri lpas tu saya start balik hidup itu pun minyak kena tekan baru hidup lpas tu saya perasan yang temperature naik saya buka bonet dpan saya tengok air coolant kluar dari tangki coolant yang sebelah radiator ianya kluar dari penutup tangki tersebut.
cuba rujuk link ni, pastikan betul-betul kipas mana yang berpusing
http://faieelegance.blogspot.my/2015/03/oil-sump-leaking-dan-enjin-overheating.html
misz mira,
kalau off aircond baru turun, means mungkin pernah kena masalah sama macam saya, rujuk link yang saya share pada halimi.
lokasi kedai tu, jalan ke sungai limau, lalu tepi billion tu, hala ke parit panjang, kedai tu sebelah kanan, dekat-dekat sebelum jambatan
2 minggu lepas sy ke Batu Kurau, Perak. Semasa berhenti di masjid, suami tengok air banyak kat sit driver. Sit sebelah pun sama. Air cond sejuk, x de masalah. Kemudian, semasa perjalanan balik, sy y drive dalam hujan y agak lebat. Tiba2 kereta semua off, x boleh nak buat apa2. Dalam 5 minit, kereta ok balik.
Lepas tu, hari Isnin nak p kerja, kereta tiba2 x boleh start n off semua. Sy cuba check bateri, then boleh. Sampai hari ni masih berkeadaan begitu. Kadang2 ok, kadang2 off terus. Sentuh bateri baru lah ok. Air cond x de masalah dah lepas tu, sejuk je.
Soalan sy, ke bengkel mana y perlu sy bw kereta ni? Airxond atau enjin?
tapi, kalau dah smpi overheat baru tuan sedar, mgkn masa tu kerosakan dah jadi lebih teruk, gasket boleh terbakar, head boleh bengkok, mgkn smpi perlu overhaul bahagian atas enjin, sebab tu kos boleh jadi tinggi
Punca asal mcm y kwn2 kne la, bila x jln ttiba temp naik tutup ekon turun. (Ni adalah masalah kipas ekon, g ganti dlm 2++). Tp bila dh ganti, jd juge mcm sedare amiemaslie, servis radiator, ganti water pump tetap temp naik gak. Pas overhaul br tau ada hairline crack pd area dekat cap radiator. Mmg x nmpak, xle nk kesan. So ganti je sbb persona ni byk barang plastik. Termasuk la bunyi tak.tak.tak pd enjn tu (namanye intake manifold) ganti seketul dlm 2++, ada bengkel akn rekomen guna gen2 punya sbb besi.
@zharif terima kasih atas perkongsian
@farhan, memang salah satu risiko overheat head boleh bengkok, head ni komponen utama enjin, buat daripada besi, mmg tak boleh scan, tp boleh dilihat dengan mata kasar. kalau untuk enjin campro, head mmg elok diganti baru, elakkan potong head sebab kebanyakkan kes ia takkan selesai macam tu saja. kalau nak ganti dengan head terpakai pun, check dulu kalau2 pernah dipotong /skim. kalau pernah, elakkan beli.
Baru ni kipas saya tetap hidup walaupun enjin dah dimatikan..tp ada sekali temp naik dan air dlm spare tank kering..hantar pomen dan radiator bocor..ganti radiator baru..lepas 3 hari ganti temp pulak sentiasa naik..apa masalahnya ye
cadangan saya;
1. check paras coolant
2. pastikan air coolant bebas karat
3. kalau air berkurang, kena kesan kalau ada kebocoran
4. tengok kelajuan kipas radiator
mungkin ada rakan-rakan lain boleh tambah lagi
Air akn masuk ikut span yg dkt wayar blkg blower tu.pening dah tak tahu cmne.bila tnye kedai.dia pon tak pasti.katanya kena buka dashboard nak cek.
kalau kereta tak ada masalah overheating, rasanya tak perlu dah, mungkin cukup dengan full flush sambil tu cuci sekali termostat tu
Waalaikummussalam, bergantung kepada cara pemanduan jugak, kalau kaki rembat, masa mula2 parking memang ada kemungkinan kipas pusing. kalau bawak macam biasa pun jadi jugak, means ada tanda enjin overheating, check temperature kereta, nampak normal ke tak kedudukan jarum yang tunjuk suhu tu, bawah 90 atau lebih. kemudian check air dalam reservoir.
radiator myvi saya bocor..
saya repair ni kat Baling, Kedah
Saya pakai kereta gen2 manual. Sejak 2 3 bulan ni lampu enjin saya naik. Jadi saya pergi cek dekt proton. Puncanye wiring kipas lama problem. Jadi, agen workshop proton suruh tukar wiring kipas dan suruh tinggalkan kereta di bengkel proton. Selang dua hari agen dia call katanya xboleh tukar wiring kerana suspek ECU gila2.. jadi pomen proton kata anggaran tukar ECU skali dengan wiring total seribu lebih. Perhh.. mahal giler la proton cas.. benda xsampai pun seribu. Jadi sy ingat, nak tukar wiring kipas enjin dengan abang. Boleh abang share alamat bangkel kt saya?
Lokasi tuan di mana? dah cuba bengkel luar berdekatan rumah tuan?
tandanya enjin panas tu. kena check level coolant, dan pastikan kipas radiator berfungsi. sebab takut yang berpusing lepas mati enjin tu kipas aircond.
Boleh recommend kedai yg bagus dan berpatutan utk kereta persona..sama masalah..kipas still running walaupun enjin mati..temp naik especially bila jammed..n berhenti..tq bro
Tinggal di mana? Nak rekomen bengkel ni, saya biasa bawa baiki di tempat saya, bengkel kampung saja di perak ni.
@Man Said,
Itu mungkin petanda head dah bengkok, tahap kerosakan serius dah tu, kalau kena overhaul dan skim balik head tu, kos boleh cecah antara 1,200 ke 1,500 bergantung tahap kerosakan
@Unknown,
Yang kering dalam tangki spare saja? pernah kena sampai radiator kering? area tutup radiator cap ok tak? mungkin air meruap / keluar kalau getah cap tu dah tak elok
Sy nk tanya..temperature sy naik n tibe2 enjin mati....selepas enjin sejuk sy tambah air dan trai stat n air dri radiator merecit kluar...ape masalah tu dan apa patut sy buat
Mati masa idle? Timing enjin jadi rendah ke?
@Husni,
Saya rasa ada angin dalam laluan air, mungkin kena drain habis semua, isi air semula.
@Elf_Peace,
Ada check fuel injection?
@Unknown,
Aircond,
Kalau aircond switch tu berkelip-kelip, means current contact ada issue. Dia jadi sekejap switch on, sekejap off. Masalah biasa kat persona lama.
Masalah kedua tu, mungkin kes minyak tak sampai, boleh cuba ganti fuel filter dulu, ataupun check sekali fuel pump. Biasalah, dah guna lama ni mungkin dah mula tersumbat atau pam dah tak kuat.
@Hakimy,
Memang normal kalau enjin overheat, enjin akan cut off dan mati. Kalau tambah air, pastu terpancut keluar, petanda ada angin dalam enjin, head gasket mungkin dah rosak.
Baru2 ni persona (2007) menghadapi masalah overheating & radiator telah diservis. Masalahnya still overheating. Apa masalahnya ye tuan. Next week dah nak kerja. Bengkal byk yg masih tutup.
Nak tanya, kereta saya overheat bila bawa jauh atas hway. Kereta Persona saya aritu overheated aritu sebab upper hose radiator bocor.Tapi selepas repair, kereta saya overheat dan bila check, air dalam radiator kurang. Bila diperiksa tiada kebocoran(tiada air kat bawah kereta dan kawasan enjin-warna coolant tak nampak)
Adakah radiator saya tidak bersih dan ada keladak yang menyebabkan air kurang dan seterusnya temperature naik?
Kipas radiator tidak berfungsi/pusing bila sampai tahap panas enjin
Apakah masalah yang saya hadapi ya aircond sejuk macam biasa
Tapi kipas radiator tidak berfungsi dan menyebabkan hose coolant tercabut