Assalam semua. Entri DIY kembali lagi hehe. Satu ciri-ciri standard bagi semua model Persona adalah kunci sepusat (central locking). Sistem ini membolehkan kunci kenderaan dibuka dari luar secara kawalan jauh "remote". Namun, dari masa ke semasa, bateri yang digunakan untuk sistem ini akan menjadi lemah dan kehabisan kuasa. Antara simptom yang dikenalpasti menjadi keperluan untuk menggantikan bateri adalah :
- Central locking gagal diaktifkan melalui kunci
- Jarak yang lebih hampir diperlukan untuk mengaktifkan central locking
- Sistem penggera tiba-tiba berbunyi selepas kereta dikunci beberapa ketika
Oleh itu, anda perlu menggantikan bateri di dalam kunci. Saiz bateri adalah saiz CR2016, boleh didapati di kedai-kedai kamera ataupun kedai jam. Harga bergantung kepada jenis dan barangkali lokasi kedai juga. Saya memperoleh bateri pada harga Rm10 seunit, dan anda memerlukan dua keping bateri bersaiz CR2016.
Cara membuka kunci, terdapat satu skru di bahagian belakang, buka dengan cermat dan pisahkan bahagian "faceplate" dan "backplate".
Seperkara yang perlu diberikan perhatian khusus, pastikan cip "immobilizer" tidak tertanggal atau hilang. Sekiranya halang, anda tidak akan dapat menghidupkan kereta anda, cip ini terletak di lokasi backplate sebelah bawah. Rujuk foto di bawah untuk lebih maklumat.
Seterusnya ganti bateri anda, keluarkan yang lama, masukkan yang baharu, pastikan bahagian terminal positif menghadap ke atas untuk kedua-dua set bateri tadi. Setelah dipastikan pemasangan anda kemas, baharulah dipasang semua kedua-dua "faceplate" dan "backplate" kunci bersama, kunci dengan kemas dan ketat. Pastikan juga immobilizer berada di lokasi asal kunci.
Akhir sekali, uji pemasangan anda pada kereta anda. :)
Comments
Saya baru beli Persona Elegance (2013 Model), jarak Alarm dia tak jauh la.. jarak 6 Meter dah tak dapat (Bateri Baru). memang cam tu ke ? atau ada problem ? Please Guide..
sesetengah jarak?
sesetengah bahagian kereta?
sesetengah pintu?
hehe
kalau guna kunci boleh?
@unknown, manual? maknanya masukkan kunci kat pintu driver ke?
Maaf nak Tanya
Kunci Kereta persona sy tak boleh buka unlock Dgn cara manual
Tapi guna remote Blh
Apa masaalah nya, SB jika battery habis x Blh buka pintu
Terima kasih
@abi rahman, lampu kelip2 kat dashboard maknanya alarm activated dan belum di reset. masuk kunci, pusing smpi on, jangan start, kemudian tekan button yang ada icon titik dekat2 hazard light tu, tgk lampu tu terpadam atau masih berkelip tak. mungkin cakap zafie tu ada betulnya.
boleh cuba idea Mohd Zafie Nazimuddin tu, kat bonet pun ada switch untuk trigger alarm
@perniagaan online,
barangkali remote dah rosak, pernah kena air ke?
Tetapi sejak minggu lepas hanya belah driver berfungsi.. 3 lagi lock xnaik/turun..
Unlock guna Butang dekat power window pon x berfungsi, xda tindakbalas.. Dan secara automatic bila tekan brek, dia xkan autolock..
SESIAPA PERNAH ALAMI MASALAH SEBEGINI?
TOLONG SY, BANTU SY.. TERIMA KASIH..
Ingin bertanya,tekan remote ada kelip2 lah lampunya tu tapi lock pintu still x boleh bukak....masalah batery remote jugak ke tu.....
Ingin bertanya,tekan remote ada kelip2 lah lampunya tu tapi lock pintu still x boleh bukak....masalah batery remote jugak ke tu.....
Saya buat andaian sahaja ni, barangkali ada masalah wiring di main control switch, iaitu suis dekat pintu driver.
@Unknown,
Ini pun saya suspect wiring. Alarm standard myvi?
@Krazxers,
Plastic battery holder? Yang mana satu eh?
@Unknown,
Mungkin battery dah lemah, cuba dari jarak dekat ke? Ataupun boleh try dari sekitar kawasan bonet, sebab receiver remote ada dekat area tu.
@Zakwan.
Setuju, biasanya disebabkan bateri sahaja
Masalah saya sekarang ni pintu xbbole bukak pakai remote juga pakai manual...kete xjalan dan bateri dah kong, nak tukar bateri nak unlock pintu terus xbole..sama juga dengan manual.. bateri remote kunci saya dah tukar..musim pkp ni kete tak jalan..dan ni yang berlaku...mohon pendapat tuan segera...saya nampak nk kena cungkil dah pintu ni kan antara solusinya..