Assalam dan selamat sejahtera. DIY kali ini berkaitan dengan komponen dalam enjin campro itu sendiri. Kali ini kita cuba cuci throttle body. Memandangkan dah empat tahun sejak dibeli memang aku tak pernah cuci TB ni, maka kali ini aku nak cuba DIY cuci TB ni. Tak perlu banyak perkakasan sebenarnya, cuma spanar saiz 8 dan 10 sahaja.
Hehe maaf ruang enjin kereta rally memang kotor.
Untuk enjin campro IAFM, TB terletak di belakang kotak penapis angin. Jadi untuk mengakses TB, kena keluarkan kotak penapis angin dahulu, tak nak buka pun boleh, tapi nanti ruang jadi agak sempit dan terhad.
Tanggalkan juga paip laluan angin ini.
Inilah dia TB, tersorok sedikit, di atas link stereng kuasa.
Tak kotor sangat pada aku walaupun dah empat tahun dipandu, dengan jarak perbatuan lebih kurang 150 ribu KM. Tapi kalau dibersihkan lebih baik kan.
Kerja-kerja menanggalkan TB, ada empat skru semuanya, buka dengan cermat dan berhati-hati takut skru terjatuh di celah ruang enjin.
Jangan lupa tanggalkan juga satu soket dan satu paip getah di badan TB sebelum skru dibuka
Ok, rupa TB di luar enjin kereta, baru nampak kotornya hehe
Ini rupa inlet ke IAFM, jangan lupa lap dengan kain kering dan bersih.
Part number TB campro IAFM. Jenama BOSCH tu.
Untuk mencuci TB, digalakkan dapatkan TB cleaner di kedai alat ganti. Tapi memandangkan kerja aku ni ad-hoc, tak sempat nak mencari di kedai, aku cuci dengan petrol dan berus sahaja. Namun, ada pendapat yang tidak menggalakkan kaedah ini. Jadi dapatkan TB cleaner.Amcam? berkilat macam baharu tak?
Pasang semula TB, pastikan semua paip dan socket dipasang semula, skru dengan ketat dan kemas. Jangan terlalu ketat sangat, rosak "trip" skru nanti.
Pasang semula kotak angin dan sambungan ke TB, pastikan semua komponen yang ditanggalkan tadi dipasang dengan kemas dan rapi. Selesai pemasangan, jangan terus hidupkan enjin. TB perlu diset semula terlebih dahulu mengikut kaedah berikut.
- Masukkan kunci, pusing kunci sehingga posisi ON, maknanya semua lampu amaran menyala, jangan hidupkan enjin. Tunggu untuk 2 minit lebih kurang. Kemudian tutup kembali suis kunci.
- Dengan posisi kunci OFF, pijak paddle minyak sehingga habis, dan pusing semula kunci kereta ke posisi ON. Tunggu sekitar 10 saat. Anda akan mendengar bunyi "buzzing" dari ruang enjin.
- Lepaskan paddle minyak, kemudian cuba hidupkan enjin kereta anda.
Selamat mencuba!
Comments
Saya telahpun hantar ke workshop dan mekanik cuci TB. Selepas tu jadi semula. Nasihat mekanik,tukar TB(lebih kurang RM1k lebih).
Boleh dapatkan pandangan dan nasihat Tuan.
Terimakasih.
saya mempunyai masalah yang sama.lepas tukar tb & sensor pedal situasi yg sama berulang.minta nasihat tuan.terima kasih
minta pertolongn n penjelasan tuan...
nak tanya sikit..
throttle body persona ni boleh direpair tak??ada pomen yg boleh repair ka?
kalau kotor biasa ni, rasanya takkan effect sampai RPM rendah. dah tengok spark plug / ignition coil?
farhan,
tak semestinya. mungkin kena hantar kereta ke bengkel untuk buat scanning. dari situ boleh tahu apa sebab lampu check engine menyala
@buah catur, mungkin starter problem?
Kete sy br pas overhoul
Mslh nye..kete sy jd semput2
Pomen kate tb
Minta pencerahan kit tuan
@mohmad azurol, terima kasih untuk tips :)
kalau kereta masih bergerak, normal rasanya kalau RPM tu turun perlahan sebab dia selari dengan putaran enjin dan kelajuan semasa kereta
Kereta tuan2 diluar sana yg nyala lampu check light, cepat2la bwk bengkel check OBD. Jgn main agak je tukar sana sini. Mcm saya, dpt tahu check light nyala sebab soket sensor CPS longgar. Masalah semput bknnya TB semata2. Mu gkin juga fuel filter sumbat, fuel pump@wiring kong, spark plug dah hitam legam, sensor (5 semuanya) rosak dan mcm2 lagi. Harap membantu la ye.