Assalam semua, hari ni post berkenaan DIY. Aku memang cukup minat dengan stereng suprima, selain faktor kemasan kulit, aku minat juga bentuk dan emblem proton yang nampak mewah dan premium ni. Alhamdulillah, ada modal sikit, dapatlah aku beli stereng model ini daripada seorang penjual.
Ini masa mula-mula dapat, punyalah teruja. hehe
ok, stereng asal persona, boleh diganti terus dengan stereng suprima, tak perlu banyak kerja sebenarnya, dan boleh selesai dalam masa kurang sejam sahaja dengan peralatan yang betul. untuk makluman, persona aku model base line, jadi stereng kosong tanpa ada butang tambahan kecuali horn sahaja hehe.
Stereng Suprima S penuh butang dan paddle shift serta autocruise.
Walaupun stereng suprima ni penuh dengan pelbagai "jalan pintas" untuk fungsi audio dan transmisi, malangnya kita pemilik persona tak boleh menggunakannya. Cuma untuk model h-line boleh memanfaatkan autocruise, manakala airbag juga aku tak dapat pastikan boleh berfungsi atau tidak.
Langkah pertama tanggalkan penutup horn, caranya gunakan tork screw driver, lihat bahagian jejari stereng tu, ada dua skru tork yang perlu dilonggarkan. Selesai dibuka, tanggalkan juga wayar horn. Kalau model m-line dan h-line lagi banyaklah wayarnya hehe.
Kemudian, dapatkan nat saiz 17 untuk menanggalkan skru utama yang menyambung stereng. Kalau dapat macam set yang aku guna ni lebih mudah untuk digunakan.
Dengan cermat dan berhati-hati, longgarkan skru stereng. sebaiknya tayar dalam keadaan lurus, stereng juga begitu, tapi kalau stereng senget sikit pun tak apa, nanti kita betulkan.
Inilah rupanya selepas stereng ditanggalkan, biarkan clock spring dan wayar horn di tempatnya.
Masukkan stereng suprima, kalau boleh letakkan pada posisi sama sepertimana stereng asal ditanggalkan tadi. Kalau terlupa, masukkan terus aje hehe.
Modul airbag, rasanya wayar airbag kena diplugkan ke soket tengah tu. Aku tak dapat nak jawab, sebab model aku tak ada airbag.
Jangan lupa wayar horn, tanggalkan wayar hitam pada stereng suprima, kemudian gantikan dengan wayar horn persona bewarna hijau.
Inilah wayar horn asal persona, gantikan di wayar horn suprima. Sila uji sebelum anda menutup cover stereng nanti.
Laraskan skru, cuma jangan ketatkan, kita perlu pastikan stereng lurus sebelum kita kunci ketat sepenuhnya stereng.
Seeloknya kerja pengujian dilakukan di laluan lurus dan tidak ada kenderaan untuk keselamatan, kebetulan laluan hadapan rumah aku kurang sibuk dan lurus. Lihat kedudukan asal selepas dipasang, senget ke kanan. Jadi stereng perlu dilaras semula.
Ini hasil setelah stereng dilaras, setelah anda berpuas hati, barulah diketatkan nat tengah pada stereng tadi. Kalau senget sikit-sikit tak apa, nanti masa buat jajaran tayar di kedai, barulah dibetulkan semula.
pasang cover horn, ketatkan skru tork, saiz yang sama dengan stereng asal persona yang diganti tadi. Pastikan juga horn telah diuji dan berkeadaan baik.
Inilah rupanya stereng suprima di dalam proton persona, nampak ngam tak? hehe
Kesimpulan, pro dan kontra stereng suprima :
Pro :
1. Kemasan premium
2. Pegangan yang kemas dan selesa
3. Rupabentuk sporty
Kontra :
1. Soket audio tidak sepadan dengan radio persona, jadi anda kehilangan kawalan audio stereng
2. FUngsi airbag tidak dapat digunakan pada model base line
3. Autocruise hanya pada model persona SE dan Elegance H-Line
4. Paddle shift juga tidak boleh digunakan
Comments
does this steering come with Airbag?
do you have the photo of the airbag module?
nak tanyer bro steering nie ader jual kt kedai maner2 ker?
brp modal tuk setting skali dia nye audio skali ye...
da pasang stering. tgl nk bg sume button function je....
tq
ini ke?
Terima kasih :P
kalau stereng persona, kena buka cover horn dahulu. nnt akan nampak skru panel volume tu. airbag tu cabut kabel dia, pastu keluarkan elok2.
ini FB seller steering tu
Hehehe
ada tu ada, tapi dah susah nak jumpa. dalam mudah kadang2 ada, cuma harga sekarang fuhhhhhhh mahal haha