DIY : Atasi gegaran pada pintu kereta

Assalamualaikum...

dari masa ke masa, tahun ke tahun, mestilah ada alatan yang rosak kerana faktor masa dan usia, salah satu yang ketara adalah "door hinged" pada proton aku. mula-mula gejala yang paling mudah nak kesan adalah gegaran kecil bila melalui kawasan tak rata. 

setelah diperiksa, barulah nampak plastik alas pada door hinge dah rosak dan pecah. memandangkan bajet yang terhad, makanya aku gunakan penyelesaian sementara untuk masalah ini. 


tempat yang paling senang nak rosak adalah pada bahagian pemandu sebab pintu ini yang paling kerap digunakan, alat ganti boleh dibeli di kedai peralatan kereta, harga aku tak pasti tapi aku rasa tak mahal sangat la hehe. perhatikan plastik alas yang pecah tu.


ok, ni cara aku, dapatkan wire tape, memang ada yang sama lebar dengan lebar alas plastik tu, jadi memudahkan kerja. 


kemudian, balut plastik tu dengan cermat, ratakan wire tape tu betul-betul. jangan terlalu tebal, nanti pintu susah nak ditutup, memadai sekadar tebal sedikit dari plastik alas yang asal tu.


siap! cuma aku sengaja tebalkan supaya feeling bila tutup pintu tu macam guna toyota camry. hehe selamat mencuba :)

Comments

sharinakamar said…
Terima kasih...skrng kereta sy mmg ada masalah ni.dh patah dan pintu kete dh loose trus.dh tak blh tutup.tnye kedai aksesori, xde spare benda yg patah tu.kne g proton...
Rifaie said…
hehe kalau kedai aksesori memang susah nk jumpa, biasanya kedai spare parts ada insya Allah.