assalam, selamat berpuasa pada semua umat Islam, khasnya pembaca blog saya. lama tak menaip kerana bertukar kerja dan berpindah ke kampung. bila dah duduk di kampung ni berbeza di duduk di penang yang ada bermacam-macam kemudahan, makanya di sini kena lebih berdikari sedikit. topik kali ini, servis sendiri di rumah, servis untuk mileage 140k km dah. memandangkan cuma servis minor, jadi aku plan buat sendiri, DIY
antara benda yang mustahak kena ada, jack kereta 2 atau 3 tan, spanar saiz 14, spanar oil filter dan timba kosong. lain-lain adalah minyak enjin, penapis minyak enjin, dan penapis udara.
selesai kerja-kerja jack kereta, cari tempat buang minyak enjin (oil drain), lokasi di sebelah belakang dasar oil sump. jangan salah buka yer, satgi relai kereta lak.
dapatkan spanar saiz 14 dan dengan berhati-hati longgarkan nat drain plug tu. jangan terus tanggalkan nat tu sebab nanti minyak akan terus keluar, kalau kena muka, silap-silap jadi orang minyak nanti.
cari timba, yang boleh tampung kapasiti minyak enjin lebih kurang 4 liter, letak bawah drain plug tu, kemudian barulah tanggalkan nat oil sump sepenuhnya. minyak enjin lama akan turun, dan pastikan habis semua.
sementara menanti minyak enjin turun habis, longgarkan penapis minyak enjin (oil filter) di sebelah oil sump. gunakan spanar oil filter. lepas longgarkan, dengan segera letakkan tong kosong di bawahnya untuk menadah lebihan minyak enjin. oil filter yang dah dilonggarkan kena cepat-cepat dibuka sebab kalau lambat, nanti oil filter tu akan dilimpahi baki minyak enjin, alamatnya kotor la tangan dengan minyak nanti
kedua-dua drain plug sedang dikeringkan |
lepas tanggalkan semua, kita lepak kejap sementara menanti minyak lama dikeluarkan habis. bolehlah jack turun sebentar kereta anda, supaya oil sump dapat disamakan arasnya.
ini oil drain plug, bersihkan. kalau ada oil drain gasket (yang bentuk macam "washer" warna bronze tu) bolehlah gantikan. kalau tak ada, jangan buang yang lama tu. bersihkan elok-elok.
kawasan oil filter pun jangan lupa dibersihkan sama. lap hingga kering dan bersih.
ini oil filter yang saya gunakan, dari mitsubishi dan serasi dengan enjin campro juga.
baca arahan dengan teliti sebelum dipasang ke enjin campro anda. arahan umum ini biasanya sama untuk semua oil filter.
letakkan lapisan nipis minyak enjin, ambil dari lebihan minyak lama tadi pada gasket oil filter.
pasang oil filter baharu pada enjin. ketatkan hingga satu klik sahaja.
oil drain plug juga dipasang dan diketatkan. cuma jangan terlalu ketat kerana boleh merosakkan oil sump.
seterusnya kita isikan minyak enjin, jangan hidupkan enjin dahulu sebelum minyak diisi. haha. tips nak isi minyak enjin, isikan lebih kurang 3 setengah liter terlebih dahulu.
selesai mengisi minyak enjin, tutup penutup dengan kemas, dan keluarkan dipstick dan bersihkan. kemudian hidupkan enjin untuk beberapa ketika.
lepas beberapa ketika, matikan enjin, dan periksa takat minyak enjin pada dipstick. sekiranya tidak mencukupi, sila tambah sedikit mengikut rasa.
selepas ditambah dan rasanya dah memadai. ada beberapa pendapat mengenai jumlah minyak enjin campro ni. ada pendapat menyatakan memadai 3.8 liter, manakala ada juga yang mengatakan perlu 4 liter, kerana bakinya akan masuk ke oil filter. apa-apa pun, rujuklah pada dipstick anda, isi berdasarkan penunjuk pada dipstick.
seterusnya kerja-kerja mengganti penapis angin (air filter), buka empat klip di keliling kotak air filter dahulu.
rupa air filter selepas lebih kurang 30k km, nak guna semula atau tidak bergantung pada tahap kekotoran pada penapis. ada yang suka keluarkan, tembak dengan air gun sampai bersih kemudian guna semula.
bersihkan juga kotak air filter dari benda asing.
pasang air filter baharu, pasang semula penutup dan pastikan kemas dan rapat sebelum anda kunci semula keempat-empat klipnya.
kos keseluruhan adalah kira-kira RM150.00 untuk minyak enjin, oil filter dan air filter. :)
Comments
@azril, yup sblm ni JTX. dari performance tak rasa beza pun. hehe
@speedrider, kat sini tak dak castrol, duk kg, p stesen minyak petronas ja la haha
Mne nk dpatkn jack n spanar oil filter 2?