Pertama kali di luar pusat servis proton...

assalamualaikum...

agak lama juga tidak menulis, bukan apa, tidak ada apa-apa yang aku lakukan pada kereta, jadi kering modal lah sekejap. hehe kali ini aku nak kongsi pengalaman servis di luar proton. kalau yang mengikuti blog ni dari awal mesti dah tahu, aku ni memang setia dengan pusat servis proton. tapi sejak 110,000km di proton, aku rasa dah sampai masa aku servis di luar.

antara sebab aku servis kat luar ni, yang pertama atas sebab kos, kos di luar lebih rendah di proton, bukan kos pada alat ganti tulen, tapi pada kos upah kerja. proton secara umum memang agak tinggi berbanding bengkel di luar. yang kedua berkenaan masa kerja, untuk servis major di proton, aku kena buat janjitemu dahulu, dan masa yang diambil dari mula check in di proton untuk masuk ke service bay pada aku agak lama, walaupun masa untuk servis kereta tu tak lah terlalu lama, jadi banyak masa terbuang dengan menunggu, tambahan pula kerja aku memang memerlukan kereta. dan ketiga inilah faktor utama aku servis dekat luar, ada kebocoran pada bahagian enjin kereta, jadi aku tak nak tunggu lama memandangkan mileage dah cecah lebih 120,000km. 


kebocoran antara oil sump dan gearbox

daripada foto ini, nampak kebocoran minyak enjin. ada tiga pendapat yang aku terima daripada formen yang tengok foto ni. yang pertama formen proton, dia kata bocor antara oil sump dan gearbox, katanya minor, cuma kena buka gearbox dan seal balik gap antara oilsump dan gearbox. kos untuk seal rm70 tak termasuk upah, tapi kena tinggal kereta sehari di proton.

kedua, formen kampung aku, katanya ada leaking antara crankcase dan gearbox, major katanya, enjin kena angkat keluar untuk seal leaking tu. tapi dia nasihat aku buat masa servis major, dan untuk sementara waktu dia mintak aku pantau paras minyak enjin. tempoh servis dalam dua hari.

ketiga, formen yang aku kenal dari FB, katanya mungkin oil seal antara crank shaft dan flywheel. memerlukan kepada major service. jadi berbekalkan tiga maklumat ini, aku rasa aku malas nk ke proton sebab kekangan masa, jadi aku ke bengkel di kawasan penaga. bengkel yang sama aku pasang brek cakera belakang persona aku.

alang-alang nak baiki leaking tu, aku pun nak buat servis sekali la sebab mileage dah lebih 120,000km. jadi formen tu confirmkn masalah punca leaking dari flywheel, maka kena turunkan gearbox sahaja. alhamdulillah, tak lah sampai kena turun enjin. 

Oil filter Mitsubishi

kat kedai tu cuma ada oil filter mitsubishi tapi formen tu kata serasi dengan enjin campro, jadi aku pun cubalah guna. janji boleh tapis minyak. hehe


minyak enjin dan minyak gearbox

untuk minyak enjin, pertama kalinya aku cuba minyak JTX 1000 disebabkan racun daripada kawan-kawan, setakat artikel ni ditulis, mileage dah pun cecah 1000km tapi aku belum boleh bagi aku punya ulasan berkenaan minyak ini. untuk minyak transmisi pulak, juga pertama kali aku guna castrol pada persona aku, sebelum ni memang aku gunakan di volvo 240 aku, dan hasilnya tak mengecewakan.


Persona lotus masuk bengkel hehe
pandangan bengkel dari tepi jalan utama, bengkel kecil tapi pekerjanya agak ramai, jadi boleh servis beberapa buah kereta dalam satu masa, kerja pun kemas dan bersih, teliti juga pada aku. upah pun munasabah.

jadi secara ringkas aku kongsikan kos servis persona aku yang 120,000km. kos tak termasuk kerja-kerja pada flywheel kereta aku.

minyak enjin JTX 1000 : RM 160.00
minyak transmisi : RM 40.00
oil filter : RM 12.00
upah : RM 10.00

kos keseluruhan untuk servis RM 222.00

pandangan anda?

Comments

nazri said…
minyak tu fully synthetic ke bro?
Syllra said…
trun geadbox bp bro?? aah.mcm sums kete persona hdpi mslh yg sama jee
Rifaie said…
@nazri, yup, full syn

@syllra, kos tak tinggi sgt, sbb cuma nk letak gam pada flywheel saja. tak habis pun seratus. tak semua persona kut
Orcen said…
agak murah jugak oil filter mitsubishi tu.last time aku try rm25..
Rifaie said…
sekali ganda beza tu, jgn2 yang aku guna ni tak ori kut?
mrzaidi said…
bro boleh share dengan saya info yang lengkap pasal kedai area penaga ni ? berminat nak service kereta yang kawan2 rekemen
Rifaie said…
kalau mai dari teluk air tawar, sebelum smpi stesen timbang JPJ, ada simpang kiri ke titi mukim, masuk simpang tu, drive dlm 500 meter, ada kedai makan sebelah kiri, selepas kedai tu la bengkelnya. hint, ada banyak keta buat turbo kt situ
kusukarayban said…
xsabar nk tau komen bro pasal minyak jtx
Rifaie said…
rasanya masih awal nk komen sbb mileage baru masuk 2500 km. tp nnt aku cuba review
Unknown said…
bro persona r3 dok mna?
syazwan said…
aku seach kat tenet pasai leaking,,jumpa blog nie..keta persona aku belum setahun naek dh leaking mcm gmbar diatas..naya toi..agak2 kalo dlm warranty sc proton cas jugak ke..
Rifaie said…
kalau ada warranty xde charge bro. elok lah hantar sblm habis warranty
syazwan said…
hope xde charge la..tq Rifaie berkongsi info
Rifaie said…
kalau masih sah warranty, dan kerja-kerja tu termasuk dalam warranty, takkan kena bayaran
Unknown said…
slm...buat pertama kali pkai kereta...langsung xtau ape isi dlm kete tu.....jnis SAGA FLX SV 1.3..br cecah 886km 1000km kene servis..jd sy nk tau..servis utk kali pertama free ke? or de charge myk htm? please anyone......
Rifaie said…
kalau di proton, utk servis 1k, 5k, dan 10k, y percuma cuma kos upah / labour. kos alat ganti, dgn minyak enjin kita kena bayar. tapi ada juga promotion, diorang bagi voucher utk free servis, y tu upah dan alat ganti tak perlu bayar. rujuk dgn jurujual utk pengesahan
nazz said…
rasnye minyak jtx tu mineral based oil..tp bahan additif die tinggi..
Rifaie said…
kiranya tak elok sgt?
nazz said…
Sstgh pendapat mngatakan minyak ni terlalu mahal utk gradenye dan bahan additif tinggi x elok utk jangka masa panjang.. Sy prnh juge pakai minyak ni..ok tpi terlalu mahal tuk maintain..then sy da tkr kepada lbih murah dan setanding juge dgnnye..bang bole try tgk grup fb ni..byk info ttg engine oil..sy skrg gune petro canada..sgt memuaskan..
Hdeo - https://www.facebook.com/groups/281763805178476?ref=bookmark

Petrocanada -
https://www.facebook.com/groups/223722691039642/
nazz said…
Sedikit kecewa dgn jtx sbb tiada technical data dan api approval..
Rifaie said…
haha sy pun guna sekali je, rasa mcm xngam dgn kereta sy jgk
Unknown said…
Gila murah upah turun gearbox rm10 ja bro
Rifaie said…
hehe silap faham ni, tak turun gearbox pun lagi
amri said…
salam..rifaie,,brapa kos sebenar repair leaking gearbox tu?
proses mcm mana?kena turun gear box ka?

terima kasih
Rifaie said…
gearbox tu saya tak turunkan, sbb pomen ckp leaking minor ja. dia suggest ganti gasket y leaking tu masa tukaq clutch nnt.
Rizal said…
asslamualaikum, minyak tue 100% mineral base tapi dijual dgn harga fully sintetik... brand yg meragukan
Rifaie said…
hehe itulah kali pertama dan kali terakhir saya guna.. lepas tu kembali dengan castrol magnatec smpi skrg