assalamualaikum, modifikasi seterusnya adalah lampu HID berserta projektor, bezanya daripada kebanyakan lampu projektor di pasaran untuk model persona adalah ini dipasang secara "retrofit" dan bukanlah direka dari awal khusus sebagai lampu projektor.
sebenarnya modifikasi ni dah lama aku nak buat, tapi kerana kekangan kewangan dan faktor harga membuatkan aku mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat. alhamdulillah, lepas hampir dua tahun aku menunggu, akhirnya cukuplah modal dan aku rasa harga pun dah agak munasabah untuk retrofit HID ni pada persona aku.
aku pun tempah satu slot untuk pemasangan di SSTwo motorsport bukit tengah, pulau pinang. kedai ni biasanya memasang untuk model kereta mewah, tapi sebenarnya diorang ni tak kisah pun, semua kereta dilayan sama rata, semua customer diorang ramah. hehe
kos? agak mahal daripada lampu eagle eye, sepasang lampu eagle eye kosnya rm 699.00, untuk lampu retrofit rm 750.00 di SSTwo. tapi jujurnya aku rasa berbaloi
|
tudia, kotak menunggu dah... |
|
ketuhar khas untuk melekang lampu daripada housing |
|
kena buka bumper |
|
kerja kerja pendawaian |
|
nampak tak projektor? |
|
tadaaaa!!!! |
|
kerja kerja menala tahap suluhan |
|
low beam |
|
high beam |
|
low beam |
|
high beam |
setakat ni, alhamdulillah. suluhan lebih luas dan jauh, senang nk memandu dalam lorong gelap. HID aku berkuasa 4300k, dan pada sesiapa yang ada kemusykilan tentang peraturan penggunaan HID, boleh rujuk di laman web JPJ
http://www.jpj.gov.my/web/guest/penguatkuasaan-terhadap-lampu-hid
sebagai perbandingan, aku selitkan link review lampu eagle eye, dipasang di kedai yang sama.
http://faieelegance.blogspot.com/2011/12/review-eagle-eye-headlight.html
Comments