Assalamualaikum...
masuk aje usia 2 tahun 8 bulan, akhirnya bateri asal persona aku rosak juga. mujurlah ada sahabat yang sudi menolak kereta aku di tengah-tengah malam sewaktu rosak, awal-awal pagi lagi aku dah kacau tuan rumah aku minta tolong "jump start" kereta aku..hehe, hidup aje kereta terus pecut ke kedai alat ganti kereta untuk dapatkan bateri baru. jenama pilihan aku asalnya adalah BOSCH, tetapi memandangkan stok tak ada, ditambah pula dengan usaha racun berterusan dari tauke kedai, maka aku ambillah Century Marathoner.
Hasil survey aku nak kongsi skit, harga century di sekitar butterworth adalah dalam lingkungan RM240 hingga Rm270, yang ajaibnya RM270 tu harga yang aku dapat di kedai bateri yang mengedarkan jenama century ni, dan harga untuk trade in bateri lama adalah rm15 sahaja.
Jadi ronda punya ronda, singgah satu kedai lagi, North Malaya namanya, dapatlah harga RM240, trade in bateri lama, RM20 jadi kena bayar hanya RM220 sahaja. Bodek punya bodek, aku minta la pembantu kedai tu tolong gantikan sekali ke kereta aku. hehe.
seperkara mengenai bateri, paling umum bateri ada dua jenis, iaitu yang basah dan yang kering. seringkali juga ditafsir sebagai maintenance free untuk bateri yang jenis kering sebab tak perlu diisikan air di dalamnya. bateri basah dan bateri kering sebenarnya jangka hayat adalah lebih kurang sama, cuma bateri basah boleh dipanjangkan sedikit dengan syarat penjagaan yang lebih kerap seperti pemeriksaan kadar air bateri di dalamnya, kalau kurang boleh ditambah lagi.
Bateri lama, OEM Proton |
Century Marathoner, dalam kotak lagi |
Pembantu kedai membantu mengeluarkan bateri lama |
Menunggu masa untuk beraksi |
Selamat jalan bateri lama |
Sedang dipasang |
Siap! |
aku kongsikan dua link berkenaan bateri ni :
berdasarkan dua link yang aku sertakan, informasi yang aku faham adalah teknologi yang ada pada bateri century ini adalah sama dengan bateri OEM proton, jadi aku menjangkakan jangka hayat bateri ini sepatutnya lebih kurang sama dengan bateri OEM.
seperkara lagi, kalau dilihat pada link kedua, century adalah pembekal bateri OEM untuk proton sejak 1985, iatu sejak proton diwujudkan. jadi rasanya tak perlu was-was dengan kualiti bateri century lagi sebab bateri OEM pun dah terbukti ketahanannya.
Comments
Btol ke org kate nk tuka bateri tu bia mse engine tgh running? so x kaco ecu.. cmne ntah