assalamualaikum...
pada pengguna persona model asas dan pertengahan, iaitu b-line dan m-line selain daripada kurang ciri-ciri keselamatan dan aksesori daripada model penuh, iaitu h-line, kekurangan daripada aspek pemanduan juga ada, salah satunya adalah daripada pemasangan brek drum menggantikan brek cakera. umum tahu sistem brek standard persona b-line dan m-line kurang memuaskan, aku sendiri pernah terlibat dalam kemalangan gara-gara brek yang "spongy". kena ditekan rapat-rapat baru terasa ada kuasa berhenti, kalau tak, tunggu sahaja hentam kereta di hadapan..hehe
jadi, alhamdulillah ada rezeki lebih sedikit,maka kerja lawatan bengkel ke bengkel pun dijalankan, hajat nak memasang brek disk ni dah lama aku angankan, baru sekarang tercapai. atas cadangan daripada seorang rakan, aku pilih sebuah bengkel di kawasan penaga untuk memasang brek untuk aku, bengkel tu juga bertanggungjawab mendapatkan brek belakang kereta aku daripada model lancer CK2. haa kalau nak tahu macam mana rupa lancer CK, tengok foto bawah ni..hehe
|
Lancer CK2 |
jadi, secara ringkas lancer CK ni merupakan kenderaan pacuan semua roda, AWD (all wheel drive). maka, brek belakang yang aku guna untuk persona aku ni pun ada shaft pada bahagian breknya, mengikut kata formen, kalau nak aku boleh pasang gear belakang pada persona aku untuk convert persona aku jadi AWD, haha dah nak jadi rally la pulak...
|
Lancer CK, nampak tak lubang untuk shaft? |
|
brek asal persona aku, drum brake |
|
hehe saja capture... |
|
kerja menanggalkan brek drum |
untuk menggantikan brek drum kepada cakera ni, proses kerja agak rumit dan memakan masa panjang, kiraan aku berdasarkan kepada kepakaran formen, proses mengambil masa kira-kira 6 jam untuk pemasangan.
|
bahagian belakang dikosongkan untuk kerja-kerja memotong kabel |
|
banyak barang hehe |
|
seat persona base line senang je nak buka |
kerja dimulakan dengan menanggalkan set tempat duduk penumpang belakang, kemudian centre console juga kena dibuka untuk memberi laluan kerja-kerja ubahsuai kabel brek tangan. selain kabel brek tangan, kabel brek belakang juga dibuka dan diganti baharu. kabel brek tangan yang asal kena diganti kerana tidak bersesuaian ukuran panjangnya.
|
kabel brake |
|
kerja-kerja menanggalkan kabel |
|
drum ditanggalkan selepas semua kabel dipotong |
|
menanti brek baharu |
|
disk brake |
|
kerja-kerja memasang disk |
|
sebelah pemandu |
|
menyambung semula "joint" |
|
sekadar berkhidmat selama 2 tahun 8 bulan sahaja |
|
minyak brek spec DOT 4 |
|
Siap sebelah penumpang! |
|
pandangan dari bawah kereta |
memandangkan kerja-kerja dilakukan waktu malam, dan aku pun tak sanggup nak tunggu lama, aku tinggalkan kereta aku di bengkel, dan datang semula awal pagi esok. berikut adalah hasilnya sekali pemasangan cover caliper brembo..hehe
|
ganas tak? |
|
brembo |
ok, tugasan terakhir adalah memandu ke kedai tayar berhampiran untuk alignment, atas nasihat daripada formen kerana bahagian suspensi belakang telah diusik, maka kena buat semula alignment untuk langkah-langkah penjagaan tayar.
selesai alignment, tiba masa untuk menguji kecekapan brek, secara ringkas, kuasa brek meningkat agak ketara, tak perlu tekan lebih untuk rasa gigitan brek pad pada disc. mula-mula agak kekok sebab dah terbiasa dengan drum, jadi 15 minit pertama pemanduan tu aku nyaris buat brek kecemasan sebab belum biasa dengan kuasa brek baru. secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja dan output brek kereta aku. sekarang barulah tak risau nak memandu!
selain peningkatan kecekapan brek, satu lagi yang turut meningkat adalah penampilan, dipasangkan dengan brek cover berwarna merah, nampak lebih garang dan sporty!
Comments
Mesti lpstu brake smp terseret tayar ni..kehkehkeh
persona m & bline guna servo 1.3 yg kecik, lpstu master cylinder saiz 13/16" utk saga..sbbtu mmg spongy, kurg response & power. sy pun tgh riki2 nak tukar dulu set servo & master cyl yg beso skit,lpstu br upgrade disk. pelan2 kayuh hehehe
kos rm900, lokasi penaga, pulau pinang
@pyanto...
dulu ingat nk tukar servo jugak, tp memikirkan gaya punya pasal, masuk disc terus..hehe
dalam link ni ada perbincangn ttg braking persona, kalau rajin, cer baca satu persatu, ada bincang bab servo brek jugak
u hanya tukar set disc belakang je la??
Servo tu tak tukar?
saya nk tnya apa beza kalau kita pasang brake disc dengan rear arm dengan pasang disc je contohnye mcm eterna?
Boleh bagi taw nama kedai n contact kat penang?
rear disk mivec nie dpt dr half cut kat penang kew?
sbb tgk kat epoh mahal sgt..hehe
buka, blow balik dengan air gun, check betul2 ada tak silap pasang kat mana2 especially klip besi tu
yang ni yang emel saya kelmarin kan?
.nak tanya..bila tukar brake drum ke cakera ne..kena buat permohonan dgn jpj dulu ke?..
.nak tanya..bila tukar brake drum ke cakera ne..kena buat permohonan dgn jpj dulu ke?..
@unknown, itu perkara biasa kalau saudara tarik handbrake agak ketat, brake pad tu kepit disc tu kuat skit. perkara biasa utk kereta yang guna disc brake belakang utk hand brake.
cadangan saya, cuba refer dengan dua tiga kedai untuk lebih kepastian.
rasanya tak ada masalah kalau datang dari H-line, boleh guna arm yang sama dengan M-line, sebab tapak disc dengan drum sama.
kabel handbrake? kalau arm tak tukar, rasanya tak perlu dah
Tak ada ABS tuan :)