Assalamualaikum,
Setelah memiliki persona selama dua tahun empat bulan, akhirnya persona aku mencecah 100,000 km perbatuan (mileage). Rasa gembira dan senang sebab persona aku sangatlah kurang kerenahnya dan masalah. Ramai sahabat yang bertanya, pendapat aku tentang persona setelah 100,000 km. Jawapan aku?
- Setup kereta masih dalam keadaan asal kecuali ditukar rim dan tayar
- Aku masih servis kereta aku di pusat servis proton
- Cuma pernah buat tuntutan jaminan dua kali, satu untuk "auto tensioner" dan "air vent" tengah kereta sahaja.
- Tidak ada modifikasi pada asas enjin kecuali pada bahagian ekzos.
- Tiada alatan prestasi (performance parts) yang dipasang pada kenderaan.
- Tiada masalah tingkap kuasa
- Tiada bunyi-bunyi "rattling" pada dalaman dan luaran kereta
- Pengendalian masih terbaik, suspensi juga masih mengekalkan keselesaan pemanduan
- Lampu-lampu, indikator, dan aksesori masih berfungsi dan berkeadaan baik
- Mudah cerita, hampir "zero problem" kecuali daripada dua tuntutan jaminan yang dinyatakan awal tadi
Ketika coretan ini ditaip, kereta aku dah mencecah 105,000 km perbatuan di jalan raya, masih gagah, masih selesa dan masih berkuasa seperti dahulu. Aku bangga memiliki satu produk keluaran tempatan seperti proton persona aku.
Mula dari saat ini, aku sudah bersedia untuk menghadapi sebarang "major breakdown". Sekiranya berlaku, akan aku coretkan di sini sebagai rujukan kita bersama. I love persona!!!
Comments
Baguslah kereta anda masih mantap & problem free.
Dah sampai 100k km mileage ni brapa bnyk kali tukar brek pad (front & rear)? Absorber still cun? dan macam mana start pagi2/cold start? hyd lifter pun berbunyi tak?.
saya rasa hydraulic lifter kereta bro tak berbunyi sebab bro memang jaga enjin.
Selalu problem ni jadi bila kita tak servis ikut time sampai minyak hitam dah mula menghasilkan residual..
apa-apa pun tahniah sebab PE bro dah sampai 100k.. saya pun pengguna PE manual tahun 2011. Memang puas hati dengan kereta ni.. yang penting jaga maintenance je.. mesti tak mengecewakan..
2010
berlaku accident..motor langgar kt tepi.claim waranty (almost sebulan br setel)
2011
tukar sebijik bateri.(slps 3 thn lebih)
power window belakang.(still under waranty,sbb service kat EON je.
2012
tukar tayar (dh hampir botak)
waranty until 3 yrs,tp saya ambik extended waranty until 5yrs.so..bulan 4 2013 ni abis la waranty.lps ni tk p kot service centre.
alhamdullillah enjin smooth.
i love my persona.