Assalamualaikum...
Alhamdulillah, lebih kurang dalam sejam, siaplah sticker bomb untuk dua set kunci kereta, hasil kerja agak memuaskan walaupun ada kekurangan sedikit di sana-sini, setidak-tidaknya bolehlah buat sahabat aku tu tersenyum sedikit :)
bosan-bosan hari ni, seorang sahabat ajak ke kedai sticker, nak beli bomb sticker katanya. Akhirnya pilihan dibuat, alih-alih dimintanya aku untuk pasangkan pada kunci kereta dia. Aku pun tak berapa nak cekap pasang sticker, tapi dek kerana permintaan seorang sahabat, aku cubalah...
Haa cer cari mana kunci kereta? |
Untuk lekatkan sticker dengan mudah, kunci kereta tu kenalah ditanggalkan dari segala keychain dan "isi perutnya". Nak tanggalkan tak susah, cuma ada satu skru di belakang, kemudian keluarkan litar elektronik serta cip immobilizernya sekali. Hati-hati dengan cip tu, kalau hilang, alamatnya tak hidup kereta nanti.
Dari kanan, cip immobilizer, skru belakang dan litar kunci berpusat (Central locking) |
Seterusnya adalah adegan melekat sticker, berbekalkan sedikit pengalaman bidan terjun, aku pun memulakan dengan berhati-hati, kerja-kerja melekat dibantu dengan sebilah pisau, gunting dan "heat gun" untuk memudahkan kerja-kerja melipat dan melentur sticker.
Selesai bahagian belakang kunci |
Buat bahagian hadapan pula, kalau anda cekap, cuba cari mana bahagian belakang kunci dalam foto ini |
Bahagian hadapan kunci |
Selesai! |
Pasang balik isi perut kunci |
Jangan lupa selitkan cip immobilizer balik |
Alhamdulillah siap! |
Terus buat lagi satu set! hehe |
Comments
aku ada email ke arfaie_amd [at] yahoo.com,
arfaie [at] putera.com.
nak tanya pendapat bro :)
-shah