Tayar baharu!

assalamualaikum....

penghujung april ni kiranya sesuatu yang amatlah menguji kedalaman poket dan ketebalan duit aku hehe. Alhamdulillah cukai jalan dan insuran dah selamat diperbaharui, agak mahal kerana tak dapat menuntut NCD dek kerana kemalangan tahun lepas, jadi NCD kembali kepada 0%. hehe, jadi hari ini, keluar duit lagi untuk menggantikan keempat-empat tayar goodride aku yang dah haus bunganya. untuk pembelian tayar kali ni, aku tak memperuntukkan lebih masa untuk cari review dan harga yang terbaik, namun aku puas hati dengan apa yang aku belanjakan. 

setelah beberapa survey dibuat di internet, aku memutuskan bajet untuk tayar aku adalah kira-kira rm300 per biji tayar, senarai yang ada dalam pemerhatian aku Dunlop SP Sport, Falken Ziex 912, Hankook V12 dan tayar asal sekarang Goodride.

Jadi awal-awal pagi lagi aku memandu ke sebuah kedai yang aku yakin dengan harga dan perkhidmatannya serta banyak dicadangkan oleh rakan-rakan, Chiang Soon Tyre di pekan Penanti. Agak hampa setelah bertanya beberapa jenama di hati, tiada satu pun dalam simpanan stok mereka, semua sudah habis dijual. Yang tinggal cumalah tayar jenama goodride dan archiles kalau mahu yang murah, manakala yang agak berjenama cuma ada goodyear. 

Sabar menanti tuannya membuat pilihan tayar

Goodyear pun sememangnya menarik pada aku, cuma aku tak punya bajet yang tinggi. Namun mengenangkan dek tiada pilihan, aku terima jugalah tayar Goodyear. Harga yang ditawarkan ialah RM360 sebiji tayar. Kalau difikirkan, memang mahal tetapi setelah meneliti brosur di kedai tersebut, aku fikir eloklah aku cuba.

Tayar kereta pun segera dibuka

Hehe rim yang sama dengan kereta aku

Sementara menanti tayar baharu diganti, aku membelek-belek bahagian belakang ruang tayar pada kereta, ada bahagian "splash guard" yang dah "hilang" sedikit dek dimakan oleh tayar yang lebar hehe

Habis splash guard

pandangan beralih pada tayar lama, bila diperhatikan corak haus pada tayar, aku dapati tayar bahagian belakang haus dibahagian tengah menunjukkan tekanan angin yang tinggi, manakala tayar hadapan haus di bahagian tepi sebelah dalam, menunjukkan "balancing" yang kurang sempurna.

Tayar lama, yang disebelah kiri tayar belakang, sebelah kanan tayar hadapan

teringat pula yang kereta aku ni sering dipandu laju ketika melanggar lubang dan lopak di jalan raya, segera aku minta pembantu kedai untuk memeriksa balancing rim, alhamdulillah tak ada yang bengkok, kalau tak, mesti merasa rim baru kereta aku hari ni hehe

memeriksa balancing rim

Rim masih dalam keadaan baik

Akhirnya sampai juga tayar baharu kereta aku, sebelum dipasang aku memeriksa sendiri keadaan tayar dan tarikh dikilang pada tayar. Tayar adalah saiz yang tepat, dan tarikh dikilang adalah pada minggu ke 39 tahun 2011. jadi kalau dicongak-congak, umur tayar ni sudah mencecah 31 minggu atau kira-kira hampir 8 bulan. tapi kira oklah tu, tak lah lama sangat kan..

Goodyear Eagle F1 Directional 5

Pattern bunga tayar

Tarikh dikilang

Sedikit info berkenaan tayar ini boleh dirujuk ke laman berikut : Goodyear Eagle F1 Directional 5 
Setakat pemahaman dari brosur dan laman web, tayar ini dikategorikan tayar berprestasi menawarkan lebih cengkaman pada permukaan basah dan kering serta sewaktu membelok.

Kerja-kerja balancing

Tayar baharu

Kerja-kerja penjajaran

Kerja-kerja penjajaran

Amcam? ada gaya tak?

Setakat petang ini, seharian bersama tayar baharu, kesimpulan awal yang boleh aku buat adalah, tayar lebih senyap pada kelajuan rendah, sangat senyap. Stereng juga menjadi lebih ringan dan mudah dikawal. Ujian pelanggaran lopak air, setakat ni belum dicuba pada kelajuan sangat tinggi, namun pada kelajuan sederhana, cengkaman tayar pada jalan raya adalah sangat baik. sekian...



Comments

speedrider said…
Penjajaran tu alignment ka?
hahhahahaha aca pelik pulak dengar.. huhuhuh
Rifaie said…
aah alignment..haaha
raayeop said…
Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.