assalamualaikum...
lama juga tak menaip, sibuk dengan urusan seharian ditambah lagi tak ada sebarang modifikasi/DIY pada kereta aku hehe. tapi tak per, sibuk-sibuk kali ini aku perasan la, wiper pada kereta aku dah teruk dah keadaannya, jadi sempena gaji yang ada baki ni, kenalah belanja sikit untuk wiper kereta.
|
wiper lama yang dah terkoyak..hehe |
setelah melakukan beberapa survey, aku terpaku di sebuah kedai yang ada banyak pilihan. daripada yang boneless sampai lah ada frame, dari yang harga rm10 satu sampailah rm65 sepasang. maka aku pun pilih satu brand yang aku yakin iaitu BOSCH. dua sebab je, satu sebab jenama, kedua sebab harga yang berpatutan.
|
wiper lama, jenama TOMCAT. beli kat carefour jer dulu
|
untuk makluman size wiper yang dicadangkan untuk persona ada 21 inci sebelah pemandu dan 19 inci sebelah penumpang. ada juga tips dari rakan-rakan kata kalau boleh ikutlah saiz yang asal, jangan guna saiz yang terlalu besar sebab dikhuatiri akan membebankan motor wiper sekaligus memendekkan hayat motor wiper kereta anda.
|
wiper jenama BOSCH. saiz 21/19 untuk persona |
|
ada spesifikasi di belakang packaging |
|
untuk cuaca tropika |
seterusnya, cara pemasangan wiper ini tidaklah serumit mana pun. di dalam packaging ini ada beberapa klip untuk model kereta yang berbeza.
|
ada tiga pasang klip |
|
wiper lama dan baharu |
klip yang sepadan dengan persona adalah yang berlabel "H27/9". klip ini mungkin berbeza mengikut jenama atau packaging masing-masing. kalau untuk BOSCH, inilah klipnya
|
klip H27/9 |
|
posisi klip dimasukkan ke lengan wiper |
sebelum korang masukkan klip ke lengan/arm wiper tu, masukkan wiper siap-siap dalam latch yang dibulatkan merah tu dulu yer.
|
wiper baharu sedia berkhidmat! |
untuk review penggunaan wiper ni aku tak boleh bagi lagi sebab cuaca masih baik setakat ni. nanti pas redah hujan aku bagi review yer. selamatttttt
Comments
1. Jenis Lap
2. Jenis tuang dalam bekas wiper spray
aku rasa jenis tuang tu senang lagi, tak perlu dah nak lap-lap depan cermin
tp rain X tak best ar, wiper jd jumping
jumping aja, srettttttttttt aku pancut. hahaha