DIY Wiper Baharu

assalamualaikum...

lama juga tak menaip, sibuk dengan urusan seharian ditambah lagi tak ada sebarang modifikasi/DIY pada kereta aku hehe. tapi tak per, sibuk-sibuk kali ini aku perasan la, wiper pada kereta aku dah teruk dah keadaannya, jadi sempena gaji yang ada baki ni, kenalah belanja sikit untuk wiper kereta.

wiper lama yang dah terkoyak..hehe

setelah melakukan beberapa survey, aku terpaku di sebuah kedai yang ada banyak pilihan. daripada yang boneless sampai lah ada frame, dari yang harga rm10 satu sampailah rm65 sepasang. maka aku pun pilih satu brand yang aku yakin iaitu BOSCH. dua sebab je, satu sebab jenama, kedua sebab harga yang berpatutan.

wiper lama, jenama TOMCAT. beli kat carefour jer dulu

untuk makluman size wiper yang dicadangkan untuk persona ada 21 inci sebelah pemandu  dan 19 inci sebelah penumpang. ada juga tips dari rakan-rakan kata kalau boleh ikutlah saiz yang asal, jangan guna saiz yang terlalu besar sebab dikhuatiri akan membebankan motor wiper sekaligus memendekkan hayat motor wiper kereta anda.

wiper jenama BOSCH. saiz 21/19 untuk persona

ada spesifikasi di belakang packaging


untuk cuaca tropika

seterusnya, cara pemasangan wiper ini tidaklah serumit mana pun. di dalam packaging ini ada beberapa klip untuk model kereta yang berbeza.

ada tiga pasang klip

wiper lama dan baharu

klip yang sepadan dengan persona adalah yang berlabel "H27/9". klip ini mungkin berbeza mengikut jenama atau packaging masing-masing. kalau untuk BOSCH, inilah klipnya

klip H27/9


posisi klip dimasukkan ke lengan wiper


sebelum korang masukkan klip ke lengan/arm wiper tu, masukkan wiper siap-siap dalam latch yang dibulatkan merah tu dulu yer.

wiper baharu sedia berkhidmat!

untuk review penggunaan wiper ni aku tak boleh bagi lagi sebab cuaca masih baik setakat ni. nanti pas redah hujan aku bagi review yer. selamatttttt


Comments

speedrider said…
Aku tambah satu benda lagi untuk hujan. RAIN-X

1. Jenis Lap
2. Jenis tuang dalam bekas wiper spray


aku rasa jenis tuang tu senang lagi, tak perlu dah nak lap-lap depan cermin
Rifaie said…
pengalaman aku dgn rain X ni, kalau yang lap tu kena apply betul2...tak kena gaya jadi kabur nnt.hehe...

tp rain X tak best ar, wiper jd jumping
speedrider said…
wiper jumping time effect dia nak habis. sebab tu aku pakai jenis campur dalam container wiper spray.

jumping aja, srettttttttttt aku pancut. hahaha
Rifaie said…
cun! mana beli? barapa harga
speedrider said…
aku beli kat brothers. nanti kalau jumpak aku tunjuk.
Kak Bunga said…
dapat berapa harga ni? kalau rm39 oke ke?
Rifaie said…
tak ingat la kak bunga, rasanya range tu jgk..
Unknown said…
Kat kedai auto parts boleh dapat rm20.. baru je beli tadi
Rifaie said…
nak murah, memang kena gi kedai alat ganti... biasa lebih murah dari kedai aksesori