assalamualaikum...
hampir seminggu seberang jaya tak ditimpa hujan lebat..malam tadi hujan, pagi tadi dapatlah peluang nak double check keadaan getah pada pintu kereta..nampak gaya masih bocor jugak.
|
sebelah pemandu |
|
sebelah penumpang |
geng, ada idea tak nak buat macam mana? :(
Comments
bro tebuk je sket lubang kt longkang getah tu supaya aliran air x melimpah ke dalam keta ..n air terus je lalu ke bawah getah tu sbb d bwah getah tu kn dh ada lubang std.
slmt mencuba k
1. alih getah pintu, pusingkan yang bahagian atas dipasang kt bawah, bahagian bawah dipasang kt atas. bukan terbalikkan getah tu. cuma tukar kedudukan dia je
2. check plastik dalam door trim, ada satu plastik jernih yang cover air dari tingkap luar masuk ke dalam keta, bukak je door trim dah boleh nampak. check kalau ada bocor / lubang / tertanggal dari frame pintu
3. extend getah outer frame, getah yang dkt hujung cermin bawah tu. kita tambah skit bagi panjang. y ni kena cari dulu getah yang sama saiz dengan kereta kita
https://www.facebook.com/zordaqmotorsports/photos/pb.205163306184863.-2207520000.1420787349./883378321696688/?type=1&theater
2. kalau tak berhasil, tengok getah pada frame pintu, tengok ada gap / koyak. kemaskan getah tu.
dua2 ini saja yang saya buat pada kereta, alhamdulillah, selesai
pasni nk operate vibration dlm dashboard plak.. huhu
pening...
https://www.youtube.com/watch?v=8zwYosQOyaI
haha jangan2 air ada bawah karpet tak? tak jumpa kesan basah ke?
https://youtu.be/RyrOhYOwVvs
aritu pintu belakang belah kiri dh tukar getah tgk mcm ok la..seminggu ni pintu dpn belah penumpang pulak...what the heck betul la!!!
masa ujan duk tunggu dlm kete nk confirm celah mana air masuk..
stress betul la..aku beli kete bkn motorbot...
1st time sejak 9 taun pakai.
1st time dia kene rehat 2 minggu.....
Sekali bukak pintu... Mak aih.... Mcm aquarium....
Sekali dia bagi suis pintu n cermin sume x fungsi.... Mungkin merajuk kot... Ni kasi settle dlu apemasalah suis ni.... Pastu nak cek tang mana air masuk....
alhamdulillah jumpa jugak forum perbincangan masalah ini dan saya terharu kerana saya tidak keseorangan. masalah ini muncul bila pada suatu hari saya masuk kereta karpet lantai basah. apa yang terlintas di fikiran saya , saya fikirkan masalah aircond, kemungkinan air aircond menitis ke dalam kereta. setelah memikirkan mengikut logik otak dan akal yg di beri, saya perasan, kereta saya tak bergerak pun, air di lantai semakin rancak bertakung. lantas saya mendapat konklusi kemungkinan air hujan memasuki celah2 pintu dan memandangkan kereta saya tak pernah parking bawah bumbung. sehingga saya diberi petunjuk satu hari saya drive di tgh ibu kota di temani hujan yang lebat, dengan mata kasar saya nampak air mengalir lincah dan rancak di bawah celah pintu pemandu.
setelah saya menyelidik perbincangan abang2 dan sifu2 di forum ini, saya dapat menyatakan ada beberapa solusi yang berkesan dan saya mungkin akan DIY sendiri mulai esok. bukan taknak hantar kedai, tapi budget lari memandangkan raya 2019 hampir tiba.
CARA PENYELESAIAN NYA :-
1. TEBUK LOBANG
Tebuk getah dibahagian bawah kereta kerana ada air bertakung, ni video dia https://youtu.be/RyrOhYOwVvs,
2. PLASTIK DOOR TRIM
check balek plastic transparent dan ada di dalam door trim, kena bukak door trim baru nampak plastik tu, dalam kes aku plastic tu mmg dah takde sbb orang kedai cabut sebab nak tambah speaker, aku pun okay je laa sebab ingtkan function plastic tu utk soundproof, tak expect plak air boleh masuk ikut celah tingkap terus ke dalam door trim.
3. GETAH PINTU
tampal balek getah di keliling pintu bagi rapat, kalau ada yang kurang boleh tambah, sbb aku perasan mmg ada kurang getah tu dia tak keliling pun, lagi satu aku perasan ada gap diantara pin getah tu dengan pin yang lain so boleh gam atau double tape bagi takde gap yang membolehkan air masuk.
4. TUKAR GETAH
yang ni ramai yang buat tapi jarang berkesan, ada juga yang berkesan tapi tak ramai so tak recomnded sangat sbb menggunakan kos. kalau kat SC dua pintu depan sahaja dah RM300 - RM400 tukar getah keliling.
5. LAST CHOICE
last choice hantar ke kedai, ada kedai KL AUTO dekat area glemarie shah alam dia boleh settlekan masalah ni, mungkin akan menelan kos sekitar RM400-RM600 ikut masalah yang anda hadapi, boleh rujuk video ni https://www.youtube.com/watch?v=8zwYosQOyaI . setelah meneliti video ni cara orang kedai tu buat mcm bagus sebab dia tampal balek plastic dengan plastic yang baru, dia cabut seat untuk keringkan balek lantai, check dan boleh hilangkan karat dekat lantai, guna chemical untuk hilangkan bau karpet lantai. tapi itulah ada kos yang agak tinggi.
terima kasih juga info dan maklumat yang diberi oleh tuan-tuan di atas.
so dengan kesempatan ini juga akan ingin menyatakan masalah2 lain persona yang dihadapi oleh diri saya sendiri :-
info :- PERSONA SV 2016 (LAST BATCH)
di antara masalah2 yang saya hadapi:-
sambungan di bawah........
mentol lampu saya cepat terbakar dalam setahun saya tukar dalam 3 kali dan masih terbakar.
solusi : saya tukar lampu HID yang terang gila babi, sampai sekarang takde padam2
range harga :- RM150-RM200 sepasang siap "balast"
2. OIL PUMP / FUEL PUMP
ni paling kurang ajar, oil pump problem kereta sadai tepi jalan terpaksa panggil towing angkut kereta, kena masa ni dalam tahun kedua menyirap jugak sbb kereta baru.
solusi : hantar kedai tukar oil pump baru tapi bukan original proton
range harga : RM350 | RM 700 (original proton), tapi saya pakai yang biasa punya sampai sekarang alhamdulillah okay.
3. BRAKEDISC DEPAN
tahun kedua brakedisc rotor tak rata, effect dia bila bawak laju then brake, paddle brake akan bergegar, kalau mcm ni tukar sepasang depan sahaja.
range harga : RM 350 - RM400 Sepasang depan siap brakepad baru
4. BRAKEDISC BELAKANG
tahun ke 3, brakedisc roto belakang plak buat hal, effect dia bila kita reverse menyeget dan tekan brake dalam masa yang sama, disc rotor akan mengeluarkan bunyi yang unik, bunyi dia mcm bunyi ikan paus mengawan, kuat gila babi, sampai kat karak pun boleh dengar.
range harga : RM 350 - RM400 Sepasang belakang siap brakepad baru, so secara technical nya aku dah tukar semua brakedisc baru.
5. STEERING KERETA
steering aku keluar bunyi yang nyaring bila balas untuk coner atau keluar simpang, bunyi tak kuat tapi dengar laa jugak, suspect steering rack tapi sampai sekarang bunyi lagi sbb hantar kedai pun dia pun pening tak tahu nak buat mcm mana.
solusi : takde
6. DASHBOARD PANEL
dashboard panel yang ada kt tengah tu, atas radio tu yang ada button hazard lamp, heater cermin belakang dengan alarm button tu, sampai sekarang problem, masalah tak tahu sebab apa, nak tukar baru pun mcm takde guna sebab benda masih berfungsi tapi bila lama2 dia jadi balek, cara nak hidupkan balek panel tu bukak radio, cabut skru panel tu keluar kan panel tu, tarik kabel putih belakang dia pastu masukkan balek, insyaAllah semua okay balek, tapi tu la tahan seminggu je lepas tu tak hidup balek. effect dia, hazard lamp dan heater cermin belakang tak berfungsi.
solusi : takde
7. BRAKE SENSOR
lampu "check engine" akan menyala di meter dashboard color kuning, aku pergi kedai sensor brake problem, then aku tukar terus alhamdulillah okay balek.
range harga : rm100 siap pasang (pasangnya pun kt bawah dashboard pemandu je)
8. SENSOR SEATBELT
lampu "seatbelt" kt meter dashboard akan menyala je walapun aku dah pakai seatbelt, tapi bunyi kalau tak pakai seatbelt masih berfungsi, cuma sakit mata bila nampak kt meter tu je
solusi : tak pergi kedai lagi sebab bukan masalah berat.
9. PANEL AIRCOND
panel aircond yang kt bawah radio tu yang ada tiga pelaras butang, masalahnya adalah aircond tiba2 hidup walaupun pelaras atas sekali tu aku dah set kan ke kiri sekali, sepatutnya aircond akan tutup tapi ni tak aircond akan menyala tiba2 secara kuat, tapi kadang2 sahaja bukan selalu
solusi : nak tukar tapi survey harga board panel tu agak mahal sekitar RM 300-400.
sambungannya di bawah.....
bonet belakang susah nak bukak pakai kunci. yang ni aku pergi SC terus sebab masa tu dalam warranty lagi, dia adjustkan balek tempat kunci kt bonet belakang tu, sampai sekarang okay.
range harga : free sbb takde tukar barang pun.
11. REMOTE KUNCI KERETA
yang ni paling pelik sebab kadang2 jadi kadang2 tak, battery remote mmg dah baru habis dah, tapi ada sesetengah kawasan kalau aku parking remote kereta tu susah nak function kena pusing satu kereta dulu tekan2 remote tu baru remote kereta ber function.
range harga : masih di dalam pemikiran
12. PINTU KERETA PENUMPANG BELAKANG
yang ni takde masalah pun tapi aku pelik, pintu kereta penumpang belakang tu mcm ringan daripada pintu di bahagia depan, effect dia bila orang lain naik kt belakang tutup pintu mesti tak rapat sebab takde momentum sebab pintu kereta tu ringan. nak kena hempas pintu tu baru rapat. takde masalah pun cuma pelik.
13. KESAN BONET
yang ni aku tak pasti korang ada alami ke tidak, tapi kereta aku kalau bukak papan kt tayar spare belakang tu akan ada nampak mcm kesan potong body, ada line straight pastu dia simen atau tampal sesuatu meterial warna kelabu, yang ni aku tak tahu sangat mungkin pakar lagi tahu, tapi aku musykil tu je laa tapi takde masalah pun.
14. DRIVESHARFT
ni baru jadi bulan lepas bila pulas steering ada bunyi "ketak, ketak" kat tayar depan, tanya sifu semua kata driveshaft rosak, so yang ni aku kena tukar cepat sebelum raya menjelma sebab kalau driveshaft dah hancur kereta mmg dah tak boleh jalan dan sadai laa jawabnya
range harga : RM330-RM350 satu driveshaft (untuk bahagian depan sepasang ada dua.)
15. WIPER
kereta persona kalau pakai wiper silicon mmg susah nak lap air kt windscreen depan, kena pakai wiper yang jenis besi lama tu baru bagus. tapi masalah dia dia berbunyi bila hujan lebat masa guna wiper, kalau hujan renyai senyap pulak, tukar baru pun sebulan jadi balek.
solusi : pelik dan musykil
konklusinya, aku agak terkilan jugak dengan proton punye product, dengan proton SC mmg tak yah cerita laa, aku first time beli kereta pakai duit sendiri last2 dapat mcm ni, hampir tiap bulan ada masalah, ada kelebihan dan kekurangan proton ni, tapi yang bodohnya bila dah tahu kekurangannya di mana, proton tak nak perbaiki dan amek ikhtibar.
member aku pernah cerita dia persona elegence tahun 2010 tak silap, pernah kemalangan sebab bedal kelopak air masa bawak laju, kereta terbabas langgar divider, kereta kalau tgk mmg teruk bahagian depan, tapi apa yang lagi teruknya kereta dia masa kemalangan tu satu airbag pun tak function. nasib member pakai seatbelt dan nyawa panjang lagi. harap2 benda ni tak terjadi kepada sesiapa dah.
setakat ini itu je aku nak kongsikan bersama kepada semua persona owner. kalau ada pape masalah yang sama kita hadapi dan ada solusinya boleh kongsikan bersama2. ilmu kita dikongsikan. minta maaf kalau ada salah dan silap di dalam perkongsian ilmu saya sebentar tadi. yang pasal pintu bocor masuk air tu aku kongsikan lagi solusi yang mana berkesan untuk aku, sekian terima kasih Assalamualaikum.
aku dah kaji dan dah jumpa cara penyelesaian nya
CARA2 NAK KESAN AIR DATANG DARI MANA?
1. bukak pintu, tutup tingkap, tuang air dari luar tingkap pintu dan tengok air masuk dari mana
2. dalam isu aku air mmg masuk dari tingkap tu masuk terus ke dalam PINTU !!!
SOALAN DIA KENAPA AIR MASUK KE DALAM KERETA KALAU AIR HANYA MASUK MELALUI DALAM PINTU.
jawapan dia adalah kerana air masuk ke dalam pintu dan terus keluar melalui gap panel dalam dan body kereta. dan juga air masuk melalui lubang speaker depan kat bawah tu.
SOLUSINYA
1. seal balek lubang speaker tu bagi takde ruang air utk masuk, aku pakai pelbagai jenis tape aku tampal kat lubang speaker tu. bagi yang ada speaker depan leceh sikit sebab kena buat elok2 sebab ada cable speaker, kena seal elok2 kalau tak dia terbukak balek.
2. jangan lupa tebuk lubang kecik kt getah bawah pintu tu, buat dalam 4-5 lubang sepanjang getah tu, size lubang buat laa dalam separuh kuku
ALHAMDULILLAH, setelah hampir 4 bulan selepas aku buat tu, satu air pun takde masuk dah.
semoga anda berjaya
- bila buka aircond, macam ada bunyi skru longgar dalam area dashboard.
Air bertakung di trunk kereta dah macam kolam terutama pada bahagian spare tyre dan terus ke kabin. Tak pasti ada connection ke tak dua2 masalah ni atau dua2 ni disebabkan oleh masalah yg berbeza.
Ada yang boleh cadangkan saya untuk buat apa? Saya ingat kalau dah tau nak buat apa saya nak tukar papan kat trunk belakang tu. Dah macam biskut celup dalam milo dah tu. Cuma tak tau nak beli kat mana and harga berapa. Terima kasih atas perkongsian anda semua!