assalamualaikum, mungkin ini entry terakhir untuk tahun 2011, apa-apa pun aku ucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua :) ok, dalam entry ni aku nak buat review berkenaan lampu projektor starline eagle eyes. kiranya ni review pertama dalam blog aku. terima kasih kepada sahabatku en wan3 yang memasang lampu ni, sebab aku sememangnya tak mampu nak memilikinya..hehe
ok, harga..kalau rujuk kepada laman web eagle eye di
http://www.eagleeyes-asia.com ada dua harga, iaitu harga retail RM699 dan harga online RM599. kalau beli online, penghantaran adalah percuma ke semenanjung malaysia sahaja.
seterusnya spesifikasi..terdiri daripada projektor untuk lampu rendah menggunakan bulb H7 dan lampu tinggi dengan bulb H1 serta barisan LED ala audi bertindak sebagai parking light atau lebih senang dikenali sebagai lampu kecil
|
packaging |
berikutnya adalah kerja-kerja pemasangan, bumper hadapan terpaksa ditanggalkan sebelum lampu lama dapat dikeluarkan. kerja-kerja pendawaian tidak sukar sebab kesemua sambungan adalah "plug and play" sahaja.
|
lampu lama... |
|
bumper diturunkan.. |
|
kerja-kerja menanggalkan lampu |
|
lampu lama selesai ditanggalkan |
|
Pemasangan lampu baru |
|
Selesai dipasang... |
|
lampu lama... |
prestasi? secara keseluruhan adalah memuaskan dan ternyata lebih baik dari lampu-lampu yang memiliki rekabentuk yang sama tapi daripada pengeluar yang lain. lampu-lampu ini dipasarkan pada harga lebih rendah daripada jenama eagle eyes tapi eagle eyes memberi lebih nilai kepada perbelanjaan anda dengan kualiti pencahayaan yang lebih baik.
|
lampu rendah, perhatikan cut off line lampu projektor |
|
lampu tinggi |
|
lampu rendah |
|
lampu tinggi |
cut off yang lebih baik daripada lampu-lampu keluaran pesaing lain, cahaya lebih fokus dan tidak berselerak sekaligus membantu penglihatan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
imej atau penampilan ditingkatkan dengan pemasangan LED sebagai parking light yang sekali pandang ala audi..lihat imej di bawah...
akhir sekali, sekadar peringatan terdapat model lampu seperti ini yang mendakwa ianya keluaran eagle eyes. sebagai langkah berjaga-jaga saya paparkan beberapa image untuk memudahkan anda mengenali lampu eagle eyes yang asli
|
tulisan jenama eagle eyes pada hadapan lampu |
|
pelekat hologram pada bahagian atas lampu |
|
pelekat jaminan dan nota penting pada bahagian bawah lampu..
|
sebagai rumusan, jenama eagle eyes memberikan anda pulangan lebih untuk wang anda, dengan tempoh jaminan yang lebih panjang serta kualiti pencahayaan untuk kereta anda. rekabentuk yang menarik dan mampu menaikkan imej kereta anda. sekian review saya...
Comments