assalamualaikum, sedar tak sedar dah setahun enam bulan aku memiliki proton persona elegance. last week waktu basuh kereta saja la aku belek semua metal joint kat kereta aku, nampaknya dah ada simptom-simptom kecil karat dan bocor pada kereta aku. aduh sedihnya, sampai sekarang aku masih berfikir nak cari penyelesaian kepada masalah-masalah ni.
isu pertama : bocor
dikenalpasti berpunca dari getah yang dipasang pada A-pillar agak pendek dan menyebabkan air yang turun dari bumbung atau bahagian atas pintu tidak dapat dialirkan dengan sempurna. aku perasan masalah ni berlaku waktu hujan lebat yang lama, air terlalu banyak akan bertakung pada getah bahagian bawah pintu sebelah dalam kereta, lalu melimpah dan masuk ke bawah karpet kereta.
ini punca dia, dari A-pillar, getah tu mungkin kena dipanjangkan sikit
air terus turun ke bawah
bertakung di bahagian bawah pintu.
perhatikan air melimpah masuk ke dalam kereta
mengakibatkan karpet kereta basah.
setakat ni aku tak pasti sama ada masalah ni berlaku pada persona lain, aku akan cuba rujuk dengan member-member kelab berkenaan isu ni. untuk sementara waktu mungkin aku akan cuba gantikan getah bahagian pintu atas tu supaya lebih panjang dan boleh alirkan air terus ke bawah panel fender. nanti aku akan kemaskini bila ada penyelesaian.
isu kedua : karat
ini mungkin kesan dari kebocoran air di bahagian pintu jugakla. rujuk pada foto dibawah.
bawah getah yang menakung air |
karat |
close up |
kat bonet belakang pun karat
boot hinge
lagi karat
ruangan bawah cermin belakang
kesimpulan daripada foto karat kat bahagian bonet ni mungkin disebabkan aku selalu parkir kereta di kawasan yang terdedah pada hujan dan panas. jadi menda ni kira normal pada aku, mungkin boleh mula kumpul duit untuk hantar cat agaknya. jadi kereta anda bagaimana?
Comments
yg psl karat tu,bkn ke tmpt2 tu sume dicover oleh anti-rust punye warranty?
1. alih getah pintu, pusingkan yang bahagian atas dipasang kt bawah, bahagian bawah dipasang kt atas. bukan terbalikkan getah tu. cuma tukar kedudukan dia je
2. check plastik dalam door trim, ada satu plastik jernih yang cover air dari tingkap luar masuk ke dalam keta, bukak je door trim dah boleh nampak. check kalau ada bocor / lubang / tertanggal dari frame pintu
3. extend getah outer frame, getah yang dkt hujung cermin bawah tu. kita tambah skit bagi panjang. y ni kena cari dulu getah yang sama saiz dengan kereta kita
http://firdausaleh.blogspot.com/2009/10/lantai-kereta-banjir-neo-owners.html
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=6498793443677829675&postID=7812143649277311021&page=1&token=1439183152489
dah tuka plastik dlm xp sama... korg buat cmne..?? benda settle x...??
tengok kat kawasan getah pintu, kalau hang siram ayaq ke cermin, plastik dalam pintu tu basah tak agak2?
Tgok.komen2 ats, ade bg beberape penyelesaian. Yang mane pling berkesan?
melawak je bro. nak shoot video? kena cari keta lain pulak, sebab keta saya tak leaking dah
@saniy
getah frame pintu? ada jual di kedai aksesori. kalau di butterworth, boleh beli di 99 accessories.
http://faieelegance.blogspot.my/2013/10/diy-door-gap.html