bermula extended warranty...

selepas selesai 50 ribu km servis, bermakna tamatlah jaminan standard persona elegance aku setelah dimilik selama 367 hari..cepatnya masa berlalu. cuma kereta tu masih belum pasti berapa lama akan trouble free, aku berdoa pada allah moga-moga tak banyak lah ragam keta tu..

servis hari ni, aku cuma wat minor servis tapi tukar brake pad dan servis brek belakang..braking fluid ngan gear oil pun aku ganti sekali. dan buat pertama kali kereta aku guna castrol magnatec..first impression, bunyi enjin kurang dan sedap..tp mgkn sbb minyak tu baru lagi. nnt lepas 10k km aku bg review sekali lagi la..beralih dari caltex havoline kepada castrol magnatec.


brake pad baru..trestor


dah siap pasang


servis sekali brake belakang


powered by castrol magnatec


Comments

Mie said…
Salam bro,

Apa beza standard dengan extendard warranty ??

aku agak konfius disini
Rifaie said…
standard ~ 2 thn atau 50k km, y mana terdahulu

extended ~ 5 tahun atau 100k km, y mana terdahulu

bermula ogos 2010, extended warranty proton tak offer dah