Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Info : Jam Persona 12 jam ke 24 jam?

Assalamualaikum
Ini antara soalan paling kerap aku dapat dari pemandu Proton Persona, kenapa ada yang jam dia 12 jam dan ada yang 24 jam punya format. 
Lama dah nak kongsi info ni, tapi selalu terlupa, jadinya dalam entri ni aku kongsi macam mana nak tetapkan format masa pada jam meter pemuka.
Tengok pada meter pemuka, ada dua butang untuk adjust setting. Kalau nak tukar format jam, tekan butang kanan untuk beberapa ketika sampai paparan jam bertukar jadi 0:00 atau 00:00. 
Kalau jam anda sekarang format 12 jam, dia akan bertukar ke 00:00 dan begitu juga sebaliknya.
Cuma satu peringatan sahaja, setiap kali format jam ditukar, jam mesti ditetapkan semula hehe.
Selamat mencuba!



Engine Persona Berbunyi...

Assalamualaikum

Selamat membaca entri ke 100 blog ini hehe.

Tapi kisah yang saya nak kongsikan ni kisah yang agak menyayat hati. Nak tahu kenapa? Kena dengar dari rakaman youtube bawah ini dahulu.




Bunyi tak tak yang anda dengar tadi tu saya rakam kurang lebih seminggu lepas ia berlaku. Bunyi yang mulanya agak perlahan kemudian semakin kuat. Saya kongsikan di FB, macam-macam respon saya dapat. Antaranya:
1. IAFM rosak 2. Kena adjust tepet 3. Extractor retak / bocor 4. Connecting rod bearing bunyi 5. Minyak enjin hampir kering

Berdasarkan kepada respon yang diterima, saya buat pemeriksaan ringkas. Hasilnya, tekaan kelima tu betul. Minyak enjin dah kering pun sebenarnya, saya boleh kata hampir tiada langsung. Padahal minyak enjin baru saja diganti tak sampai dua minggu.


Saya jenguk ke bawah kereta, sah! Memang ada kebocoran. Kalau dilihat pada foto, memang ada tompokan minyak pada tanah. Kalau tengok pada oil sump pun ada juga. Cuma kurang jelas sebab minyak masih baharu dan jernih.

Esok pa…