Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

DIY Swap LED Board lampu belakang Persona Elegance

Assalam...
Siapa pernah baca entri sebelum ini http://faieelegance.blogspot.com/2013/01/diy-ganti-led-module-lampu-belakang.html. Ini perkongsian yang hampir serupa cuma berbeza sedikit sahaja hehe.
Kisahnya bila satu lampu LED yang aku beli rosak, lampu brek tak menyala. Dalam mencari LED board dari rakan-rakan, aku cuma dapat yang sebelah kanan, sedangkan yang rosak sebelah kiri. Selepas berfikir panjang, aku rasa aku nak cuba swap juga walaupun bukan secara plug and play.

Mula-mula tanggalkan dua sambungan wayar punca kuasa dan ground seperti dalam bulatan. Jangan lupa cabutkan soket 3 pin dari housing LED juga.


Swap board macam biasa, jangan risau bab sambungan wayar sebab saiz pin berbeza jadi anda mudah kenal mana sambungan yang betul. Insya Allah takkan silap pasang.
Kerja seterusnya cari jalan untuk pasang board pada housing LED. Harus diingat, tak boleh plug and play sebab bukan dari jenis yang sama, yang rosak kiri, yang dipasang semula sebelah kanan. Jadinya aku pasang mac…

Oil Sump leaking dan enjin overheating

Assalam dan bertemu kembali.
Ini kisah sedih, sangat tidak disangka-sangka dalam mana kereta aku menginjak ke usia 5 tahun pada bulan ini dan mileage hampir mencecah 200,000 km.
Sepatutnya servis kali ni jadi rutin biasa untuk persona aku. Cuma seminggu sebelum aku datang servis suhu enjin ada masa jadi agak tinggi dan hampir mencecah zon merah. Simptom agak pelik sebab berlaku masa aku idle atau sangkut dalam kesesakan, suhu akan naik, kemudian turun balik dalam masa seminit dua, berlaku berulang-ulang.
Jadi kali ini kena servis macam biasa, ganti minyak enjin dan check kenapa suhu enjin jadi naik turun.

Aku pun tetapkan janji temu macam biasa di worskyop kegemaran aku, Nusantara Auto Garage sabtu lepas. Masuk saja service bay, kereta dinaikkan, terkejut aku bila tengok lelehan minyak enjin disekeliling oil sump dan bertebaran sampai ke suspensi kereta. Nampak memang kritikal.




Sebelum apa-apa pun ini minyak enjin pilihan kali ini, terus dari Jepun hehe. Brand Suzuka. Untuk semi sint…

DIY Lampu belakang Persona Elegance dengan harness Non-Elegance

Assalam, DIY sekali lagi. Kali ini kita buat versi rojak. Lampu belakang persona elegance dengan harness lampu persona pre-elegance hehe.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah, sepasang lampu elegance, sepasang harness lampu pre-elegance atau non-elegance, black tape, tork screw saiz 20 serta 10, dan wire stripper.
Maaf yer, foto senget, blogspot ni tak ada option untuk rotate foto.
Mula-mula kita kena buka lampu untuk keluarkan board LED, board ni disambung ke harness menggunakan soket 3 pin, memandangkan harness kita tak ada soket tu, jadinya kita akan potong soket tu dan buat sambungan terus.



Soket ini terpaksa dipotong. Begitu juga dengan soket lampu brek di harness. Cara nak kenal soket mana yang kena dipotong, soket bulb tu ada tiga wayar berwarna hitam, hijau dan hijau berjalur putih.
Selesai dipotong, kita akan sambungkan wayar antara board LED dan harness. Di board LED ada tiga wayar berwarna merah, hitam dan hijau. Di harness pula ada tiga wayar berwarna hitam, hijau dan hijau…