Persona...Terpesona

Saturday, November 22, 2014

Preve Manual Transmission Gear Knob

Assalam semua, entri kali ni berkaitan dengan satu perkakas dalam kereta yang wajib kita pegang setiap kali memandu, gear knob hehe. Memandangkan umur kereta yang semakin meningkat, biasalah alatan "tear and wear" akan menjadi lusuh dan tak menarik dipandang. Sampai masa kali ni, gear knob perlu diganti.

Sebenarnya ada banyak pilihann gear knob, sama ada ganti dengan yang asal, atau beli dari kedai aksesori yang bermacam bentuk dan warna atau dapatkan dari model lain. Memandangkan gear knob yang aku guna sekarang asalnya dari Gen2 CPS, kali ni aku ganti dengan model Proton yang lain, iaitu dari model Preve. 

Untuk rekod, model Preve ni berkongsi part number nya dengan model Iriz juga, untuk spec Executive dan Premium, kalau spec standard bentuknya pun sama cuma berbeza dari finishing untuk indicator gear, dia bukan piano black finishing macam model Preve.


Macam mana boleh terbeli? Hehe kisahnya aku ke Proton Parts Centre nak cari lampu kereta adik aku, sudahnya aku pula terbeli barang. Harga knob adalah lebih kurang RM60, agak mahal bunyi tu. Tapi memandangkan knob aftermarket pun harga dalam lingkungan RM40 - 50, aku rasa agak berpatutan kerana ini knob original dari Proton. Boleh dapat lagi murah dari kedai alat ganti bukan Proton, tapi susah nak jumpa, biasanya diorang akan cadangkan kita beli di kedai aksesori.


Jadi sebelum dipasang, inilah rupanya dari sisi, atas dan hadapan, bentuk ringkas dan menarik. Tapi subjektif la kalau bercakap hal rupa ini, lain mata, lain perhati kan.




Selepas pemasangan inilah rupanya di batang gear, nampak agak elegance pada aku. Hehe grip oklah dengan material, tak panas bila kereta dijemur bawah mentari, dan tak licin, rasa kesat.




Gear knob lama? Kondisi agak lusuh. Dah lama dah guna, adalah lebih kurang 90k km macam tu. Manual pulak tu, memang keraplah disentuh tangan. Tapi stiching merah pada knob masih dalam keadaan baik, rasanya ini lebih tahan lasak daripada gear knob asal Persona.



Patut ke korang ganti? Apa pun bergantung pada citarasa dan bajet. Aku sebab berkenan knob ni masa pandu uji Proton Iriz hari tu. Rasa selesa dipegang, grip pun kemas. Sebab tu aku pilih model ini. Apa pun terpulang pada citarasa dan bajet masing-masing hehe.