Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Enjin personaku berbunyi....

Assalam,
Kalau nak dikira, kurang lebih lima tahun aku memandu kereta aku, tak pernah lagi kedengaran bunyi pelik dari enjin. Jangankan IAFM, teppet pun elok je diamnya. Alkisah di satu malam yang hening, masa tu aku nak keluar makan malam, hidup saja enjin kereta, aku terdengar bunyi ni.


Masa tu apa lagi, kelam kabut matikan enjin. Terus buka bonet, dah macam doktor dah, semua dibelek, semua ditekan, semua diketuk-ketuk. Tapi bunyi tak hilang juga. Bunyi seolah macam ada skru yang tertanggal dalam enjin kereta, makin pedal minyak ditekan, makin rancak bunyi tu. 
Memandangkan aku tak ada pilihan selain menyerahkan kepada yang pakar, maka kereta terus dihantar ke Nusantara Auto Garage. Dah jadi bengkel panel untuk kereta aku dah memandangkan formennya yang berpengalaman membaikpulih model keluaran Proton.


Mula-mula sekali cover atas engine dibuka, pemeriksaan di sekitar kawasan enjin dan IAFM. Tak ada benda yang longgar atau tertanggal ditemui

Kemudian di sekitar timing belt, sama, ta…