Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

DIY : CCFL angel eye

Assalamualaikum
Diy kali ini tak berapa detail sangat sebab dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan bukan pada kereta aku, aku bantu rakan aku buat pada kereta dia. 
Mula-mula sekali kena blacken kan lampu dia dulu, sebab lampu yang digunakan diambil dari model persona 2007. Untuk kaedah blacken lampu, boleh rujuk link ni http://tacra.blogspot.com/2010/09/smoked-headlamp-gen-2.html
Okeh, apa yang kena ada? Dua pasang CCFL ring, cat flat black, acrylic double sided dan black tape.

Ini selepas cover jernih depan dibuka dan reflector ditanggalkan
Reflector sebelum dicat



Selesai dicat
Digalakkan guna high temperature paint, ambik flat black. Aku guna brand Samurai, memang famous brand ni, boleh cari di kedai motosikal hehe.


Pasang semula reflector dengan cermat, jaga-jaga jangan tertinggal cap jari hehe. Jangan lupa skru semula reflector tu.


Okeh langkah-langkah memasang ring, saiz yang digunakan adalah 9cm untuk lampu isyarat dan 12cm untuk lampu besar. Pasang dengan cermat sebab ring CCF…

Major Servis 2 : Timing belt

Assalamualaikum,

Pertama sekali aku minta maaf sebab tak dapat nak tunaikan janji untuk buat servis major timing belt di Proton atas alasan kekangan bajet dan masa. Namun, aku buat di sebuah bengkel dan aku memang cadangkan kepada sesiapa yang tinggal berhampiran untuk cuba bengkel ini. Review berdasarkan link http://faieelegance.blogspot.com/2014/09/review-bengkel-nusantara-auto-garage.html

dua link yang berkaitan sebagai rujukan
http://faieelegance.blogspot.com/2012/05/akhirnya-servis-80k-km.html
http://faieelegance.blogspot.com/2014/08/major-servis-kembali-kedua-kalinya.html


Ok, mengikut tertib yer. Mula-mula nak ganti minyak enjin, naik saja kereta ke ramp, angkat ke atas, terus terkejut tengok penapis minyak jadi macam ni. Barangkali dah tersumbat sebab kali terakhir minyak enjin diganti adalah lebih kurang 25k km yang lepas. Kalau korang tanya kenapa pakai sampai 25k km, jawapan paling jujur aku boleh bagi adalah kerana kesempitan bajet hehe. Jadi pastikan penapis minyak diganti s…

Review Bengkel : Nusantara Auto Garage

Assalamualaikum

Kali ni entry yang pertama kali dibuat, review bengkel hehe. Asalnya aku nak buat major servis timing belt di Proton, tapi memandangkan rakan-rakan rekomen untuk cuba bengkel ni, maka aku cubalah juga. Kalau yang biasa dengan Taman Kelasah, Seberang Jaya, mesti pernah nampak Pusat Servis SM Nusantara, kedudukannya tepi Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang, juga bersebelahan Hospital Seberang Jaya.
Awal tahun ni kalau tak salah aku, bengkel ni berpindah ke lokasi baharu, Wakaf Setee Aishah. Aku kongsikan foto dari Google Maps, tapi masa ni bengkel belum siap lagi hehe. Lokasi tepi PLUS susur keluar Seberang Jaya arah selatan. Landmark paling popular, Jeruk Madu Pak Ali. Koordinat boleh rujuk foto di bawah.

Okeh, sebelum semua keliru nanti, aku jelaskan dahulu, bengkel ini asalnya pusat servis yang dilantik Proton, namun kini telah beralih menjadi bengkel bebas. Makanya bukan sekadar model Proton sahaja, model selain itu pun boleh masuk. Jangan gelak kalau aku kata nak …