Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Major servis kembali! Kedua kalinya timing belt personaku.

Assalam, selamat sejahtera.
Menyepi agak lama kali ini, mungkin sebab cik Persona tak ada masalah kut hehe. Tapi nampaknya dalam seminggu dua ni memang nak telan duit gaji dengan kadar yang agak banyak sebab nak kena ganti "timing belt" untuk kali kedua. 
Macam biasa, kena merancang bajet dahulu, jadinya siang tadi aku ke Pusat 3S Proton di Juru Autocity untuk dapatkan sebutharga kerja-kerja mengganti "timing belt". Kalau ada yang masih ingat posting yang terdahulu untuk servis "timing belt" semasa mileage 80k km.
Link di sini - akhirnya-servis-80k-km
Jadi kali ni kita buat perbandingan kos servis untuk dua tahun lalu dengan tahun ini. Secara kasar memang ada penurunan kos yang agak besar, dan ada beberapa item yang dijadikan optional bukan lagi wajib.

Ok, foto yang di atas ni sebutharga baharu yang aku dapat dari Proton. Ada dua kos di situ, satu RM 552.60 dan satu lagi RM 802.45. Perbezaan lebih kurang RM 250.00.
Ok sekarang kita tengok senarai kos yan…