Persona...Terpesona

Sunday, March 16, 2014

DIY : Ganti bateri kunci "central locking"

Assalam semua. Entri DIY kembali lagi hehe. Satu ciri-ciri standard bagi semua model Persona adalah kunci sepusat (central locking). Sistem ini membolehkan kunci kenderaan dibuka dari luar secara kawalan jauh "remote". Namun, dari masa ke semasa, bateri yang digunakan untuk sistem ini akan menjadi lemah dan kehabisan kuasa. Antara simptom yang dikenalpasti menjadi keperluan untuk menggantikan bateri adalah :


  1. Central locking gagal diaktifkan melalui kunci
  2. Jarak yang lebih hampir diperlukan untuk mengaktifkan central locking
  3. Sistem penggera tiba-tiba berbunyi selepas kereta dikunci beberapa ketika

Oleh itu, anda perlu menggantikan bateri di dalam kunci. Saiz bateri adalah saiz CR2016, boleh didapati di kedai-kedai kamera ataupun kedai jam. Harga bergantung kepada jenis dan barangkali lokasi kedai juga. Saya memperoleh bateri pada harga Rm10 seunit, dan anda memerlukan dua keping bateri bersaiz CR2016.



Cara membuka kunci, terdapat satu skru di bahagian belakang, buka dengan cermat dan pisahkan bahagian "faceplate" dan "backplate".




Seperkara yang perlu diberikan perhatian khusus, pastikan cip "immobilizer" tidak tertanggal atau hilang. Sekiranya halang, anda tidak akan dapat menghidupkan kereta anda, cip ini terletak di lokasi backplate sebelah bawah. Rujuk foto di bawah untuk lebih maklumat. 


Seterusnya ganti bateri anda, keluarkan yang lama, masukkan yang baharu, pastikan bahagian terminal positif menghadap ke atas untuk kedua-dua set bateri tadi. Setelah dipastikan pemasangan anda kemas, baharulah dipasang semua kedua-dua "faceplate" dan "backplate" kunci bersama, kunci dengan kemas dan ketat. Pastikan juga immobilizer berada di lokasi asal kunci.



Akhir sekali, uji pemasangan anda pada kereta anda. :)