Persona...Terpesona

Wednesday, May 22, 2013

Alkisahnya filem penapis cahaya (tinted)

assalamualaikum,

modifikasi ke atas kenderaan persendirian sememangnya menarik dan biasanya kita melakukan sebagai kepuasan diri. ubahsuai ringkas yang sering dilakukan pemilik adalah pemasangan pelekat penapis cahaya (tinted).

tinted terdiri dari pelbagai warna dan tahap penapisan. antara spesifikasi utama yang dilihat biasanya tahap penembusan cahaya (visible light transmission VLT) dan tahap penolakan infra merah (infra red rejection IRR). faktor-faktor ini mempengaruhi kualiti dan harga tinted. semakin tinggi kualiti, semakin mahallah tinted itu, apatah lagi jika disertakan bersama ciri-ciri anti pecah dan kecurian.

namun begitu, di negara ini, terdapat garis panduan khusus untuk pemasangan tinted. menurut halaman JPJ tinted diukur pada tahap VLT. untuk cermin hadapan dan belakang tahap VLT adalah 70% manakala sisi adalah 50%. ini bermakna anda hanya boleh memasang tinted yang kadar gelap atau penolakan cahaya sebanyak 30% pada cermin hadapan dan belakang dan 50% untuk cermin sisi.

dijadikan kisah, sahabat saya ditahan oleh JPJ kerana disyaki menggunakan tinted yang tidak mematuhi spesifikasi. maka notis arahan pemeriksaan telah dikeluarkan oleh JPJ mengarahkan kenderaan terbabit dihantar ke unit automotif untuk pemeriksaan JPJ.



dua foto di atas diambil sewaktu pemeriksaan pertama dengan tinted masih dipasang, keputusan ukuran menggunakan mesin mendapati tahap VLT di cermin sisi hanyalah 39% manakala di bahagian cermin belakang 41%. JPJ mengarahkan agar tinted ditanggalkan dan diperiksa semula. dua pilihan diberikan, tinted ditanggalkan terus pada hari itu, atau ditanggalkan di luar dan dibawa semula untuk diperiksa. saya memilih untuk membawa pulang dan menanggalkan di kedai luar sahaja.


selang beberapa hari, saya kembali ke JPJ untuk pemeriksaan kedua. kali ini cermin bebas daripada tinted. namun demikian hasil ukuran menggunakan alat khas menyukat VLT mengejutkan saya. keputusan di cermin belakang dan hadapan menunjukkan 76% VLT, bukannya 100%.

saya merujuk dengan beberapa orang sahabat, rata-rata memberikan pendapat mungkin cermin standard persona sudah dilengkapi penapis UV menyebabkan nilai VLT menurun ke tahap 76%. 



berita kedua menambah episod kejutan, walaupun kenderaan telah dibawa untuk pemeriksaan dan lulus selepas kali pertama, saman tetap dikeluarkan atas sebab pemilik kenderaan telah ingkar notis. ini kerana kelewatan kenderaan dibawa untuk pemeriksaan, saya telah memberikan alasan kesibukan kerja sebagai punca kelewatan.


atas alasan saya, saya diminta menunggu di bilik temusiasat untuk bertemu dengan ketua jabatan siasatan dan menerangkan sendiri alasan saya. Alhamdulillah, setelah berpuas hati dengan penjelasan saya, saman ditarik balik. saya secara terus bertanya kepada beliau spesifikasi tinted yang diluluskan oleh JPJ.

beliau menjelaskan JPJ tidak pernah memperakukan mana-mana jenama tinted sebagai sah atau mematuhi spesifikasi. namun beliau mencadangkan mana-mana pemilik kenderaan yang berhasrat memasang tinted dan selaras dengan spesifikasi JPJ agar membawa sampel tinted pilihan ke unit automotif untuk pemeriksaan terlebih dahulu. sekiranya lulus, baharulah dipasang pada kereta.


alhamdulillah, akhirnya pemeriksaan memuaskan dan aku dibenarkan pulang tanpa dikenakan saman. aku sertakan pautan ke laman sesawang JPJ untuk rujukan bersama

http://www.jpj.gov.my/web/guest/pemasangan-cermin-gelap




Bumbung Suria! (sunroof)

assalamualaikum, rasanya ini post yang paling meriah dengan foto. bezanya, kali ini bukan foto kereta aku, tapi kereta sahabat aku en ridzuan. alhamdulillah murah rezeki beliau maka beliau bercadang nak pasang bumbung suria aka sunroof, setelah dua tinjauan di dua buah kedai di jalan kebun sireh, bkt mertajam dan kulim, kedah, akhirnya keputusan dibuat untuk memilih Sky King Body Car di jalan kebun sireh, bkt mertajam.

pemiihan dibuat atas beberapa faktor, yang pertama kerana harga, kedua pilihan sunroof yang pelbagai dan ketiga kerana yakin dengan kualiti kerja kedai ini yang berpengalaman lebih 12 tahun memasang sunroof. 

Sky King Body Car di Jalan Kebun Sireh

Kereta en Ridzuan, sedia untuk 'dibedah' :P

pemandangan dari hadapan kedai


inilah bumbung sunroof yang dipilih, dari model audi a4 tahun 2001 kalau tak salah aku. audi a4 generasi kelima (B5). faktor pemilihan model ini kerana cerminnya boleh diselit ke bawah bumbung, lebih kemas juga kerana di bawah bumbungnya, penuh dengan lampu hehe

Operasi pertama : keluarkan kerusi hadapan

dan tempat duduk di bahagian belakang

karpet bumbung juga ditanggalkan

rangka sunroof audi a4

seterusnya, kerja-kerja memotong bumbung

selesai pemotongan


bumbung asal persona, ditekap di atas bumbung audi untuk mendapatkan potongan yang sesuai untuk dikimpal pada bahagian bumbung persona yang telah ditanggalkan. 

kerja-kerja memotong bumbung audi setelah disukat

selesai pemotongan


untuk makluman, di antara A dan C pillar, ada dua rangka bumbung, kedua-duanya terpaksa dipotong untuk memberi laluan kepada rangka sunroof. 

selesai pemotongan rangka tengah bumbung

bumbung audi a4 dipasang pada persona

sebelum dikimpal

kerja-kerja mengimpal

teknik kimpalan : spot weld

lapisan undercoat dipasang untuk mengemaskan kimpalan

kerja memasukkan rangka sunroof

selesai diskru pada bumbung

pandangan daripada luar

pandangan dari bawah bumbung

kerja-kerja pendawaian


ini adalah getah saluran dipasang pada keempat-empat bucu sunroof, fungsinya adalah untuk mengalirkan lebihan air yang masuk sekiranya getah pada cermin sunroof telah bocor atau rosak. getah di bahagian hadapan dialirkan keluar terus melalui A pillar, manakala di belakang melalui C pillar terus ke bonet belakang

pemasangan getah paip

pendawaian selesai

step satu, sliding ke bawah bumbung

step dua, bukaan belakang


seperti di awal saya coretkan tadi, audi sememangnya pemurah dengan lampu bumbung, foto menunjukkan lampu untuk penumpang belakang. di hadapan anda akan dapat lampu membaca dan lampu dalaman.

kerja-kerja penyediaan karpet bumbung

cubaan untuk fit pada bumbung


untuk karpet bumbung, karpet audi dan persona dicantumkan bersama. karpet audi di bahagian tengah manakala persona bertindak sebagai bahagian sempadan karpet.

kerja-kerja menyukat

cubaan kedua, dipasang bersama karpet persona

kemasan dari audi di sekeliling sunroof

kerja-kerja membalut karpet bumbung

karpet sedang dipasang

padangan dari tempat duduk penumpang belakang

kemas 

door handle persona digunakan semula

lampu bahagian penumpang hadapan bersama alat kawalan sunroof

lampu penumpang belakang

selesai sudah fasa satu :)


fasa berikutnya adalah kerja-kerja mengecat kembali bahagian bumbung yang telah dipasang dengan bumbung audi. di sky body king, khidmat mengecat tidak disediakan maka kami terpaksa memilih kedai lain pulak. Joo Lian Paint Shop, tempat saya mengecat persona lotus saya menjadi pilihan

Sebelum dicat

Selepas dicat

beraksi di jalan raya!

kos keseluruhan memasang sunroof adalah RM2100.00. kos pemasangan beserta karpet adalah sebanyak RM1700.00 dan bakinya untuk mengecat kembali bumbung kereta.