Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Pertama kali di luar pusat servis proton...

assalamualaikum...
agak lama juga tidak menulis, bukan apa, tidak ada apa-apa yang aku lakukan pada kereta, jadi kering modal lah sekejap. hehe kali ini aku nak kongsi pengalaman servis di luar proton. kalau yang mengikuti blog ni dari awal mesti dah tahu, aku ni memang setia dengan pusat servis proton. tapi sejak 110,000km di proton, aku rasa dah sampai masa aku servis di luar.
antara sebab aku servis kat luar ni, yang pertama atas sebab kos, kos di luar lebih rendah di proton, bukan kos pada alat ganti tulen, tapi pada kos upah kerja. proton secara umum memang agak tinggi berbanding bengkel di luar. yang kedua berkenaan masa kerja, untuk servis major di proton, aku kena buat janjitemu dahulu, dan masa yang diambil dari mula check in di proton untuk masuk ke service bay pada aku agak lama, walaupun masa untuk servis kereta tu tak lah terlalu lama, jadi banyak masa terbuang dengan menunggu, tambahan pula kerja aku memang memerlukan kereta. dan ketiga inilah faktor utama aku servis de…