Persona...Terpesona

Monday, October 22, 2012

Info : Servis 100,000 km dan "recall" untuk Persona Elegance.

assalamualaikum semua,

alhamdulillah, dah ada rezeki lebih sikit, aku dapatlah belanjakan untuk service 100,000km. sebenarnya masa servis ni, mileage pun dah terlajak lebih 5,000km. aku pun tempah slot servis pada hari sabtu lepas dan bawa kereta ke 3S Juru Autocity.

kebetulan terserempak dengan rakan sekelab

ok, secara kasar anggaran kos servis untuk persona manual lebih kurang rm540 seperti mana quotation daripada SC, upah sahaja mencecah 150.00 sebab servis ni dikira servis major. antara yang disenaraikan adalah :


  1. minyak enjin
  2. minyak gear
  3. oil filter
  4. oil drain gasket
  5. air filter
  6. antibac
  7. x1r engine treatment
  8. blower and aircond filter service
  9. compressor oil service
  10. brake fluid
  11. coolant fluid
  12. labor


sopan tak kereta saya? hihi
jadi, lepas kira-kira lebih kurang, aku pun skip kebanyakkan benda atas sebab-sebab munasabah.hehe. berikut adalah senarai yang aku skip:


  1. antibac; rasa tak perlu
  2. x1r engine treatment; memang tak pernah guna
  3. blower and aircond filter service; aku boleh DIY
  4. compressor oil service; compressor masih berfungsi dengan baik dan senyap
  5. brake fluid; aku akan buat masa ganti brake pad nanti
  6. coolant fluid; masih hijau jernih plus baru je flush masa ganti water pump @ 85k km

 jadi kos dikurangkan daripada rm540.00 ke rm280.00 termasuk upah dan cukai...

barang yang aku ganti
ok, ini info penting, proton ada lakukan recall pada model persona elegance yang berkaitan dengan kemasan pada radiator, iaitu pemasangan padding pada radiator untuk elakkan sentuhan dengan bahagian plastik yang memegang kipas radiator. kalau ada yang masih ingat ada post berkenaan isu ni pada ogos 2011, post : radiator padding. Post ni membincangkan isu padding ni, selepas lebih setahun akhirnya ada recall untuk masalah ini, dan peringatan untuk semua, kos pemasangan padding ini adalah ditanggung oleh pihak proton dan ia percuma untuk anda. cuma dalam kes aku masa ogos 2011 ni, aku diminta untuk bayar

radiator padding untuk recall

foto di atas menunjukkan bentuk radiator padding yang dipasang di antara radiator dan fan housing, untuk foto selepas dipasang korang boleh refer link radiator padding yang dalam perenggan di atas. kos untuk padding ni lebih kurang rm13 dan ditanggung oleh proton.

spark plug OEM selepas 50,000 km

memandangkan aku ni bukan orang yang menekankan prestasi untuk pemanduan seharian, aku setia dengan palam pencucuh asal dari proton, jenama NGK. inilah keadaan palam pencucuh aku selepas lebih kurang 50,000 km perjalanan di dalam enjin, nampak karbon tu ada, tp tak teruk sebab tak ada minyak di sekitar palam pencucuh.

dah penuh dah buku servis
selesai servis, aku perhati pada pelekat servis pada cermin kereta, ada satu keganjilan pada jarak perbatuan untuk service berikutnya, untuk makluman sekiranya anda menggunakan minyak enjin semi sintetik biasanya proton akan letak service berikutnya pada 5000km seterusnya, tapi kali ini diorang letak 10,000km pula. aku rujuk pada pegawai di kaunter, diorang sahkan minyak semi sintetik kitaran service adalah pada 10,000km bukan lagi pada 5000km. kesimpulannya, selepas ini tak payah lah bawak kereta untuk service 15k, 25k, 35k, 55k dan seterusnya dah.


Wednesday, October 3, 2012

Coretan 100,000 km perbatuan...

Assalamualaikum,

Setelah memiliki persona selama dua tahun empat bulan, akhirnya persona aku mencecah 100,000 km perbatuan (mileage). Rasa gembira dan senang sebab persona aku sangatlah kurang kerenahnya dan masalah. Ramai sahabat yang bertanya, pendapat aku tentang persona setelah 100,000 km. Jawapan aku? 

  1. Setup kereta masih dalam keadaan asal kecuali ditukar rim dan tayar
  2. Aku masih servis kereta aku di pusat servis proton
  3. Cuma pernah buat tuntutan jaminan dua kali, satu untuk "auto tensioner" dan "air vent" tengah kereta sahaja.
  4. Tidak ada modifikasi pada asas enjin kecuali pada bahagian ekzos.
  5. Tiada alatan prestasi (performance parts) yang dipasang pada kenderaan.
  6. Tiada masalah tingkap kuasa
  7. Tiada bunyi-bunyi "rattling" pada dalaman dan luaran kereta
  8. Pengendalian masih terbaik, suspensi juga masih mengekalkan keselesaan pemanduan
  9. Lampu-lampu, indikator, dan aksesori masih berfungsi dan berkeadaan baik
  10. Mudah cerita, hampir "zero problem" kecuali daripada dua tuntutan jaminan yang dinyatakan awal tadi




 

Ketika coretan ini ditaip, kereta aku dah mencecah 105,000 km perbatuan di jalan raya, masih gagah, masih selesa dan masih berkuasa seperti dahulu. Aku bangga memiliki satu produk keluaran tempatan seperti proton persona aku. 

Mula dari saat ini, aku sudah bersedia untuk menghadapi sebarang "major breakdown". Sekiranya berlaku, akan aku coretkan di sini sebagai rujukan kita bersama. I love persona!!!