Persona...Terpesona

Tuesday, August 28, 2012

Iktibar buat semua...

assalamualaikum, 

syawal baru-baru ini aku menerima satu SMS dari sahabat aku yang kecurian kereta miliknya pada petang akhir ramadhan. apa yang mampu aku lakukan hanyalah sekadar mendoakan kebaikan beliau dan keluarganya serta berharap agak kenderaan itu ditemui kembali. harap-harap posting di sini dapat membantu menyebarkan tentang kejadian ini dan dijadikan iktibar buat semua.



berikut aku kongsikan pautan ke blog beliau... Post : batang-hidung-sendiri

Wednesday, August 22, 2012

Salam MerdekaRaya!!!!

assalamualaikum semua...

maaf dah lebih dua bulan tak ada post baru berkenaan persona. Insya Allah dalam bulan September aku akan cuba mulakan balik posting untuk blog ni. sempena syawal yang menjelang ni, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca, followers, tak lupa pada rakan-rakan kelab dari NPOC, PPEOC, PPOC, PNC dan semua yang mengenali aku dan kereta ku. Juga salam kemerdekaan ke 55, insya Allah persona aku akan beraksi di sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri pulau pinang pada 31 ogos ni, kalau rasa-rasa nak jenguk tema merdeka persona aku, jemputlah ke padang kota 31 ogos ni..hehe

MERDEKA!!!!