Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

DIY Bomb Sticker

Assalamualaikum...

bosan-bosan hari ni, seorang sahabat ajak ke kedai sticker, nak beli bomb sticker katanya. Akhirnya pilihan dibuat, alih-alih dimintanya aku untuk pasangkan pada kunci kereta dia. Aku pun tak berapa nak cekap pasang sticker, tapi dek kerana permintaan seorang sahabat, aku cubalah...

Untuk lekatkan sticker dengan mudah, kunci kereta tu kenalah ditanggalkan dari segala keychain dan "isi perutnya". Nak tanggalkan tak susah, cuma ada satu skru di belakang, kemudian keluarkan litar elektronik serta cip immobilizernya sekali. Hati-hati dengan cip tu, kalau hilang, alamatnya tak hidup kereta nanti.

Seterusnya adalah adegan melekat sticker, berbekalkan sedikit pengalaman bidan terjun, aku pun memulakan dengan berhati-hati, kerja-kerja melekat dibantu dengan sebilah pisau, gunting dan "heat gun" untuk memudahkan kerja-kerja melipat dan melentur sticker.
Alhamdulillah, lebih kurang dalam sejam, siaplah sticker bomb untuk dua set kunci kereta, hasil kerja a…