Persona...Terpesona

Monday, December 26, 2011

Review : Eagle Eye Headlight

assalamualaikum, mungkin ini entry terakhir untuk tahun 2011, apa-apa pun aku ucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua :) ok, dalam entry ni aku nak buat review berkenaan lampu projektor starline eagle eyes. kiranya ni review pertama dalam blog aku. terima kasih kepada sahabatku en wan3 yang memasang lampu ni, sebab aku sememangnya tak mampu nak memilikinya..hehe


ok, harga..kalau rujuk kepada laman web eagle eye di http://www.eagleeyes-asia.com ada dua harga, iaitu harga retail RM699 dan harga online RM599. kalau beli online, penghantaran adalah percuma ke semenanjung malaysia sahaja.



seterusnya spesifikasi..terdiri daripada projektor untuk lampu rendah menggunakan bulb H7 dan lampu tinggi dengan bulb H1 serta barisan LED ala audi bertindak sebagai parking light atau lebih senang dikenali sebagai lampu kecil

packaging

out of the box..

belakang lampu
H1 bulb untuk lampu tinggi

H7 bulb untuk projector



berikutnya adalah kerja-kerja pemasangan, bumper hadapan terpaksa ditanggalkan sebelum lampu lama dapat dikeluarkan. kerja-kerja pendawaian tidak sukar sebab kesemua sambungan adalah "plug and play" sahaja.

lampu lama...
bumper diturunkan..

kerja-kerja menanggalkan lampu

lampu lama selesai ditanggalkan
Pemasangan lampu baru
Selesai dipasang...


lampu lama...
prestasi? secara keseluruhan adalah memuaskan dan ternyata lebih baik dari lampu-lampu yang memiliki rekabentuk yang sama tapi daripada pengeluar yang lain. lampu-lampu ini dipasarkan pada harga lebih rendah daripada jenama eagle eyes tapi eagle eyes memberi lebih nilai kepada perbelanjaan anda dengan kualiti pencahayaan yang lebih baik.

lampu rendah, perhatikan cut off line lampu projektor

lampu tinggi
lampu rendah

lampu tinggi

cut off yang lebih baik daripada lampu-lampu keluaran pesaing lain, cahaya lebih fokus dan tidak berselerak sekaligus membantu penglihatan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

imej atau penampilan ditingkatkan dengan pemasangan LED sebagai parking light yang sekali pandang ala audi..lihat imej di bawah...






akhir sekali, sekadar peringatan terdapat model lampu seperti ini yang mendakwa ianya keluaran eagle eyes. sebagai langkah berjaga-jaga saya paparkan beberapa image untuk memudahkan anda mengenali lampu eagle eyes yang asli

tulisan jenama eagle eyes pada hadapan lampu

pelekat hologram pada bahagian atas lampu

pelekat jaminan dan nota penting pada bahagian bawah lampu..

sebagai rumusan, jenama eagle eyes memberikan anda pulangan lebih untuk wang anda, dengan tempoh jaminan yang lebih panjang serta kualiti pencahayaan untuk kereta anda. rekabentuk yang menarik dan mampu menaikkan imej kereta anda. sekian review saya...

Saturday, December 10, 2011

DIY Habuk Di Lampu Brek Ketiga

assalamualaikum, pernah tak sekali sekala anda jenguk ke lampu brek ketiga kereta anda, ada ke keadaannya macam gambar ni?


haa sekali dah penuh dengan habuk dan serangga kecil dalam tu, tak seronok dipandang kan? jadi kenalah buka dan cuci sedikit. macam mana cara dia? teruskan membaca yer...



ok nampak dua lubang tu, ada skru dalam tu, kena buka dulu..kemudian secara automatiknya lampu tu akan terbuka sekali.. hehe


ok, bila dah tanggal lap dengan berhati-hati. kalau rajin lap la cermin tu sekali, macam kat kereta aku ni cermin tu pun dah kabur dah. hehe


dah siap dilap cerminnya, bersih sudah..



ok sebelum dipasang balik ke tempat asal, pastikan getah lapik di bawah lampu ni dipasang balik, kalau tak pasang nanti takut ada bunyi vibrate pula.


pasang balik dengan berhati-hati, pastikan cangkuk tu dimasukkan ke lubang nya..pastu skrukan kembali.


haaa, kan dah bersih tu! selamat mencuba!

Friday, December 2, 2011

DIY : Persona Elegance Taillight Into Previous Version Persona

assalamualaikum, ini first DIY yang aku paparkan dalam blog ni yang tak ada kena mengena dengan kereta aku. Ini dari kereta member kelab aku, NPOC, saudara wan3 ~ kononnya special request la punya post ni

ok, kebetulan Allah mengurniakan beliau lebih rezeki maka beliau berhajatkan lampu persona elegance, untuk makluman en wan3 ni pengguna persona M line batch pertama yang lampu bulat-bulat macam mata kucing tu. Jadi setelah survey dijalankan, dia pun beli la satu lampu persona elegance untuk dipasang di kereta dia. Aku senaraikan secara ringkas detail DIY eh.

ok, untuk makluman beza lampu LED elegance ngn lampu persona biasa ialah pada jumlah wayar. lampu lama cuma ada 5 wayar, lampu LED elegance ada enam. lebih satu wayar grounding, jadi kerja untuk pasang lampu ni tak susah sangatla. Berkebetulan ada sorang lagi member NPOC yang memang dah pasang lampu elegance pada persona dia, jadi kami follow schematic wiring dia saja, senang kerja. hehe

kalau tak nak potong wayar dan sambung ke wiring lampu lama ni, di proton shoppe aku ada jumpa satu set converter 6 to 5 female connector, tapi aku tak pasti sama ada menda ni dijual berasingan atau datang bersama dengan lampu elegance. contoh gambar adalah seperti di bawah.


rajah converter 6 pin ke 5 pin. kalau ada converter ni memang tak payah potong wire

jadi disebabkan tak der, maka kami decide untuk potong aje connector lampu elegance pastu sambungkan wire terus ke wiring lampu lama.

rajah seperti di bawah

Wire harness yang lama...
Wiring harness yang baru...
Contoh sambungan...
Pendawaian sedang diuji
Panel belakang LED
Otai LED jemputan khas dari korea

Final fit...
Final output.. Siap!
jadi kesimpulannya, tak susah sangat nak pasang, cuma kena teliti bab pendawaian sebab kita dah potong wayar, jadi pastikan sambungan betul dan kemas dan jangan lupa insulate tiap-tiap wayar sebab nak elakkan litar pintas. Selamat mencuba!