Persona...Terpesona

Thursday, November 17, 2011

Masa dan waktu...

assalamualaikum, sedar tak sedar dah setahun enam bulan aku memiliki proton persona elegance. last week waktu basuh kereta saja la aku belek semua metal joint kat kereta aku, nampaknya dah ada simptom-simptom kecil karat dan bocor pada kereta aku. aduh sedihnya, sampai sekarang aku masih berfikir nak cari penyelesaian kepada masalah-masalah ni.

isu pertama : bocor

dikenalpasti berpunca dari getah yang dipasang pada A-pillar agak pendek dan menyebabkan air yang turun dari bumbung atau bahagian atas pintu tidak dapat dialirkan dengan sempurna. aku perasan masalah ni berlaku waktu hujan lebat yang lama, air terlalu banyak akan bertakung pada getah bahagian bawah pintu sebelah dalam kereta, lalu melimpah dan masuk ke bawah karpet kereta.


ini punca dia, dari A-pillar, getah tu mungkin kena dipanjangkan sikit




air terus turun ke bawah




bertakung di bahagian bawah pintu.




perhatikan air melimpah masuk ke dalam kereta




mengakibatkan karpet kereta basah.


setakat ni aku tak pasti sama ada masalah ni berlaku pada persona lain, aku akan cuba rujuk dengan member-member kelab berkenaan isu ni. untuk sementara waktu mungkin aku akan cuba gantikan getah bahagian pintu atas tu supaya lebih panjang dan boleh alirkan air terus ke bawah panel fender. nanti aku akan kemaskini bila ada penyelesaian.

isu kedua : karat

ini mungkin kesan dari kebocoran air di bahagian pintu jugakla. rujuk pada foto dibawah.


bawah getah yang menakung air


karat


close up





 kat bonet belakang pun karat



boot hinge


lagi karat



ruangan bawah cermin belakang


kesimpulan daripada foto karat kat bahagian bonet ni mungkin disebabkan aku selalu parkir kereta di kawasan yang terdedah pada hujan dan panas. jadi menda ni kira normal pada aku, mungkin boleh mula kumpul duit untuk hantar cat agaknya. jadi kereta anda bagaimana?



Saturday, November 12, 2011

Gear knob CPS...

assalamualaikum..lama tak buat DIY ni, bajet agak sempit hehe. kereta aku baru siap servis 70k km. mula lah dah nampak beberapa benda dalam kereta yang perlu diganti, antaranya adalah gear knob kereta aku. disebabkan material asal dia getah, maka sudah terkoyak walaupun aku ni bukanlah kategori pemandu F1.

jadi berkebetulan aku ke subang jaya sebab ada kursus syarikat, aku pun singgahlah satu kedai kesukaan aku bila bab cari barang proton ni. nama kedai tu zordaq sdn bhd. korang boleh view online di http://ezordaq.blogspot.com/ . banyak barang-barang untuk kereta proton dijual kat sini. yang rare pun banyak tau.

so kerja-kerja mengganti gear knob pun bermula.


gear knob baru




yang baru dan yang lama




erk, batang gear lever




siap!



apa rasa pas tukar gear knob? genggaman lebih kemas, mungkin disebabkan perbezaan material. rasa sedap skit pegang. hehe