Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

selamat hari raya aidilfitri dan salam merdeka!

assalamualaikum semua, di kesempatan ini aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini. kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya, jaga keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain. pastikan kenderaan anda diperiksa dengan rapi dan selamat untuk digunakan.
tak lupa juga salam kemerdekaan buat semua rakyat malaysia, hargailah dan kekalkanlah kemerdekaan negara kita. hormatilah antara satu sama lain, jauhkan prasangka buruk sesama kita. Merdeka!





radiator padding?

assalamualaikum, salam ramadhan..
dah lama tak update post kt sini, sibuk dengan urusan kerja..sibuk2 mcm mana pun kereta tetap kena servis sebab itulah nadi pekerjaan aku yang sangat memerlukan kereta. so hari ni aku nk share berkenaan padding pada radiator persona elegance.
ada kes, di mana bahagian plastik yang menempatkan kipas penghawa dingin pada radiator akan melengkung dalam satu tempoh jangka masa, menyebabkan kemungkinan plastik tu "menikam" radiator kereta anda. masalah ni tak wujud pada persona generasi terdahulu sebab model ni tak der kipas aircond yang dipasang pada model persona elegance.
aku memang sedar masalah ni dah selalu check engine radiator aku untuk pastikan keadaan plastik dan radiator dalam keadaan baik dan selamat. ada beberapa kes yang aku dah dengar dari sahabat2 aku yang guna model elegance yang radiator bocor atau kemek sbb plastik tu melengkung.
so, proton ambik tindakan proaktif dengan memasang sejenis getah / padding antara kedua-dua bahagian ni…